CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cubaan Samun, Remaja Lelaki Nak Tikam Pemandu E-Hailing

28-11-2023 11:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5920| Komen: 40

Seorang remaja lelaki didakwa bertindak mahu menikam pemandu e-hailing menggunakan pisau dalam kejadian dipercayai di sebuah taman perumahan di Sungai Petani, Kedah semalam.

Rakaman kejadian di dalam kereta itu tular di media sosial sejak malam tadi dan berdasarkan waktu terpapar pada video itu, ia berlaku kira-kira pukul 6.20 petang semalam.



Bagaimanapun, pemandu lelaki tersebut berjaya menggenggam tangan remaja dipercayai berusia 13 tahun itu, serta merampas pisau yang digunakan untuk menikamnya.

Berdasarkan video itu, kelihatan pemandu tersebut beberapa kali melakukan pusingan di sebuah taman perumahan selepas diminta remaja tersebut kononnya mahu menghantarnya di lokasi.

“Saya pakai kereta cari duit, bukan ini macam. Saya bukan you punya bapak. Aiya lu ini olang, panas hati you bikin saya.

“Lu itu budak main-main ya. Saya cakap lu jangan main-main,” katanya kepada remaja berkopiah itu selepas diarahkan memandu mengikut tunjuk arah remaja tersebut.


Sebaik berhenti di lokasi yang diberitahu, pemandu tersebut mengeluarkan wang kertas daripada poket bajunya dan pada ketika itulah, remaja yang berada di kerusi belakang mengeluarkan pisau dan mahu menikam dadanya.

Mujur pemandu tersebut sempat menggenggam dan menggigit tangannya serta merampas pisau tersebut, manakala suspek terus keluar daripada kereta dan melarikan diri. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 28-11-2023 11:32 AM
Ko mental ke apa...Henry Gurney la jawabnyer.
Quote ezacbee 28-11-2023 11:39 AM
Pasni jangan claim oku tau..
Quote dagusengett 28-11-2023 11:42 AM
bagus uncle letak dashcam
sg petani pun takdela besar tara mana pun kan
Quote ketambangkang 28-11-2023 11:44 AM
bdk ni mmg berani mati la wehh
Quote adizero11 28-11-2023 11:46 AM
kecik2 lg dh nk menyamun..siap tikam bagai..
Quote Skuau 28-11-2023 12:09 PM
'bagi' kt hamas..bg depa latih dia....
Quote gigahertz 28-11-2023 12:21 PM
Sazreena: Ko mental ke apa...Henry Gurney la jawabnyer.

kalau tak dadah mesti dengar ceramah extreme.

Quote otai_g 28-11-2023 12:23 PM
Cari bdk ni, jumpa Dan lupuskan. Kalo x bencana akan dtg dgn genetik hendonisme mcm ni
Quote _kelly 28-11-2023 12:28 PM
remaja berkopiah????

Quote KamikuP 28-11-2023 12:35 PM
Mujur kene seatbelt, celaka punya budak .. ni mesti anak tak sah taraf ni
Quote mamajawie 28-11-2023 12:55 PM
aku syak budak rohingyuckk sebab hitam
Quote prettyuglybabe 28-11-2023 01:32 PM
kalau dia tikam guna tangan kiri, mau tepat kena dada..
haramjadah punya budak..
Quote Lampuled 28-11-2023 01:53 PM
Cmne boleh tergerak hati nk buat cenggitu. Nasib baik ada dashcam boleh nmpak kejadian sebenar. Kalau tak mesti org tak caye budak gitu buat hal.
Dgrnya warga tt kata bapanya ustaz. Mcm glemer jugak. Tp iolls tak kenal lah.
Quote sayurmayur88 28-11-2023 02:15 PM
macam jahanam punya perangai. sumbat je ke penjara.
Quote mizruncing 28-11-2023 02:15 PM
malukan bangsa je kau ni dikk
Quote anony-mous 28-11-2023 02:17 PM
otai_g replied at 28-11-2023 12:23 PM
Cari bdk ni, jumpa Dan lupuskan. Kalo x bencana akan dtg dgn genetik hendonisme mcm ni

Setuju. Klau umur mcm tu dah berani, bila besar lg jahat. Ni bkn psal hati semata2, mgkin kromosom dia XYY. Kena kasi bunuh jah.
Quote Jitu 28-11-2023 03:07 PM
kecik2 da jahat beso nnt entah la

Quote albedah 28-11-2023 03:09 PM
Kalu ada video baru la mak bapak percaya....
Quote ketambangkang 28-11-2023 03:45 PM
ahhh hujung2 kang keluar cerita terdesak sbb bpk sakit, mak stroke, adik badik ramai, kemurungan sampai terdengar bisikan..maka berbondong2 lah dermawan, influencer, youtuber dtg bantu

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.047526 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top