CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bikin Peminat Indonesia Menangis, Fattah Amin Jadi Dukun Lawan Hantu Penanggal Dalam Trinil

22-2-2024 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 69982| Komen: 1803



PELAKON Fattah Amin tidak menyangka pembabitan sulungnya dalam filem Indonesia berjudul Trinil: Kembalikan Tubuhku mendapat sambutan baik daripada penonton di sana.

Fattah, 33, teruja apabila watak sebagai Yusuf membuatkan dia digilai penonton dari negara seberang itu, sehingga ada dalam kalangan mereka menangis kerana keberkesanan lakonannya.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin ketika ditemui berkata, dia menerima maklum balas positif daripada penonton di Indonesia yang rata-rata menyukai wataknya sebagai Yusuf.

"Alhamdulillah, watak saya sebagai Yusuf dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku diterima baik oleh penonton di sana walaupun ini merupakan filem pertama saya dari Indonesia.

“Malah, ada peminat menangis kerana sedih dengan watak saya sebagai Yusuf. Peminat itu merupakan seorang remaja perempuan berusia sekitar belasan tahun.


“Peminat itu tinggal di Bandung dan sanggup datang ke Jakarta untuk berjumpa dengan saya. Bila saya tanya, rupanya dia sedih dengan kejadian yang berlaku pada Yusuf,” katanya kepada HibGlam.

Pada masa sama, suami kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura itu mengakui menerima banyak kiriman mesej dalam Instagram (DM) yang dihantar oleh peminat dari Indonesia yang meninggalkan kata-kata ‘salam kenal’ kepadanya.

"Peminat yang mesej dalam Instagram pun ramai. Rata-rata meninggalkan komen salam kenal kepada saya,” jelasnya.

Kata Fattah, pembabitannya dalam filem arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo itu mungkin membuatkan penonton di sana yang belum mengenalinya tertanya-tanya.

Ada segelintir penonton dari Indonesia sudah mengenali saya menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang pernah di tayangkan di sana.


“Trinil: Kembalikan Tubuhku pula merupakan sebuah filem seram. Jadi peminat filem genre itu baru hendak mengenali saya. Filem ini pula diarahkan oleh seorang pemgarah hebat.

“Jadi bila watak Yusuf ini diperkenalkan, mereka jadi tertarik sehingga ada penonton yang beremosi dengan lakonan saya. Itu yang buatkan saya rasa seronok,” katanya.

Sejak ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, Trinil: Kembalikan Tubuhku telah berjaya menarik penonton seramai 13 juta orang ke pawagam.

Mengisahkan tentang hantu penanggal, Trinil: Kembalikan Tubuhku merupakan sebuah naskhah popular yang diinspirasikan daripada sebuah drama radio yang cukup popular di Inonesia, pada sekitar tahun 1980-an.

Selain Fattah Amin, filem yang diterbitkan oleh Azlin Hilda Abdul Latif itu turut dibintangi pelakon handalan seperti Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers dan Elly D. Luthan.

Trinil: Kembalikan Tubuhku yang diterbitkan oleh produksi dari Malaysia, Seven Skies Motion Sdn. Bhd. bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula esok (22 Februari 2024).

Sumber – HIBGLAM




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikmouse 22-2-2024 10:16 AM
Check in....
Quote SalenaGomez 22-2-2024 10:20 AM
Ada tgk preview dr indon kat yt. Mcm best la cite nya cuma pelik nenek watak utama tau cite yg berlaku tapi x buat repot polis. Tapi mungkin sbb scene zaman dulu, so xde action diambil. Next x logik mak watak utama tu nak bolot harta dr anak sendiri. Tu je la yg x logik. Lain mcm ok lah jln cite nya
Quote Lumeiy 22-2-2024 10:21 AM
Check in gaisss
Quote jiwakacau06 22-2-2024 10:23 AM
SalenaGomez replied at 22-2-2024 10:20 AM
Ada tgk preview dr indon kat yt. Mcm best la cite nya cuma pelik nenek watak utama tau cite yg berla ...

