CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aznil Hj Nawawi Tak Kisah Gelaran Pengacara Nombor Satu Dirampas Orang Lain "Tittle Tu Beratkan Kepala Saya"

1-12-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10116| Komen: 28

Datuk Aznil Nawawi mengakui perlu bekerja keras untuk membuktikan dirinya layak bergelar pengacara nombor satu negara.

Katanya dia bekerja keras dengan mencipta rekod peribadi, seiring gelaran yang diberikan kepadanya.


Dalam masa yang sama Aznil, 61, tidak kisah jika ‘title’ (gelaran) itu ‘dirampas’ pada bila-bila masa sahaja oleh pengacara lain yang lebih layak suatu hari nanti.


Foto: IG

Gelaran ‘pengacara nombor satu negara’ yang diberikan kepadanya itu sebenarnya sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia membuktikan bahawa dirinya layak dilabel sebagai pengacara paling tersohor di Malaysia.

“Saya tidak pernah pun kata diri saya sebagai pengacara nombor satu negara. Langsung tidak pernah. Tapi gelaran tersebut diberikan kepada saya oleh wartawan yang menulis dalam laporan mereka.

“Lagi pun gelaran itu boleh datang dan pergi bila hadir pengacara lain yang lebih bagus.


“Gelaran yang diberikan kepada saya itu juga sebenarnya ‘memberatkan’ kepala apabila saya perlu berusaha keras untuk mencipta rekod sendiri bagi membuktikan diri ini layak dengan gelaran tersebut,” katanya kepada Kosmo.



Kongsi Aznil, antara rekod yang diciptanya adalah dengan memenangi gelaran sebagai Pengacara Paling Popular iaitu sebanyak lapan kali dan Pengacara TV Terbaik di beberapa buah anugerah hiburan tempatan juga sebanyak lapan kali.

“Bila orang sudah bagi saya gelaran itu, saya kena cipta rekod. Alhamdulillah saya telah menang beberapa kali anugerah Pengacara Paling Popular.

“Saya melihat pencapaian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menang di peringkat asia. Jadi saya pun kena menang juga.

“Alhamdulillah saya menang juga sebagai Pengacara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia pada 2005,” jelasnya.



Bukan niat untuk mendabik dada, pengacara Program Macam-Macam Aznil itu mahu menjadikan gelaran dan pengiktirafan yang diterimanya itu sebagai pemangkin buat pengacara lain untuk turut berusaha keras, agar dapat menjadi bukan sahaja paling popular, namun juga terbaik.

“Inilah strata yang perlu dilihat oleh pengacara lain yang berada dibawah, untuk berusaha keras supaya dapat mengatasi kedudukan saya sekarang.

“Apabila usaha keras ini dicapai, barulah seseorang itu layak untuk digelar sebagai ‘nombor satu’ oleh sesiapa sahaja seperti pihak media, netizen malah oleh negara sendiri, sesuai dengan pencapaian yang diperolehnya,” tegas Aznil.



Tambah bekas graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari universiti Malaya (UM) itu lagi, selain mahu membuktikan gelaran yang diberikan kepadanya itu seiring dengan pencapaian yang diraih, dia juga turut bekerja keras kerana cintanya terhadap dunia penyiaran, selain enggan dirinya dipermain-mainkan oleh pihak lain.

“Selain sebab cintakan bidang pengacaraan, saya juga bekerja keras kerana tidak mahu diri saya diperkutak-katikkan oleh orang lain.

“Jadi saya cipta rekod lagi dan lagi. Kemudian saya mahu kembangkan kerjaya pengacaraan di Amerika Syarikat (AS) dan saya dapat peluang itu sebelum Covid-19 melanda di seluruh dunia.

Untuk masa akan datang, Aznil yang namanya tercatat sebagai Pengacara paling Lama Bertahan dalam Malaysia Book Of Records itu sentiasa menunggu pengacara lain yang bakal mengisi tempatnya suatu hari nanti.



Malah, dia juga tidak lokek untuk mencurahkan kelebihannya sebagai pengacara berpengalaman kepada pihak lain agar mereka dapat menimba ilmu dalam bidang penyiaran.

