CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaji Semula Tambang Pengangkutan Awam - Puteri Umno

9-12-2015 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5789| Komen: 29

Oleh Adib ZA

Kenaikan harga pengangkutan awam di negara ini nampaknya menjadi topik hangat dalam Persidangan Pergerakan Puteri Umno. 

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati tampil mendesak kerajaan agar mengkaji semula keputusan menaikkan harga pengangkutan awam kerana dilihat naik secara mendadak, memetik laporan Sinar Harian. 

"Kami mendesak pihak kerajaan melalui SPAD untuk mengkaji semula dan merationalisasikan kenaikan harga pengangkutan awam yang membebankan pengguna melalui kenaikan tambang LRT serta ERL yang mendadak serta pengenalan tambang yang agak tinggi bagi perkhidmatan baru iaitu Bus Rapid Transit (BRT).

"Statistik menunjukkan lebih 50 peratus pengguna pengangkutan awam adalah dari kumpulan umur dibawah 35 tahun dan 52 peratus pengguna tersebut adalah golongan pelajar. Kita perlu sedar bahawa matlamat memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah agar kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan melalui lebih banyak pilihan mod pengangkutan dengan kos yang berpatutan untuk menjalankan aktiviti seharian." ujarnya. - CARI Infonet



Baca selanjutnya: Sinar Harian


Sumber foto: Sinar Harian

10

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 9-12-2015 11:44 AM
cakap je laa kak....buang masa je...ko siapa....
Quote daisy71 9-12-2015 11:51 AM
Tak payah pertimbang...zaman najib memang semua naik semua bala yg datang.
Ada bayaran dari akar umbi untuk bersuara ke ni? Setakat bersuara sebelum pembangkang bersuara. : (
Quote kecimpret 9-12-2015 11:54 AM
kalo pembangkang cakap dikatanya macam2..ni haaa geng sendiri yang komplen mau cakap pe lagik
Quote mzzenma 9-12-2015 12:23 PM
Once dah naik jangan haraplah nak turun

And mzz perasan sejak harga tambang naik, servis pun makin mcm taik. Dengan lambatnya, aircond tak sejuk, screen lcd tunjuk time tu tak update.

Choyyyy sangat
Quote mikasa 9-12-2015 12:27 PM
oik kakak....takan tunggu PAU baru nak sibuk bising..sebelum ni mana ko hilang....buang air liur je
Quote ultra78 9-12-2015 12:30 PM
Aku dapat agak solution dia

Tambah BR1M


Cc @aechae
Quote cHimo 9-12-2015 12:31 PM
Nanti dekat PRU baru kasi turun skejap maaaa..
Quote aechae 9-12-2015 02:06 PM
ultra78 replied at 9-12-2015 12:30 PM
Aku dapat agak solution dia

Tambah BR1M

X layak dpt br1m okeh.... Apa dia ingat klu gaji 5k pn x terkesan ke bila naik tmbang public transpot ni??? Bodoh sgt
Quote reyust 9-12-2015 02:09 PM
mgkin sbb kurang org Malaysia yang naik pengangkutan awam
itu sebab tambang mahal
Quote -electrifying- 9-12-2015 02:54 PM
Selagi umno ko tu berpresidenkan najib, ko ckp la apa pon. dia buat pekak je...
Quote qronaldo7 9-12-2015 03:08 PM
yg aku hairan kenapa perhimpunan ni dibuat selepas harga semua naik???

drama sangat. konon nak perjuang lah. kaji semula lah.

patut kaji dulu awal2.. ini naik smpy 100% siapa xbising.
Quote AbukRokok 9-12-2015 04:37 PM
ohh mas ermiyati penerima 1 juta dari Najis
Quote akubest 9-12-2015 04:40 PM
tadi KJ ni si MAS pulekk

ahkak macam kompius
yang derang bising2 ni...mmg derang tatau betul ke sebelum benda2 alah ni naik ke hape?
yang melolong2 macam ni ahkak puji namun adalah baik ko melolong sebelum dari mencapap sesudah naik

ke mmg derang pon macam rakyat marhaennn tetiba tau naik jah?????
takkan lah kut kannnn
Quote eija2013 9-12-2015 04:42 PM
akubest replied at 9-12-2015 04:40 PM
tadi KJ ni si MAS pulekk

ahkak macam kompius

kannnnn.....apsal sebelum nie xde plak kluaq statemen mcm nie...? masa PAU baru nak cakap.....mcm la x tau lepas PAU semua back to normal...mana ada tindakan...

Quote renko 9-12-2015 04:51 PM
sume menyalak nk nama je
konon2 prihatin masalah rakyat
apahal sebelum kenaikan xnk bantah
da naik nk bantah mmg xguna la
semua nk publisiti je ni
nk alih perhatian rakyat
konon2 mcm umngok ni peka masalah rakyat
sendiri bg naik
sendiri bangkang
pastu sendiri dpt nama
UMNO peka tentang maslah rakyat
puiiiiiiiii
Quote Muntz 9-12-2015 05:02 PM
Bagi aku, pengangkutan awam tak payahlah disubsidi. Lagipun bas, LRT, monorel bagai ni bukan semua org Malaysia naik, satu lagi, pelancong pun pakai, buruh Indon dan Bangla pun pakai, so subsidi gomen tu tak kena 100% pada golongan sasar. So aku sedikit sebyk setuju lah dgn kenaikan cas tambang ni semua. Beri subsidi boleh, tapi bagi aku seeloknya melalui BR1M.

Sudah2lah kita meniriskan subsidi gomen ke luar negara. Skrg nie pun ntah berapa bilion setahun duit dihantar keluar negara oleh pekerja Bangla, Indon etc. Ini kita nak bagi subsidi pengangkutan awam lar, subsidi minyak masak lagi, subsidi beras lagi. Sedap2 jer diorg nie menikmati subsidi kerajaan.
Quote giyomi 9-12-2015 05:33 PM
qronaldo7: yg aku hairan kenapa perhimpunan ni dibuat selepas harga semua naik???drama sangat. konon nak perjuang lah. kaji semula lah.patut kaji dulu awal2.. in ...


Kes menangguk dalam air keruh jer ni...saja propa pastu nnt pak jib pon akan bersuara, kerana rakyat kerajaan akan kurangkan subsidi dan tepuk amai2 lah pprt sampbil peluk menangis2 menadah tangan.
Quote dodolgemok 9-12-2015 05:44 PM
Org umno pon dah bising tpi macai2 porum tetap setia menjilat burit najib. Apa kata @dizek @rashiman @harimau76
Quote amyza 9-12-2015 05:47 PM
Kesian budak2 lepasan U,baru nk start kumpul duit dh kena hadap kos sarahidup yg tggi. Kesian gak kt mereka yg berpendapatan rendah dgn ank berderet.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079104 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top