KETIKA khabar angin bernikah di Thailand masih belum terjawab, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dilihat kembali berkumpul bersama keluarganya. Menerusi perkongsian di Instastory isteri Norman, Memey Suhaiza memuat naik momen bahagia keluarga dipercayai sewaktu menghadiri majlis previu bufet Ramadan yang diadakan di sebuah hotel di Selangor. Norman turut dilihat menyuapkan makanan ke mulut Marissa selain menunjukkan kemesraan yang menggambarkan hubungan mereka sudah kembali jernih. Malah Marissa juga turut dilihat memeluk erat adik-adiknya bagi melepaskan kerinduan. Turut kelihatan dalam video tersebut adalah ibunya iaitu Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, bersama suaminya Muhammad Faizal Zakaria serta abang sulung Danish Hakim serta adik perempuan, Marisa Danisha Hakim. Mereka sekeluarga menggayakan pakaian sedondon rona coklat dan turut merakamkan foto keluarga bersama. Abby juga dilihat memeluk dan mengucup pipi anaknya itu dalam pertemuaan tersebut.
|
IzzahF replied at 23-2-2024 10:36 AM
tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scanda ...
IzzahF replied at 23-2-2024 10:36 AM
tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scanda ...
IzzahF replied at 23-2-2024 10:36 AM
tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scanda ...
krustykrab replied at 23-2-2024 10:36 AM
semoga yebby & yorman muhasabah diri, jgn over sgt dok tayang anak² kt media sosial. Jgn bangga sgt ...
BellaThePrinces replied at 23-2-2024 11:46 AM
tetiba semua dah suci murni semula..
sian pak kazar masih dpandang sinis...
ADVERTISEMENT