CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kakak Menangis Adik Dihempuk Bini Sampai Mulut Terbelah, Minta Cerai Kerana Hidup Susah

7-7-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3466| Komen: 59

Tular pendedahan seorang wanita di TikTok mengenai keganasan rumah tangga dialami adik lelakinya.

@Zeemarwardiana berkongsi video dirinya menangis sambil memeluk adiknya yang dihempuk isteri hingga wajahnya lebam.



TikTok

Pada awalnya, lelaki berbaju merah ini enggan membuka mulut kerana bimbang kakaknya naik minyak dan hanya memaklumkan kepada adik perempuannya. 

Sejurus dimaklumkan, mereka terus membawa lelaki tersebut ke klinik bagi menjahit mulutnya yang terkoyak akibat pergelutan dengan isterinya itu.

Menurut wanita itu, isteri adiknya sering meminta cerai berikutan tidak tahan dengan kekangan ekonomi dialami apatah pula lelaki itu hanya bekerja sebagai penghantar makanan. 



Namun, dia selalu menasihati adiknya untuk memujuk isterinya itu selain berusaha melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Kemuncaknya apabila lelaki itu terdengar isterinya berbual di telefon dengan begitu mesra lalu terus meminta telefon tersebut, namun menimbulkan kemarahan wanita berkenaan yang terus naik hantu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-7-2023 07:22 PM
Aku kesian tapi kalau boleh takyah la rakam jadikan content. Kurang level kesian aku dek.
Quote asfaz 7-7-2023 07:52 PM
dua_chzy replied at 7-7-2023 07:22 PM
Aku kesian tapi kalau boleh takyah la rakam jadikan content. Kurang level kesian aku dek.

Betul Tu, terus rasa annoying. Dah ready rakam,benda jadi macam tak real
Quote pengecatbintang 7-7-2023 08:10 PM
jika blom ada anak..

income penghantar makanan RM3k...

bole ler..

x mewah tp cukup
Quote mawarika 7-7-2023 08:15 PM
Kesian kadang mmg ada suami jenis pentol kena herdik dek bini je.. terlampau baik sgt pun susah wey..
Quote _kelly 7-7-2023 08:21 PM
dua_chzy replied at 7-7-2023 07:22 PM
Aku kesian tapi kalau boleh takyah la rakam jadikan content. Kurang level kesian aku dek.

pakej pasang lagu sedih mendayu pulak..dari nak kasihan terus jadi meluat
Quote Lagubestbest 7-7-2023 08:26 PM
_kelly replied at 7-7-2023 08:21 PM
pakej pasang lagu sedih mendayu pulak..dari nak kasihan terus jadi meluat

"peluang buat content" wajib dikaut.
Quote Skuau 7-7-2023 09:04 PM
mawarika replied at 7-7-2023 08:15 PM
Kesian kadang mmg ada suami jenis pentol kena herdik dek bini je.. terlampau baik sgt pun susah wey. ...

bkn pompuan suka ke kalo kontrol laki...CUMA Bila adik lelaki ngn abng yg kena....tau pulok MARAH....
Quote krustykrab 7-7-2023 09:12 PM
Dah die minta cerai..ko ceraikn je la..naper dok tadah muka tu bg kena hempuk.
Quote ninja boy 7-7-2023 09:17 PM
Edited by ninja boy at 7-7-2023 09:20 PM

Ceraikan ja talak 3 apa susah,  ke nak sampai bini tebus talak sampai kena bagi 1 juta duit dan kereta dan rumah baru boleh cerai atau bini terpaksa upah skandal atau jadi pelacur baru boleh diceraikn, sebegitukah
Quote tobobon 7-7-2023 09:20 PM
_kelly replied at 7-7-2023 08:21 PM
pakej pasang lagu sedih mendayu pulak..dari nak kasihan terus jadi meluat

hahaha..meols lg la kalau scroll tiktok jer kalau nak menggambarkan betapa sedih dan pilunya content depa misti pakai lagu kat bawah ni..

[youtube]4QjkmIGPwgs[/youtube]


Quote Nham22 7-7-2023 09:25 PM
Susah la zaman skrg ni... Mmg susah.. Tp kalau isteri x sanggup nak idup susah lepas kan jela..anak xde lg.. Takde pengikat lg.. Boleh teruskN hidop lagi tanpe rase bersalah... Apoo g buat content watpa
Quote bunnyj3lly 7-7-2023 09:26 PM
Tahlaa.. tp memang ada lelaki yang mcm ni. Susah nak lepaskan isteri dia sebab dia masih yakin isteri dia akan berubah. Macam pempuan juge lerrr... Maybe adik dia ni susah nak suka or jatuh cinta kot. Tu yg payah nak cerai
Quote plywood 7-7-2023 09:43 PM
duit itu samada kita cari lagi banyak atau kita kurangkan kebergantungan dengan duit .. kalau nak lagi banyak supportlah family cari duit nak harapkan duit melambak tanpa usaha tambahan tak akan jadilah...
Quote fefeeling 7-7-2023 09:45 PM
Masa before kawin laki ko keje apa? Ceo? Majistret? Akauntan? Kalau mmg sejak awal mmg dah keje rider, bersyukur lah dia tetap nak cari duit sara family even ala kadar je.. cukup baik lah dia tak membiawakkan diri
Quote _kelly 7-7-2023 09:47 PM
tobobon replied at 7-7-2023 09:20 PM
hahaha..meols lg la kalau scroll tiktok jer kalau nak menggambarkan betapa sedih dan pilunya conte ...

yaa hampir setiap content pakai lagu sama..konon sedih menyayat hati padahal buat orang benci
Quote dua_chzy 7-7-2023 09:47 PM
_kelly replied at 7-7-2023 12:21 PM
pakej pasang lagu sedih mendayu pulak..dari nak kasihan terus jadi meluat

Dengan reaksi si kakak yang over seropa lakonan pelakon gred C. Emh....
Quote mawardia 7-7-2023 09:49 PM
I kesian kat adik nya tapi rasa nak hempuk akak nya. Bole?
Quote itik_magic 7-7-2023 09:51 PM
kalau miskin x yah kawen. zmn skrg kawen utk lelaki kaya je. lelaki miskin posa atau pandai2 le kawal nafsu.
Quote she 7-7-2023 09:53 PM
Bini dia stress ler tewww
Buka wasap IG FB
Semua status asyik menayang g bercuti Cameron
Gelang emas celup
Makan roti bakar kat cafe hipster
Stereng kete Myvi baru
Deco2 rumah Japandi jadah

Mana tak stress bini
Lupa janji2 manis masa bercinta dulu
Susah senang together forever

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.131079 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top