Tun Dr Mahathir Mohamad berminat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno bulan depan jika mantan presiden itu diundang. “Jika saya dijemput, saya pasti hadir. Umno juga parti saya, bukan parti Datuk Seri Najib Razak seorang.” “Umno untuk semua Melayu, saya juga seorang Melayu.” Bercakap kepada media selepas majlis penutup KL Summit semalam, Dr Mahathir berkata jika pengkritik Umno dilarang menyertai perhimpunan tersebut, ia bermakna parti itu telah dikuasai sepenuhnya oleh barisan pemimpin dan tidak layak disebut Umno lagi.
Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual antara 8 hingga 12 Disember ini, diadakan di tengah-tengah kemelut kepemimpinan apabila presidennya Najib terus dikecam berhubung isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya. sumber berita : sinarharian.com.my/
|
2
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dizek replied at 30-11-2015 09:27 AM
secara tradisinya bekas2 pemimpin
utama terutamanya presiden memang dijemput
alien3d replied at 30-11-2015 10:33 AM
panggil anuat sekali. anuar mahathir pak lah .. .. rasa ramai nak tengok.. banyak sangat konspira ...
dizek replied at 30-11-2015 09:27 AM
secara tradisinya bekas2 pemimpin
utama terutamanya presiden memang dijemput
dizek replied at 30-11-2015 10:35 AM
juburi dah bukan ahli umno
dia ditendang keluar dari umno oleh Tun pada tahun 1998
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[16]. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.
Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[17].
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[18].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.[19] Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan[perlu rujukan].
Rasa kalu mahathir keluar umno dah agak..
ADVERTISEMENT