CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3623|Reply: 29

[Tempatan] Kaji semula tambang pengangkutan awam - Puteri UMNO

[Copy link]
Post time 9-12-2015 11:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO mendesak kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji semula kenaikan tambang pengangkutan awam yang dilihat membebankan pengguna.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata statistik menunjukkan lebih 50 peratus pengguna pengangkutan awam adalah dari kumpulan umur di bawah 35 tahun dan 52 peratus pengguna itu adalah golongan pelajar.

"Kami mendesak kerajaan kaji dan rasionalisasikan kenaikan harga pengangkutan awam melalui kenaikan tambang LRT serta ERL yang mendadak serta pengenalan tambang yang agak tinggi bagi perkhidmatan baru iaitu Bus Rapid Transit (BRT).

"Kadar tambang bagaikan sedang meraikan musim kenaikan harga memberi kesan yang sangat mendalam kepada orang muda.

Kita perlu sedar bahawa matlamat memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah agar kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan melalui lebih banyak pilihan mod pengangkutan dengan kos yang berpatututan untuk menjalankan aktiviti seharian.

"Jika kita gagal menarik minat kumpulan sasaran ini, matlamat jangka panjang untuk menjadikan sistem pengangkutan awam sebagai pilihan nombor satu tidak akan tercapai dan ini akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam merealisasikan matlamat pembangunan lestari yang merupakan tren pembangunan global," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Puteri UMNO 2015 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, dalam ucapan beliau bertajuk "Pemerkasaan Wanita: Satu Suara, Satu Nada, Satu Gerakan", Mas Ermieyati berkata, Puteri menyambut baik langkah Prasarana Malaysia Berhad yang menawarkan pakej diskaun kepada golongan pelajar, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).


"Puteri berharap tawaran ini turut dilakukan oleh semua syarikat pengendali perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103432



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 11:44 AM | Show all posts
cakap je laa kak....buang masa je...ko siapa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:51 AM | Show all posts
Tak payah pertimbang...zaman najib memang semua naik semua bala yg datang.
Ada bayaran dari akar umbi untuk bersuara ke ni? Setakat bersuara sebelum pembangkang bersuara. : (
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:54 AM | Show all posts
kalo pembangkang cakap dikatanya macam2..ni haaa geng sendiri yang komplen mau cakap pe lagik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Once dah naik jangan haraplah nak turun

And mzz perasan sejak harga tambang naik, servis pun makin mcm taik. Dengan lambatnya, aircond tak sejuk, screen lcd tunjuk time tu tak update.

Choyyyy sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
oik kakak....takan tunggu PAU baru nak sibuk bising..sebelum ni mana ko hilang....buang air liur je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2015 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dapat agak solution dia

Tambah BR1M


Cc @aechae
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dekat PRU baru kasi turun skejap maaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-12-2015 12:30 PM
Aku dapat agak solution dia

Tambah BR1M

X layak dpt br1m okeh.... Apa dia ingat klu gaji 5k pn x terkesan ke bila naik tmbang public transpot ni??? Bodoh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:09 PM | Show all posts
mgkin sbb kurang org Malaysia yang naik pengangkutan awam
itu sebab tambang mahal
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 02:54 PM | Show all posts
Selagi umno ko tu berpresidenkan najib, ko ckp la apa pon. dia buat pekak je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 03:08 PM | Show all posts
yg aku hairan kenapa perhimpunan ni dibuat selepas harga semua naik???

drama sangat. konon nak perjuang lah. kaji semula lah.

patut kaji dulu awal2.. ini naik smpy 100% siapa xbising.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:37 PM | Show all posts
ohh mas ermiyati penerima 1 juta dari Najis
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:40 PM | Show all posts
tadi KJ ni si MAS pulekk

ahkak macam kompius
yang derang bising2 ni...mmg derang tatau betul ke sebelum benda2 alah ni naik ke hape?
yang melolong2 macam ni ahkak puji namun adalah baik ko melolong sebelum dari mencapap sesudah naik

ke mmg derang pon macam rakyat marhaennn tetiba tau naik jah?????
takkan lah kut kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:42 PM | Show all posts
akubest replied at 9-12-2015 04:40 PM
tadi KJ ni si MAS pulekk

ahkak macam kompius

kannnnn.....apsal sebelum nie xde plak kluaq statemen mcm nie...? masa PAU baru nak cakap.....mcm la x tau lepas PAU semua back to normal...mana ada tindakan...

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 04:51 PM | Show all posts
sume menyalak nk nama je
konon2 prihatin masalah rakyat
apahal sebelum kenaikan xnk bantah
da naik nk bantah mmg xguna la
semua nk publisiti je ni
nk alih perhatian rakyat
konon2 mcm umngok ni peka masalah rakyat
sendiri bg naik
sendiri bangkang
pastu sendiri dpt nama
UMNO peka tentang maslah rakyat
puiiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 05:02 PM | Show all posts
Bagi aku, pengangkutan awam tak payahlah disubsidi. Lagipun bas, LRT, monorel bagai ni bukan semua org Malaysia naik, satu lagi, pelancong pun pakai, buruh Indon dan Bangla pun pakai, so subsidi gomen tu tak kena 100% pada golongan sasar. So aku sedikit sebyk setuju lah dgn kenaikan cas tambang ni semua. Beri subsidi boleh, tapi bagi aku seeloknya melalui BR1M.

Sudah2lah kita meniriskan subsidi gomen ke luar negara. Skrg nie pun ntah berapa bilion setahun duit dihantar keluar negara oleh pekerja Bangla, Indon etc. Ini kita nak bagi subsidi pengangkutan awam lar, subsidi minyak masak lagi, subsidi beras lagi. Sedap2 jer diorg nie menikmati subsidi kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 05:33 PM | Show all posts
qronaldo7: yg aku hairan kenapa perhimpunan ni dibuat selepas harga semua naik???drama sangat. konon nak perjuang lah. kaji semula lah.patut kaji dulu awal2.. in ...


Kes menangguk dalam air keruh jer ni...saja propa pastu nnt pak jib pon akan bersuara, kerana rakyat kerajaan akan kurangkan subsidi dan tepuk amai2 lah pprt sampbil peluk menangis2 menadah tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org umno pon dah bising tpi macai2 porum tetap setia menjilat burit najib. Apa kata @dizek @rashiman @harimau76
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak2 lepasan U,baru nk start kumpul duit dh kena hadap kos sarahidup yg tggi. Kesian gak kt mereka yg berpendapatan rendah dgn ank berderet.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.227239 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list