|
Seorang pereka fesyen berkongsi luahan terkilannya apabila menjadi mangsa diksriminasi seorang pemandu e-hailing. Ciapnya, dalam kejadian Khamis petang itu, dia yang dikenali sebagai Izzat Rahmat mendakwa pemandu berkenaan meminta dia membatalkan tempahan kerana gara-gara berbadan dan mempunyai berat badan berlebihan.
Dia juga bingung apabila mendapat layanan buruk daripada pemandu Honda City berkenaan yang enggan menghidupkan pendingin hawa dan memandu perlahan kerana khuatir keretanya akan rosak membawa 'muatan berlebihan berat'. Bagaimanapun, Izzat tetap dihantar dari rumahnya di Wangsa Maju menuju ke sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan tambang RM12. Tambahnya yang sudah membuat laporan kepada pengendali Grab pihak perkhidmatan itu berjanji untuk menyiasat kes ini. Izzat turut berkongsi tangkap layar mesej daripada pihak Grab yang memohon maaf atas insiden tersebut. Ramai netizen meluahkan rasa berang atas perkongsian tersebut dan mengecam tindakan pemandu lelaki berkenaan yang disifatkan tidak masuk akal. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-3-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.083693 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.