“Saya sentiasa menanti pengacara-pengacara yang hebat lahir. Kalau saya kedekut ilmu, saya tidak akan mengajar mereka yang datang berjumpa saya untuk dapatkan ilmu.


“Bagaimanapun, gelaran nombor satu itu bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah etika untuk menjadi seorang pengacara yang baik,” tuturnya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 1-12-2023 06:22 PM
Dah tuek buat cara tuekk
Quote kalchi 1-12-2023 06:25 PM
Ni cite flashback ke apa ni
Quote adila39 1-12-2023 07:33 PM
Alif Satar..intelligent host.
Quote tuntasha 1-12-2023 07:36 PM
He is annoying adalah.live tiktok dia ada lalu aku tengok sekejap. Perasan, poyo and annoying gila pakej.
laju je aku scroll away and blocked.
Quote selipar_hijau 1-12-2023 08:24 PM
Teringat filem Aku No 1 dulu tu lawak betul
Quote slyfynx 1-12-2023 08:55 PM
Pemende wartawan cari, eja title kat title pn dah x betul
Quote LadyCarefree 1-12-2023 10:28 PM
ay si gelang tersenyum simpol
Quote ashilalat 1-12-2023 10:41 PM
Aduhai..beza betol jawapan aznil dengan siti.

Aznil sedaya upaya nak buktikan anugerah yg dia dapat setara dgn gelaran tu. Sampai jd kan siti benchmark pulak. Dalam erti kata lain, dia mengaku, dia lah pengacara nombor satu skrg dan dia layak dgn gelaran tu.

Beza dgn jawapan siti aritu, dia kalau boleh x nak pon reputz sebut title tu. Siti pon x justify pon kenapa dia layak. Siti cakap ni bukan pertandingan lumba lari ada nombo satu, dua, tiga.

Beza antara org yg dongak ke langit dgn org yg tunduk ke bumi.
Quote dua_chzy 1-12-2023 10:42 PM
Teringin nak tengok camna dah muka anak2 Aznil sekarang.
Quote bedahmenjuyah 1-12-2023 11:04 PM
ashilalat replied at 1-12-2023 10:41 PM
Aduhai..beza betol jawapan aznil dengan siti.

Aznil sedaya upaya nak buktikan anugerah yg dia dapat ...

Oh kisahnya. Ober la achik nil nih.
Quote cmf_jeangrey 2-12-2023 12:16 AM
Kalau bukan heol siapa pengacara nombor satu? Hampir semuanya self-centred, syok sendiri, annoying, loud, out of touch dan kerjanya body shaming orang
Quote hyie 2-12-2023 12:30 AM
sape je yang bagi gelaran tu kat sheols?
Quote matjerk 2-12-2023 01:44 AM
Sejaj bila hang bagus mengacara?
Quote sleepandream 2-12-2023 04:21 AM
recent 10 years ni iols jarang nampak muka heshe hosting... iols cuma nampak heshe dekat billbod tepi highway jah produk eskayvi jadah tu...
kalau before that memangla relevan pengacara no. 1... zaman AF & MMA.. but not now..

beza dgn siti... masih meletop keluar tv, berkonsert, beralbum, dan bukan wartawan je yg acknowledge sheols nombor syatu, tapi rakan artis penyanyi sendiri address sheols as nombor syatuuu... voley?
Quote pencintaABC 2-12-2023 07:46 AM
Kertu nya neknil tapi tetap mekap setebal itu
Quote rayray28 2-12-2023 07:48 AM
Siapa plak yg letakkan title tu?
Quote YomiuriLandMae 2-12-2023 03:02 PM
tatau asal tp iols mmg x berkenan dgn dia ni.. plus iols pun ada dgr2 from org lain yg kata dia ni kekwat.. propa je dpn kamera.. no wonder la dibah label dia as “datuk faked no 1 tersial zaman merudum”..
Quote Burong_Hantuk 3-12-2023 08:05 AM
bila bapok tua berkata2
Quote ketambangkang 3-12-2023 12:47 PM
anugerah2 yg dia dpt tu semua masa zmn af mendonia..lps af sendu dia pon kembali sendu jugek

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075641 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top