Dalam usaha bergelar abang ‘sado’, seorang remaja melakukan kerja sampingan termasuk membantu rakan menjual burger pada sebelah malam bagi mengumpul wang membeli makanan tambahan dan membayar yuran latihan di gimnasium. Kegigihannya berbaloi apabila dia mencapai keputusan membanggakan dalam pertandingan seperti Mr IOI 2015 di Johor baru-baru ini, Mr KL 2015 (tempat kedua bagi kategori junior dan ketiga untuk acara terbuka), Mr Johor (tempat kedua junior), Body Smart MBMB (tempat kedua), Ayer Molek Smart Body (tempat ketiga), Mr Gym 1Malaysia (tempat kelima junior) dan Mahkota Parade Smart Body (tempat keempat). Muhammad Adil Roslan, 18, dari Kampung Pengkalan Batu berkata, dia bangga meraih pelbagai kejayaan walaupun baru setahun aktif dalam sukan bina badan.
Katanya, dia mula menyimpan hasrat memiliki badan tegap dan berotot selepas melihat seorang lelaki bertubuh sasa ketika menemani rakannya menghadiri latihan di sebuah gimnasium di Bukit Baru. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, kejayaan yang dicapai atas dorongan rakan, selain mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih, Mazlan Yaakub, 36. Berita selanjutnya: hmetro.com.my |
9
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT