CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Maut Dirempuh Pemandu Mengantuk

25-12-2023 12:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9289| Komen: 18

Melaka: Dua pelajar Tingkatan 4 terbunuh selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Krubong Permai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.10 malam, pembonceng motosikal, Erwan Idris, 16, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Putra Norsyaqir Putrawirawan, 16, yang menunggang motosikal itu maut ketika dirawat di Hospital Melaka (HM).


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan pada 9.53 malam membabitkan dua kereta Perodua Axia dan Perodua Myvi serta motosikal Honda C1004-MA.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu pekerja pasar borong berusia 25 tahun dalam perjalanan dari arah lampu isyarat One Krubong menghala ke Taman Krubong Permai.

"Sebaik tiba di lokasi kemalangan kira-kira 9.10 malam, Perodua Axia itu didapati memasuki ke laluan bertentangan akibat terlelap dan melanggar motosikal dinaiki dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang datang dari arah bertentangan hingga terperosok di bawah kereta berkenaan.


"Kereta itu kemudiannya melanggar pula Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri berusia 27 dan 26 tahun yang juga datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan rata dan kering dan terdapat rakaman kamera papan pemuka pada kenderaan lain.

"Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal maut di tempat kejadian manakala penunggang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah HM.

"Pemandu kedua-dua kereta dan penumpang wanita itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya sambil memaklumkan ada saksi bebas tampil memberi keterangan lanjut berkait kejadian.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 25-12-2023 05:37 PM
Sat lagi mai berderet loyer
Quote isseliparjepun 25-12-2023 07:21 PM
Semoga mendapat pembalasan sewajarnya! Lawyer lawyer yang beriya iya nak bela pemandu ni pun, tunggulah kifarah.
Quote lostnfaun 25-12-2023 07:34 PM
Tgk deakt twitter budak india kena debik dgn org taman situ.
Quote DragonSari 25-12-2023 08:05 PM
Bdk ting 4 lelaki pompuan naik moto sama memalam gi mn ?
Quote Buritan 25-12-2023 08:08 PM
DragonSari replied at 25-12-2023 08:05 PM
Bdk ting 4 lelaki pompuan naik moto sama memalam gi mn ?

Dua dua lelaki...
Quote Buritan 25-12-2023 08:10 PM
Sayangnyaa.. aku mmg anti moto sungguhlaa.. budak ni bwk elok elok tp habiss.. ape ape pun dah ajal.sampai.. hrp keluarga tabah
Quote Skuau 25-12-2023 08:15 PM
terlelap kul 9mlm...mlm td buat apa suami isteri ni sampai x cukup tido???
Quote antikorok 25-12-2023 08:22 PM
Skuau replied at 25-12-2023 08:15 PM
terlelap kul 9mlm...mlm td buat apa suami isteri ni sampai x cukup tido???

Yg terlelap tu pemandu Axia kirija pasar borong. Somi isteri ittew pun mangsa dlm kenderaan kedua kena langgar dgn pemandu Axia tu lepas langgar motor stooden F4 tu
Quote B40tastePosh 25-12-2023 10:16 PM
Antifake replied at 25-12-2023 05:37 PM
Sat lagi mai berderet loyer


Peguam peguam Malaysia ramai korup. Fikir diorg above the law.
Quote lostnfaun 25-12-2023 10:31 PM
antikorok replied at 25-12-2023 08:22 PM
Yg terlelap tu pemandu Axia kirija pasar borong. Somi isteri ittew pun mangsa dlm kenderaan kedua  ...

Diorg kata dalam kete axia tue ada botol arak & India tue mcm mabuk.
Quote antikorok 25-12-2023 10:36 PM
Edited by antikorok at 26-12-2023 06:15 PM
lostnfaun replied at 25-12-2023 10:31 PM
Diorg kata dalam kete axia tue ada botol arak & India tue mcm mabuk.


Ada terbaca komen kat youtube, teringat kes kemalangan kat Pulau Pinang yg couple Melayu kena langgar dgn Chink bwh umor bawak kereta laju puaka namampos tu.
Geram jerrr rasa dgn pemandu bawah umor muka slenga namampos tu
Quote ujio 25-12-2023 11:39 PM
antikorok replied at 25-12-2023 02:36 PM
Ada terbaca komen kat youtube, teringat kes kemalangan kat Pulau Pinang yg couple Melayu kena lang ...

Senyap je kes tu....
Quote LadyCarefree 25-12-2023 11:44 PM
antikorok replied at 25-12-2023 07:22 PM
Yg terlelap tu pemandu Axia kirija pasar borong. Somi isteri ittew pun mangsa dlm kenderaan kedua  ...


Jadi tergelak pula baca komen dia sbb baru baca yg cakap budak lelaki & perempuan pi mana malam2 berdua. Adeh. Beginilah hakikatnya kat porem kalau kita baca poremer ckp itu ini. Bukannya semua betul.
Quote Antifake 26-12-2023 09:17 AM
ujio replied at 25-12-2023 11:39 PM
Senyap je kes tu....

Dah berderet loyer tunggu amik kes ni kot.. tu yang senyap
Quote azalia72 26-12-2023 10:03 AM
antikorok replied at 25-12-2023 08:22 PM
Yg terlelap tu pemandu Axia kirija pasar borong. Somi isteri ittew pun mangsa dlm kenderaan kedua  ...

jari lagi laju dari otak ni rasanya....terang2 dah tulis dalam artikel
Quote Zazama 26-12-2023 03:00 PM
Semoga Allah ampunkan kedua2 arwah dan keluarga bertabah..Amin..
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:25 PM

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top