Oleh Izzah Abbasy
Akta melindungi spesis haiwan terancam sudah lama menjadi undang-undang negara Malaysia. Baru-baru ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa beliau tidak sedar akan larangan memakan telur penyu, selepas tersebar gambar beliau dihidangkan telur spesies terancam itu. Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau tidak bertanggungjawab menyediakan menu makan malam itu dan menganggap tuduhan menyalahkan beliau sebagai tidak adil. Ismail Sabri dikritik minggu lepas susulan gambar itu yang tersebar di Facebook, yang dikatakan diambil di satu majlis Umno di sebuah restoran di Sandakan. Ia menunjukkan Ismail Sabri duduk di meja dengan sepinggan penuh telur penyu, namun tidak kelihatan beliau memakan hidangan tersebut. Beliau duduk semeja dengan tujuh lagi tetamu, termasuk ketua bahagian Beluran dan juga wakil rakyat Sugut, Datuk James Ratib. - CARI Infonet Baca selanjutnya : themalaymailonline.com Kredit Foto : www.freemalaysiatoday.com dan themalaymailonline.com
|
11
Bagus |
5
Marah |
16
Terkejut |
5
Sedih |
16
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
edee_91 replied at 11-11-2015 09:58 AM
Aku pun baharu tahu tak boleh makan telur penyu lepas baca artikel ni.
bluehedgehog replied at 11-11-2015 10:03 AM
sib baik ko bukan bekas menteri KPDNKK
ADVERTISEMENT