logik je...kes nyata...kes politician jamaludin jarjis kot nama dia....susah nk eja lak...
mak xnk lepas dkt ank2 jj...pdhl mak tu umo lnjut dh...
Quote mamajawie 22-2-2024 10:46 AM
cair la inai seteru tengok bamtah terbang sampai seberang jadi pelakon filem..nak harapkan seteru berlakon pilem pun santan basi
Quote dua_chzy 22-2-2024 10:47 AM
Hensemnya laki Faz. Semoga FA terus bersinar di Ndon.
Quote dua_chzy 22-2-2024 10:48 AM
jiwakacau06 replied at 22-2-2024 02:23 AM
logik je...kes nyata...kes politician jamaludin jarjis kot nama dia....susah nk eja lak...
mak xnk ...

JJ ni dulu ada kes sampai pemes la istilah menjarjis dulu2. Har.



Quote Lily_Elizabeth_ 22-2-2024 10:50 AM
Sian FA; jadi pelakon; apa kata cuba kerja white colar cam lain lain.
Quote jiwakacau06 22-2-2024 10:52 AM
dua_chzy replied at 22-2-2024 10:48 AM
JJ ni dulu ada kes sampai pemes la istilah menjarjis dulu2. Har.

next kes rebut reta is taib mahmud clan vs mak tiri...
lagi byk rm dia...
Quote oggy 22-2-2024 10:54 AM
Dukun macam tu punya hensem.
Quote Pak.dolla 22-2-2024 10:59 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 22-2-2024 02:50 AM
Sian FA; jadi pelakon; apa kata cuba kerja white colar cam lain lain.

.
.
org Ndon ramai puji lakonan dia bagus, rata² semua pengkritik filem kat sana puji dan suka lakonan dia...bole tgk kat YT

kat negara kita ramai pengkriti yg buta seni...lebih kpd nk jatuhkan bangsa sendiri je...padahal srp pun failed bsk kata diba yeah yeah
Quote jejaka_hensem 22-2-2024 11:05 AM
Fattah hensemnya.
Quote lilacomot 22-2-2024 11:11 AM
bleh tgk weken nnt cite ni...xsabar nk tgk dukun ensem
Quote mamapea 22-2-2024 11:14 AM
negara luar puji kemain...dlm negara sndr asyik dikeji...mmg ramai nk jatuhkan FA...jeles la tu...
Quote nottyyuni 22-2-2024 11:23 AM
Agaknya kat sini yg muka2 pecah rumah je yg pandai berlakon..wek tengoknpun tak lalu.
Quote I.K.A888990 22-2-2024 11:28 AM
yezza next week nk pi tgk
tak sabar nk tgk mas yusuf bermantera gitu
Quote codenamedream 22-2-2024 11:32 AM
Assalamualaikum semuaaaaa

428697976_18414667057019959_340620139922097202_n.jpg
Bamtah tgh baca forum
Quote noorazurams 22-2-2024 11:35 AM
Pak.dolla replied at 22-2-2024 10:59 AM
.
.
org Ndon ramai puji lakonan dia bagus, rata² semua pengkritik filem kat sana puji dan suka la ...

Kat Malaysia lebih ramai yg PHD. Kalo dah tak suka dok ratib benda yg sama sampai AJM. Semoga fattah semakin menyinar. Jaga perangai insyaAllah berjaya. Yg dok kutuk2 tu biarlahhh…hasil kutukan depa tu rezeki fattah semakin bertambah. Tengok dia sekarang ni maju kedepan dah
Quote I.K.A888990 22-2-2024 11:46 AM
codenamedream replied at 22-2-2024 11:32 AM
Assalamualaikum semuaaaaa



hensem husbaby kakafaz

pewittttt

Lihat semua komen(1803)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.266708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top