CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Polis Dodoi Anak Dengan Lagu Nasyid Versi Rock, Sudahnya Rancangan Nak Pergi Ride 'Ke Laut'

27-6-2023 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 963| Komen: 9

Description: Tular video seorang lelaki mendodoikan anaknya dengan lagu nasyid dalam versi rock.Pada awalnya dia menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Hijjaz itu dalam nada biasa sebelum mengubah suaranya seper ...
Tular video seorang lelaki mendodoikan anaknya dengan lagu nasyid dalam versi rock.

Pada awalnya dia menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Hijjaz itu dalam nada biasa sebelum mengubah suaranya seperti seorang penyanyi rock kerana gagal menidurkan anak bongsunya.


Bercakap kepada mStar, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai Bell Deto, 33, itu mengakui ia merupakan senario biasa yang sering terjadi dalam rumahnya.


mStar

"Isteri yang rakam video tu sebenarnya. Saya memang dah terbiasa menyanyi dan berzikir ketika mendodoikan anak. Kebetulan hari tu, mood tak berapa baik. Sepatutnya saya nak pergi ride, tapi isteri minta tidurkan anak nombor dua dahulu.

"Anak saya meragam tak nak tidur. Saya nasyid tak jalan, mengaji tak jalan, itu yang bertukar suara jadi lagu rock. Tapi sampai sudah dia tak tidur. Akhirnya, saya pun tak pergi ride. Puncanya anak tak tidur," ujarnya berseloroh.


Senang disapa Bell, dia yang menetap di Puncak Alam, Selangor sama sekali tidak menyangka video tersebut akan meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata lelaki itu, dia turut terhibur membaca komen netizen dan berharap kaum bapa terus bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

"Dunia sekarang mencabar. Kita tak tahu kat taska macam mana, apabila kita kena jaga sendiri baru tahu ragam budak. Tapi Alhamdulillah semua komen netizen positif, tiada kecaman.

"Sejujurnya memang berbeza hidup ketika bujang dan berkahwin. Selepas kahwin, anak-anak jadi keutamaan kerana mereka merupakan amanah dan anugerah Allah. Jadi kita kena dahulukan anak.

"Hobi dan minat jatuh nombor dua atau nombor tiga. Paling penting, kita jangan harapkan isteri semata-mata. Jangan ambil sikap lepas tangan, sebaliknya kena bantu isteri," pesannya lagi.

Mengenai dua putera kesayangannya, Bell berkata kedua-dua mereka diberi nama klasik yang ringkas sahaja iaitu Ali dan Abu.

"Isteri saya merupakan seorang guru. Dia mengadu susah nak tulis nama anak murid sekarang. Jadi kami bersetuju letak nama anak Ali (abang) dan Abu (adik). Tak nak susahkan orang," ujarnya.



Bercerita tentang dirinya, Bell yang berasal dari Terengganu berkata dia juga aktif dalam bidang kecergasan dan pernah bergelar sebagai atlet bina badan.

Namun, dia berhenti daripada menyertai sebarang pertandingan bina badan pada tahun 2019 untuk memberi fokus terhadap dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 27-6-2023 02:34 PM
Edited by PULANGKAN at 27-6-2023 02:40 PM

mak datuk hensemnya. semoga dilindungi dari babi sondol
p/s: aiyo IG dia..
Quote Sazreena 27-6-2023 02:45 PM
Tengok gambar..pakej helok..bukak je mulut..emmm dendiam je la.
Quote adizero11 27-6-2023 03:00 PM
salah satu cara nk popularkan keluarga dekat socmed..esok lusa mula buat paid review atau jual produk..modus operandi jaman now..
Quote prettyuglybabe 27-6-2023 03:08 PM
muka typical pata timo..
celah mana hensem tah..
Quote OshinDaSolja 27-6-2023 04:03 PM
muka tu hensem dh... klau pangkat inspektor mmg pakej lengkap... harap2 bukan ore pata timo la turn off dgr orang2 belah sana..negeri2 lain ok terutamanya belah selatan...
Quote ally9970 28-6-2023 12:37 PM
bekengnya bini dia...
Quote syazwan92 5-7-2023 10:22 AM
Helok mukanya
Quote mawardia 7-7-2023 10:44 AM
Ingat kejadian di mexico. Polis balai mana ni. Ke polis bantuan.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:05 AM
hahahahahahaha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061086 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top