View: 7041|Reply: 11
|
Saya Sudah Fikir 20 Tahun Ke Depan Mengenai Segala Keperluan Nur Izzara - Ramli MS
[Copy link]
|
|
Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu dia sudah merancang 20 tahun ke hadapan mengenai kehidupan dan keperluan anak angkatnya, Nur Izzara.
Menolak soal ajal, Ramli, 65, atau mesra disapa Tok Ram berkata, sejak hari pertama anak angkatnya menjejakan kaki ke dalam rumah, dia sudah memikul satu tanggungjawab baharu.
Apabila anak itu sudah masuk ke dalam rumah, saya sudah memikul satu tanggungjawab. Saya sudah fikir 20 tahun ke depan mengenai segala keperluannya.
Sama ada saya panjang umur atau tidak, saya perlu memikirkan tentang kehidupan anak itu 20 tahun ke depan. Kena fikir tentang pembejalaran dan lain-lain.
Tok Ram berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu pertama Gegar Vaganza 11 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.
Dalam pada itu, Tok Ram mengakui kehidupannya dengan isteri, penyanyi Datin Alyah sedikit berbeza selepas kehadiran Nur Izzara.
Ini bukan soal kekok apabila ada anak, saya dah hidup 65 tahun dan sudah faham perangai manusia.
Ketika umur saya 30, saya sudah dapat anak pertama. Pengalaman dahulu dengan kehadiran anak angkat yang sekarang, keadaan sedikit berbeza.
Kalau boleh saya mahu ambil lagi anak-anak yang kurang bernasib baik. Ambil lima, sepuluh orang pun saya okay.
Sementara itu, Tok Ram turut menitipkan pesanan kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga supaya berfikir dengan betul sebelum berkahwin.
Siapa-siapa lelaki yang mahu berkahwin, tolong fikir tentang 20 tahun ke depan. Anak bukan satu pelaburan.
Jangan fikir satu pelaburan apabila anak sudah besar akan jaga orang tua mereka. Jangan fikir bergitu, kerana kadang kala anak boleh derhaka dengan ibu bapa mereka.
Terdahulu, Alyah menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita gembira apabila mengambil seorang anak angkat perempuan.
Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada 2013. Namun, mereka belum dikurniakan anak.
Bagaimanapun, Tok Ram yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik, Jennifer Thompson dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini sudah dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nampak tok ram syg btul anak angkat dia ni, yela comel kan mestilah syg.. muka pun dh mcm seiras tok ram campur alyah |
|
|
|
|
|
|
|
comelnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
comelnyaaaa .... seiras betul mak ayah... tapi byk muka mak sgt.... jgn2 mmg anak dorang pakai ibu tompang hahahaa gurau je |
|
|
|
|
|
|
|
comel betul baby ni... cantik pun ye juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xsangka tokram kelek anak kecik lg sekarang. Lg la anak angkat je kan. Nampak betul2 kasih & sayang pada baby tu. Semoga bahagia sampai ke hujung hayat buat rokram & family |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berbahagia nok...
soka tgk tokram lam projek bapak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Suka komen Tok Ram |
|
|
|
|
|
|
|
cantik anak dorang, sebelum setuju nak adopt tu mestilah dah fikir, umur dorang pun bukan muda lg tapi klu mati atau sakit ni, anytime je pun |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya baby izzara |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan. Bagus dia nak ambil lagi anak angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
anak bukan satu pelaburan... betul tu... anak adalah amanah aaagiteww |
|
|
|
|
|
|
| |
|