View: 4348|Reply: 36
|
[Tempatan]
Tun M akan hadir Perhimpunan Agung Umno
[Copy link]
|
|
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno bulan depan sekiranya dijemput.
Menurutnya, jika beliau dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 kerana mengkritik perdana menteri, maka Umno sudah menjadi parti Najib.
“Kalau saya dijemput, saya pergilah. Ini parti saya, bukan parti Datuk Seri Najib (Tun Razak) seorang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Semalam, The Star melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Mahathir tetap dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, 10 Disember ini
Ketika diminta mengulas soal gesaan agar beliau dipecat dari parti, Mahathir berkata, beliau sebagai ahli berhak untuk bersuara dan selama ini tegurannya hanya buat Najib bukannya parti.
“Tak apalah dia (Najib) ada hak nak pecat. Tak ada sebab pun nak pecat (saya) tapi sebab dia berkuasa. Ini satu cara salah guna kuasa. Saya ahli Umno dan saya berhak dalam Umno.
“Ini bila siapa tegur perdana menteri atau presiden parti (di) buang. Jadi seolah-olah ini bukan parti Umno...ini parti Datuk Seri Najib. Siapa tegur Najib kena buang,” katanya.
Menurutnya lagi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diputuskan tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri merupakan salah satu bukti bahawa Umno sudah menjadi parti Najib.
“Ini tidak mengikut peraturan dan tradisi parti kerana orang ini (Muhyiddin) dianggap sebagai tidak bersetuju bukan dengan Umno tapi dengan Datuk Seri Najib. Sekali lagi bukti Umno sudah jadi parti Najib,” katanya.
Selasa lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing sekali gus mengesahkan bahawa Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti tidak akan berucap pada perasmian persidangan itu meskipun secara tradisi perasmian akan dibuat oleh Timbalan Presiden.
Menurut Zahid juga, MT Umno akan memutuskan sama ada Muhyiddin akan menggulung ucapan sebagai Timbalan Presiden atau tidak, kelak.
Kata Mahathir, Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti perlu hadir dan duduk di atas pentas sewaktu persidangan serta perlu diberi peluang untuk berucap kepada perwakilan-perwakilan.
“Dari segi protokol, orang nombor dua ialah Muhyiddin. Kalau dia nak bercakap, saya harap speaker (pengerusi tetap) bagi peluang kepada dia bercakap.
“Jika tidak, kita tak payah cakap tentang demokrasilah. Kalau cuma nak puji Najib sahaja baru boleh cakap, ini bukan lagi parti Umno,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/tun-m-akan-hadir-perhimpunan-agung-umno-1.456951
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm...kipidap che det... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak dijemput, boleh ke Tun datang ke perhimpunan parti Bijan nih? |
|
|
|
|
|
|
|
AKU pikir. NAJIB akan melanggar tradisi Perhimpunan Agong UMNO dengan
menglilangkan diri. Alasan - POLIS KATA, TEMPAT ITU BAHAYA, akan berlaku
rusuhan KAUM.......................KIHKIHKIH
EVERYTHING TO HIDE WHEN YOU ARE A CASH KING................ |
|
|
|
|
|
|
|
secara tradisinya bekas2 pemimpin
utama terutamanya presiden memang dijemput
tiada salahnya pun Tun hadir, bahkan adalah
lebih baik bersemuka dengan presiden terkini
iaitu DS Najib dalam meyampaikan
ketidakpuasan hati atau pandangan tersendiri beliau
dan kesempatan yang ada boleh diambil
kedua2 yang berkenaan untuk bersoal jawab
dan memberi penjelasan secara langsung |
|
|
|
|
|
|
|
menarik untuk dilihat nanti
tazabar rasanya untuk see what happen |
|
|
|
|
|
|
|
baik tak payah jemput bekas pm pencin nih..nanti satu perhimpunan jadi kacau bilau..dah pencin tu duduk rumah sajalah layan anak cucu dan beribadat kubur pun dah semakin memanggil |
|
|
|
|
|
|
|
panggil anuat sekali. anuar mahathir pak lah .. .. rasa ramai nak tengok.. banyak sangat konspirasi antara deme.. Ilusi atau tidak ..
|
|
|
|
|
|
|
|
juburi dah bukan ahli umno
dia ditendang keluar dari umno oleh Tun pada tahun 1998
sebab menjubur
Tun dan Pak Lah masih
lagi ahli umno
|
|
|
|
|
|
|
|
well said tun m..jawapan Parti Najib tu win sgt okeh
|
|
|
|
|
|
|
|
diharap kedua2 bertemu secara langsung konon...terngiang ngiang lagi tragedi nothing to hide |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 30-11-2015 02:41 AM
Buruk nya Nek Pidah nangis... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda mudah ni pun ahli umgok susah nak hadam...
Terlalu takut hingga terpaksa bersembunyi... media pun dilarang buat liputan.
Kalau PAU sebelumnya, segala benda nak liputan. Tapi BAGUS, tak sakit telinga nak dengar pengampu kat tv.
|
|
|
|
|
|
|
|
semua dah huru hara sekarang ni.
rakyattertekan...
yang aman2 ahjib dgn nekmah..
nekmah kalau tertekan je, tokjib kena izin dia pi shoping |
|
|
|
|
|
|
|
nape,,, Jibby goyang kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
time forum nothingtohide tu tanak dtg tatkala madet dah dtg. kl x dah boleh buat perbincangan bersama lebih awal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[16]. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.
Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[17].
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[18].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.[19] Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan[perlu rujukan].
Rasa kalu mahathir keluar umno dah agak.. ambik wiki nih . https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad#Keluar_UMNO |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 30-11-2015 09:08 AM
Kalau tak dijemput, boleh ke Tun datang ke perhimpunan parti Bijan nih?
Dulu zaman Semangat 46 , Datuk Harun Idris pun turut hadir perhimpunan agong UMNO ni (walaupun x dijemput) |
|
|
|
|
|
|
| |
|