View: 10306|Reply: 28
|
Aznil Hj Nawawi Tak Kisah Gelaran Pengacara Nombor Satu Dirampas Orang Lain "Tittle Tu Beratkan Kepala Saya"
[Copy link]
|
|
Datuk Aznil Nawawi mengakui perlu bekerja keras untuk membuktikan dirinya layak bergelar pengacara nombor satu negara.
Katanya dia bekerja keras dengan mencipta rekod peribadi, seiring gelaran yang diberikan kepadanya.
Dalam masa yang sama Aznil, 61, tidak kisah jika ‘title’ (gelaran) itu ‘dirampas’ pada bila-bila masa sahaja oleh pengacara lain yang lebih layak suatu hari nanti.
![](https://b.cari.com.my/data/attachment/portal/202312/01/175341xhuqdhlwn97dbtw7.png) Foto: IG
Gelaran ‘pengacara nombor satu negara’ yang diberikan kepadanya itu sebenarnya sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia membuktikan bahawa dirinya layak dilabel sebagai pengacara paling tersohor di Malaysia.
“Saya tidak pernah pun kata diri saya sebagai pengacara nombor satu negara. Langsung tidak pernah. Tapi gelaran tersebut diberikan kepada saya oleh wartawan yang menulis dalam laporan mereka.
“Lagi pun gelaran itu boleh datang dan pergi bila hadir pengacara lain yang lebih bagus.
“Gelaran yang diberikan kepada saya itu juga sebenarnya ‘memberatkan’ kepala apabila saya perlu berusaha keras untuk mencipta rekod sendiri bagi membuktikan diri ini layak dengan gelaran tersebut,” katanya kepada Kosmo.
Kongsi Aznil, antara rekod yang diciptanya adalah dengan memenangi gelaran sebagai Pengacara Paling Popular iaitu sebanyak lapan kali dan Pengacara TV Terbaik di beberapa buah anugerah hiburan tempatan juga sebanyak lapan kali.
“Bila orang sudah bagi saya gelaran itu, saya kena cipta rekod. Alhamdulillah saya telah menang beberapa kali anugerah Pengacara Paling Popular.
“Saya melihat pencapaian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menang di peringkat asia. Jadi saya pun kena menang juga.
“Alhamdulillah saya menang juga sebagai Pengacara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia pada 2005,” jelasnya.
Bukan niat untuk mendabik dada, pengacara Program Macam-Macam Aznil itu mahu menjadikan gelaran dan pengiktirafan yang diterimanya itu sebagai pemangkin buat pengacara lain untuk turut berusaha keras, agar dapat menjadi bukan sahaja paling popular, namun juga terbaik.
“Inilah strata yang perlu dilihat oleh pengacara lain yang berada dibawah, untuk berusaha keras supaya dapat mengatasi kedudukan saya sekarang.
“Apabila usaha keras ini dicapai, barulah seseorang itu layak untuk digelar sebagai ‘nombor satu’ oleh sesiapa sahaja seperti pihak media, netizen malah oleh negara sendiri, sesuai dengan pencapaian yang diperolehnya,” tegas Aznil.
Tambah bekas graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari universiti Malaya (UM) itu lagi, selain mahu membuktikan gelaran yang diberikan kepadanya itu seiring dengan pencapaian yang diraih, dia juga turut bekerja keras kerana cintanya terhadap dunia penyiaran, selain enggan dirinya dipermain-mainkan oleh pihak lain.
“Selain sebab cintakan bidang pengacaraan, saya juga bekerja keras kerana tidak mahu diri saya diperkutak-katikkan oleh orang lain.
“Jadi saya cipta rekod lagi dan lagi. Kemudian saya mahu kembangkan kerjaya pengacaraan di Amerika Syarikat (AS) dan saya dapat peluang itu sebelum Covid-19 melanda di seluruh dunia.
Untuk masa akan datang, Aznil yang namanya tercatat sebagai Pengacara paling Lama Bertahan dalam Malaysia Book Of Records itu sentiasa menunggu pengacara lain yang bakal mengisi tempatnya suatu hari nanti.
Malah, dia juga tidak lokek untuk mencurahkan kelebihannya sebagai pengacara berpengalaman kepada pihak lain agar mereka dapat menimba ilmu dalam bidang penyiaran.
“Saya sentiasa menanti pengacara-pengacara yang hebat lahir. Kalau saya kedekut ilmu, saya tidak akan mengajar mereka yang datang berjumpa saya untuk dapatkan ilmu.
“Bagaimanapun, gelaran nombor satu itu bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah etika untuk menjadi seorang pengacara yang baik,” tuturnya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni cite flashback ke apa ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Alif Satar..intelligent host. |
|
|
|
|
|
|
|
He is annoying adalah.live tiktok dia ada lalu aku tengok sekejap. Perasan, poyo and annoying gila pakej.
laju je aku scroll away and blocked. ![](static/image/smiley/biggif/new_8.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat filem Aku No 1 dulu tu lawak betul |
|
|
|
|
|
|
|
Pemende wartawan cari, eja title kat title pn dah x betul |
|
|
|
|
|
|
|
ay si gelang tersenyum simpol |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai..beza betol jawapan aznil dengan siti.
Aznil sedaya upaya nak buktikan anugerah yg dia dapat setara dgn gelaran tu. Sampai jd kan siti benchmark pulak. Dalam erti kata lain, dia mengaku, dia lah pengacara nombor satu skrg dan dia layak dgn gelaran tu.
Beza dgn jawapan siti aritu, dia kalau boleh x nak pon reputz sebut title tu. Siti pon x justify pon kenapa dia layak. Siti cakap ni bukan pertandingan lumba lari ada nombo satu, dua, tiga.
Beza antara org yg dongak ke langit dgn org yg tunduk ke bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak tengok camna dah muka anak2 Aznil sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 1-12-2023 10:41 PM
Aduhai..beza betol jawapan aznil dengan siti.
Aznil sedaya upaya nak buktikan anugerah yg dia dapat ...
Oh kisahnya. Ober la achik nil nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukan heol siapa pengacara nombor satu? Hampir semuanya self-centred, syok sendiri, annoying, loud, out of touch dan kerjanya body shaming orang
|
|
|
|
|
|
|
|
sape je yang bagi gelaran tu kat sheols? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejaj bila hang bagus mengacara? |
|
|
|
|
|
|
|
recent 10 years ni iols jarang nampak muka heshe hosting... iols cuma nampak heshe dekat billbod tepi highway jah produk eskayvi jadah tu...
kalau before that memangla relevan pengacara no. 1... zaman AF & MMA.. but not now..
beza dgn siti... masih meletop keluar tv, berkonsert, beralbum, dan bukan wartawan je yg acknowledge sheols nombor syatu, tapi rakan artis penyanyi sendiri address sheols as nombor syatuuu... voley? |
|
|
|
|
|
|
|
Kertu nya neknil tapi tetap mekap setebal itu |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa plak yg letakkan title tu? |
|
|
|
|
|
|
|
tatau asal tp iols mmg x berkenan dgn dia ni.. plus iols pun ada dgr2 from org lain yg kata dia ni kekwat.. propa je dpn kamera.. no wonder la dibah label dia as “datuk faked no 1 tersial zaman merudum”.. |
|
|
|
|
|
|
|
anugerah2 yg dia dpt tu semua masa zmn af mendonia..lps af sendu dia pon kembali sendu jugek |
|
|
|
|
|
|
| |
|