View: 11456|Reply: 12
|
[Tempatan]
Sudah 2 hari lembu berendam dalam air'
[Copy link]
|
|
'Sudah 2 hari lembu berendam dalam air'
Syaherah Mustafa
[email protected]
Keadaan sebahagian kawasan kandang lembu milik Muhammad Nasaruddin yang dinaiki air sejak kelmarin.
FOTO Ihsan Muhammad Nasaruddin
Keadaan sebahagian kawasan kandang lembu milik Muhammad Nasaruddin yang dinaiki air sejak kelmarin. FOTO Ihsan Muhammad Nasaruddin
Pasir Mas: Bimbang dengan nasib lebih 100 lembu selepas kandang dinaiki air separas 0.8 meter sejak kelmarin, Muhammad Nasaruddin Mohd Nor, 31, sanggup tidur di dalam kereta di Kampung Lubok Jong, di sini.
Katanya, sudah dua malam dia bersama dua pekerja bermalam di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan yang mana jaraknya satu kilometer dari kandang .
"Saya akan meredah air setiap pagi untuk memberi kesemua lembu makan dan berada di pondok berdekatan untuk berlindung sebelum kembali ke kereta pada sebelah petang.
"Sebelum ini air hanya naik separas 0.2 atau 0.3 meter (m) jika bah melanda, namun kali ini paras air sangat tinggi sehingga ada lembu yang terpaksa dialihkan ke bahagian kandang yang tinggi supaya tidak lemas.
"Sudah dua hari lembu ini berendam di dalam air, saya bimbang ada yang mati kerana kesejukan akibat terlalu lama di air," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Nasaruddin berkata, setakat ini tiada yang mati tetapi sudah ada lembu yang dilihat sakit, jadi dia berharap semoga banjir segera pulih.
"Kandang saya mula dilanda banjir sejak tahun lepas, sebelum ini ia bebas daripada air setiap kali musim tengkujuh tiba. Saya pada awalnya menyangka air akan naik sama seperti tahun lepas, namun jangkaan meleset apabila ia mencecah paras dada.
"Hari ini air semakin surut tetapi masih lagi pada paras yang tinggi. Selepas ini saya akan lebih peka dengan memindahkan semua ternakan lebih awal jika musim tengkujuh tiba," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selepas ini saya akan lebih peka dengan memindahkan semua ternakan lebih awal jika musim tengkujuh tiba,..
|
|
|
|
|
|
|
|
yaampun kesiannyaa
binatang pun makhluk bernyawa ye
dah pernah kena banjir bnyak kaliiiii patutnya ko bersedia la anjirr |
|
|
|
|
|
|
|
ini lah yg menakutkn kalo ayam itik kambing pun boleh lagi dipikul.. ni lembu. seratus ekor pulak tu.. jgn ler menyeksa haiwan.
patut dh bersedia |
|
|
|
|
|
|
|
dia baru pestaim banjir ye?
ko bang kalau ada bela bnda bernyawa cuba a alert dan bersiap siaga aw..siann..lembu pun ada perasaan bkn kucing anjing je..
kalau kucing tu blh lg nk kelek dk dlm beg..lembu ni nk slmt pun ssh..ownernya kena buat kandang tinggi mcm kandang kambeng yg tol sham tnjk..i pernah tgk..elokk
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kalau nak dipindahkan pun mana nak letak? dah la byk tmpt naik air.
siannya lembu2 ni...semoga semua sihat2 saje.
hrp keadaan cepat kembali seperti sediakala |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak mati kena banjir pun mati kena sembelih. Tak tau yang mana lagi kesian. Nasib ko lah lembu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerbau blh survive sbb dia haiwan semi aquatic. Lembu ni blh jgk berenang tpi x sekuat kerbau. Tgk kekuatan lembu tu dan arus je. Tapi yg kecik2 tu xtaulah. Ada vdeo kat YouTube lmbu berenang selamatkan diri ramai2 dgr owner dia jerit. |
|
|
|
|
|
|
|
air naik deras sangat. tak sempat nak alihkan ke kawasan yang selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-12-2024 04:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Freezies replied at 2-12-2024 02:20 PM
Ternakan uols @B40tastePosh terkesan ke dengan banjir baru2 ni?
Tade pun....tak banjir kat sini...cuma kandang lecah...French drain banyak membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
jual terus ke area barat atau selatan, dari mati tenggelam membazir |
|
|
|
|
|
|
|
adoi lagi sakit dada tgk binatang2 terbiar berhari begini
kesian betapa dia sejuk, letih, tak dpt duduk, baring, tido berdiri
yg tuan aman2 minum kopi kat pps
kan dah byk kali kabo taun ni dia membadai luarbiasa
kau takleh brain ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|