Tular pendedahan seorang wanita di TikTok mengenai keganasan rumah tangga dialami adik lelakinya.
@Zeemarwardiana berkongsi video dirinya menangis sambil memeluk adiknya yang dihempuk isteri hingga wajahnya lebam.
TikTok
Pada awalnya, lelaki berbaju merah ini enggan membuka mulut kerana bimbang kakaknya naik minyak dan hanya memaklumkan kepada adik perempuannya.
Sejurus dimaklumkan, mereka terus membawa lelaki tersebut ke klinik bagi menjahit mulutnya yang terkoyak akibat pergelutan dengan isterinya itu.
Menurut wanita itu, isteri adiknya sering meminta cerai berikutan tidak tahan dengan kekangan ekonomi dialami apatah pula lelaki itu hanya bekerja sebagai penghantar makanan.
Namun, dia selalu menasihati adiknya untuk memujuk isterinya itu selain berusaha melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan.
Kemuncaknya apabila lelaki itu terdengar isterinya berbual di telefon dengan begitu mesra lalu terus meminta telefon tersebut, namun menimbulkan kemarahan wanita berkenaan yang terus naik hantu. - CARI
Post time 7-7-2023 09:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 7-7-2023 09:20 PM
Ceraikan ja talak 3 apa susah, ke nak sampai bini tebus talak sampai kena bagi 1 juta duit dan kereta dan rumah baru boleh cerai atau bini terpaksa upah skandal atau jadi pelacur baru boleh diceraikn, sebegitukah
Post time 7-7-2023 09:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Susah la zaman skrg ni... Mmg susah.. Tp kalau isteri x sanggup nak idup susah lepas kan jela..anak xde lg.. Takde pengikat lg.. Boleh teruskN hidop lagi tanpe rase bersalah... Apoo g buat content watpa
Post time 7-7-2023 09:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahlaa.. tp memang ada lelaki yang mcm ni. Susah nak lepaskan isteri dia sebab dia masih yakin isteri dia akan berubah. Macam pempuan juge lerrr... Maybe adik dia ni susah nak suka or jatuh cinta kot. Tu yg payah nak cerai
duit itu samada kita cari lagi banyak atau kita kurangkan kebergantungan dengan duit .. kalau nak lagi banyak supportlah family cari duit nak harapkan duit melambak tanpa usaha tambahan tak akan jadilah...
Post time 7-7-2023 09:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa before kawin laki ko keje apa? Ceo? Majistret? Akauntan? Kalau mmg sejak awal mmg dah keje rider, bersyukur lah dia tetap nak cari duit sara family even ala kadar je.. cukup baik lah dia tak membiawakkan diri
Post time 7-7-2023 09:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bini dia stress ler tewww
Buka wasap IG FB
Semua status asyik menayang g bercuti Cameron
Gelang emas celup
Makan roti bakar kat cafe hipster
Stereng kete Myvi baru
Deco2 rumah Japandi jadah
Mana tak stress bini
Lupa janji2 manis masa bercinta dulu
Susah senang together forever