CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ikut Je Peraturan Mana-Mana Butik Yang Korang Pergi", Kecoh Anak Syida Melvin Dilarang Masuk Butik, Ini Respon Tuan Kedai

31-1-2024 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26049| Komen: 120

Description: Sejak beberapa hari lalu, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik meny


Sejak beberapa hari lalu, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian yang tidak membenarkan mereka untuk membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian di premis tersebut.

Terbaharu, akaun Instagram rasmi butik tersebut iaitu Femmes Glmmer menjawab segala dakwaan dan spekulasi ramai berhubung peraturan yang ditetapkan mereka.


Menerusi perkongsian di IG Story, wakil daripada butik pakaian tersebut memaklumkan bahawa peraturan larangan membawa kanak-kanak masuk ke premis sudah dikuatkuasa sejak 1 Januari 2022 lagi. Tambahnya, peraturan tersebut dibuat untuk keselesaan pelanggan yang hadir.


Dalam pada itu, pihak butik berharap tidak ada lagi yang mempertikaikan kenapa dan mengapa peraturan tersebut dilaksanakan.

"Kami minta lagi sekali, sila WhatsApp kami terlebih dahulu untuk mendapatkan peraturan sebelum datang ke butik kami.

"Ada butik kena buka kasut, ada butik boleh pakai kasut. Ada butik ada terhada untuk mencuba baju. Ikut je peraturan mana-mana butik yang korang pergi. Lain butik lain peraturan".



Femmes Glemmer memaklumkan pernah berlaku satu situasi di mana ada kanak-kanak membuka ruangan fitting room sedangkan ketika itu pelanggan sedang berbogel untuk mencuba pakaian.


Sumber: Femmes Glemmer/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaraaqilah 31-1-2024 10:23 AM
Ni butik baju sewa utk dinner2 kann...
Quote prince_marhaen 31-1-2024 10:41 AM
adik beradik bingit ni ingat diorg ni entitled sangat ke
Quote nuryakmal 31-1-2024 10:44 AM
betul la tu, they are the owner of the place. hormat je lah peraturan. yihh bingit
nak pg tempat kids friendly ko pegi kidzania
Quote nena9042 31-1-2024 10:44 AM
Buku bertemu ruas kot
I baca komen dari customers lain yang pekerja kedai ni pun boleh tahan attitude
Ada yang cakap nak masuk butik sebagai peneman je pun kena bayar RM10
Quote Kurex 31-1-2024 10:46 AM
Sekali kau berperangai pprt berjiwa setinggan, kau pergi mana pun tetap sama. Takde classssss
Quote shernazz 31-1-2024 10:46 AM
Tu yang pegang budak ke syida.melvin?
Quote lilacomot 31-1-2024 10:52 AM
dlm gmbr depa berempat tu...yg bju kuning tu si syida tu kan...nmpk dia la paling lawa...tp gmbo atas tu x lawa la pulek
Quote anony-mous 31-1-2024 11:00 AM
lilacomot replied at 31-1-2024 10:52 AM
dlm gmbr depa berempat tu...yg bju kuning tu si syida tu kan...nmpk dia la paling lawa...tp gmbo ata ...


Yg plg mendada tu ke? Bkn yg baju pink renyih plg besar? Rasanya antara 4 ni yg kahwin dgn sam tu yg plg lawa. Yg baju hijau atas tu. Lawa antara diaorang la klau compare dgn retis lain mmg xlawa.
Quote Shahman86 31-1-2024 11:00 AM
Content ke jahhh...
Quote roti_banjir 31-1-2024 11:01 AM
aku tau jer butik nih, pernah sewa baju gak kat sini.... memang rules derang dah lama mcm tuh sbb sebelum2 nih, byk kes ngan customer yg bawak anak2 masuk.....

ada yg tumpahkan air, ada yg terik2 baju dan kes berlarian dalam butik tuh antara yg normal spi pelanggan rasa cam haru biru....

kenapa nak merentan plak kat butik owner??? cer ko masuk butik high end, then ada rules gak, korang  boleh jer ikut kannn..... sebab apa, sebab korang rasa tuh tempat T20, sekelas utk korang maka korang ikut jer... api bila kena tpt lain yg tak berapa high end, korang terus rasa korang entitled dan derang hadap sangat ngan duit korang tuh....
Quote DeLuna85 31-1-2024 11:21 AM
Menyampah dgn budak2 yg buas dkt luar.
Quote lasagnaklcc 31-1-2024 11:39 AM
Ada komen tanya, diorg tak kenal ke the melvins? Loya baca komen.



Quote codenamedream 31-1-2024 11:48 AM
Ingatkan kaya sangat Melvins rempit Ni..
baju dinner pun sewa.
Lepastu x paham peraturan.
Quote dekmieDandy 31-1-2024 11:52 AM
balasan kena tengok muka katak hijau sepanjang highway plus ke utara

patut kena banned dari semua kedai, baru ada akal diorang ni
Quote syamzana 31-1-2024 11:56 AM
dah rules kedai mcm tu hadap je la. pelik iols org byk songeh ni. kalau rasa tak menepati piawaian, cari je la kedai lain. depa pedulik hape ko byk duit skalipun.
kalau ber4 masuk butik ni mau runtuh dinding2 dgr depa mengilai je ujung2 ckp tak berkenan
Quote abadi84 31-1-2024 12:06 PM
Edited by abadi84 at 31-1-2024 12:10 PM

Aku sbnrnya tergelak jugak baru tahu baju2 cantik yg di flex ke majlis2 tu org2 kaya ni pun sewa jer rupanya. Setaraf dgn staff iols jugak rupaya the melvins ni..

Iolls abis kuat pun beli baju baju dress kat Shein then buat alteration bagi sopan.... then after that iolls jual prelove.
Quote pembacagosip 31-1-2024 12:27 PM
masuk tempat org hormat la adat atau budaya ke peraturan org tu
simple
Quote Tunakimchi 31-1-2024 12:42 PM
Dah lah bingit bodoh pulak tu
Quote marianatasia 31-1-2024 01:05 PM
follow je lah rules tu

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.354470 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top