CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Warga Asing Didakwa Ditipu Ejen Pekerjaan Berjalan Beramai-Ramai Di Kota Tinggi

25-12-2023 12:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8699| Komen: 17

Description: Kota Tinggi: Ratusan warga asing yang berjalan beramai-ramai di satu kawasan daerah ini sehingga menimbulkan kegusaran awam, ditahan polis.Video ratusan warga asing yang berjalan beramai-ramai itu tul ...
Kota Tinggi: Ratusan warga asing yang berjalan beramai-ramai di satu kawasan daerah ini sehingga menimbulkan kegusaran awam, ditahan polis.

Video ratusan warga asing yang berjalan beramai-ramai itu tular di media sosial sejak malam tadi sehingga menyebabkan kebimbangan masyarakat.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian ratusan warga asing berjalan beramai-ramai itu berlaku pada Rabu lalu.


Katanya, susulan laporan polis dibuat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan lanjut.

"Ya benar, video yang tular itu adalah kejadian baharu minggu lalu. Mereka difahamkan menuju ke Balai Polis Bayu Damai bagi membuat laporan polis berikutan ditipu ejen pekerjaan yang tidak memberi pekerjaan.

"Kejadian berlaku pada pagi Rabu lalu apabila ratusan warga Bangladesh dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk, Teluk Ramunia Bayu Damai," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, laporan polis dibuat ATM pada hari kejadian dan susulan itu sepasukan polis dihantar bagi membuat pemeriksaan dan tindakan lanjut.

"Hasil tindakan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen (JIM) seramai 171 lelaki warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Dalam video tular satu minit 33 saat itu, seorang pengguna yang memandu kereta terkejut dengan kehadiran ratusan warga asing berjalan kaki dalam barisan yang panjang.

Ia menyebabkan kebimbangan awam berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing itu.

Dalam pada itu, Hussin berkata, kesemua tangkapan warga asing berkenaan dihantar ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru bagi siasatan lanjut.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote theotherfriend 25-12-2023 05:52 PM
Kesiannya...
Quote tumpanglalu74 25-12-2023 06:19 PM
Ape kesudahannye?
Quote shernazz 25-12-2023 06:24 PM
Kasi buru la ejen tu sekali
Mesti Bukan sekali dua ejen tu buat taik...
Quote lostnfaun 25-12-2023 07:37 PM
Betul la P.Ramlee cakap jual orang lagi untung . Rupanya mmg betul wujud
Quote Skuau 25-12-2023 08:08 PM
Edited by Skuau at 25-12-2023 08:17 PM

lawak la..depa CUBA NASIB JER tu....benda ni dh bape kali berulang....
"Tak kena..kita report polis ckp kena tipu..kalo semua berjalan lancar..keja 2-3 bln..lari...'buka kedai sendiri'..la abang...kaka'"-Abangla
Quote Skuau 25-12-2023 08:12 PM
Edited by Skuau at 25-12-2023 08:16 PM
tumpanglalu74 replied at 25-12-2023 06:19 PM
Ape kesudahannye?


buat sementara...dapat tmpt tinggal percuma,makan percuma,minum percuma..satgi 'LESAP' mana tah...tengok2..ada bangla suka dia pacak kedai...
Quote brownstone 25-12-2023 08:42 PM
Nak pelabur asing bukak kilang di Malaysia...orang tempatan pula memilih kerja. Bila ambil bangla, indin...org local marahhhh...

Elok buka kilang kat negara lain, biar padan Malaysia x dapat hasil cukai bagai.

Kadang2 meluat dengan rakyat malaysia yg xenophobic nie.. melampau.
Quote B40tastePosh 25-12-2023 09:45 PM
Buru la ejen tu...yang ko tahan orang buat permit kerja tu kenape?

Perlu ke ada ejen ejen pekerja asing untuk berurusan dgn Imigresen...kenapa tak terus majikan dengan imigresen?

Ini semua Korupsi dan punca punca nak makan duit rasuah oleh Imigresen Malaysia
Quote Skuau 25-12-2023 09:57 PM
brownstone replied at 25-12-2023 08:42 PM
Nak pelabur asing bukak kilang di Malaysia...orang tempatan pula memilih kerja. Bila ambil bangla, i ...


hasil cukai ni..bape bdk pompuan yg kena cabul ngn bangla kt kedai serbaneka aritu...dapat..agaknya???@tanya...jer.
Quote Decaffeinated 25-12-2023 11:32 PM
Kalau lah acik2 forum pembenci bangla yang kena menapak tu kan best

Quote white_musk 26-12-2023 07:45 AM
Apalah salah mereka? Merela cuma mencari rezeki yang halalll
Quote adizero11 26-12-2023 08:03 AM
patut yg ni bwk g kerja dgn scammer myanmar sana..semua benda dieorg boleh buat..biar beranak pinak kt sana..
Quote airmineral 26-12-2023 10:15 AM
Kesiannya la
Nape la buat naya kt orang..
Quote brownstone 26-12-2023 06:34 PM
Skuau replied at 25-12-2023 09:57 PM
hasil cukai ni..bape bdk pompuan yg kena cabul ngn bangla kt kedai serbaneka aritu...dapat..agakny ...

Dangkalnya sorang Bangla pencabul, semua terpalit...sampai nak kena hantar balik?

3 org polis curi duit, kena pecat semua polis ka?

Kita melayu ni bangsa dah bertamadun, kena ajar bangla cara hidup bertamadun.

Sebab tu lah penjajah seperti Inggeris, Belanda, Perancis datang dulu ke Asia selain kaut hasil bumi, & kembangkan agama kristian, diorang nk kembangkan tamadun kepada orang asli di Asia macam org melayu.

Kita patut ambil peluang yg sama ajar Bangla apa itu kebersihan diri (pakai deodoran), kebersihan persekitaran melalui asrama yg kemas dan proper, naik bus jgn berebut, wajib beratur dan lain2 lagi. Barulah melayu bangsa hebat... ni ko nak tunjuk baran Melayu ko halau2 orang sukati...xde beza dgn kaum dia yg mundur tu.
Quote Skuau 26-12-2023 07:55 PM
brownstone replied at 26-12-2023 06:34 PM
Dangkalnya sorang Bangla pencabul, semua terpalit...sampai nak kena hantar balik?

3 org polis cur ...

Sb tak kena kat ko ngn family ko..dangkal..begitula kapitalis ngn politikus berfikir..selagi tak kena ngn drng...tada hal punya...
Quote Skuau 26-12-2023 07:56 PM
Decaffeinated replied at 25-12-2023 11:32 PM
Kalau lah acik2 forum pembenci bangla yang kena menapak tu kan best

kalo la ko kena tala ngn bangla tu sekali..kan best.
Quote sang_kuriang 26-12-2023 10:04 PM
Allahu, kesiannya.. dtg jauh² nak cari rezeki, gini pulak jadinya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053611 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top