Video Oleh: FirdausZ
Penyalahgunaan agama untuk keuntungan bukan satu perkara baru dalam sejarah manusia. Di Malaysia sahaja banyak penjualan produk yang mengkomersilkan ayat Al-Quran, upah membaca Al-Quran, dan doa ini yang semakin diterima dan menjadi budaya penduduk terutamanya yang beragama islam. Perbuatan mengekspoitasikan agama dari cabang yang berbeza boleh mempengaruhi orang awam dan selakigus mengelirukan dengan penyebaran hadis-hadis dan nas palsu. Ia merupakan satu jenayah besar dalam agama kerana membuat/menyebar dakwaan palsu menggunakan Al- quran walhal tiada sebarang nas dari Allah mahupun RasulNya. Seperti yang diterangkan Dr Maza didalam blognya: Kadang-kala nas yang digunakan itu benar, tetapi dieksploitasikan. Umpamanya al-Quran memang menyebut tentang kelebihan madu seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang dimudahkannya kepadamu”. (dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah al-Nahl: ayat 68-69). Ayat ini adalah umum, tidak dikaitkan dengan mana-mana produk tertentu. Maka janganlah digunakannya untuk dikhususkan kepada syarikat tertentu, padahal sudah ribuan tahun manusia meminum madu dan menikmati manfaatnya, sebelum syarikat-syarikat hari ini wujud. Namun, apabila lidah penceramah agama berkempen untuk produk tertentu, maka jelaslah bahawa dia telah mengeksploitasikan agama untuk memajukan poketnya, bukan mendaulatkan agamanya. Jika dia ingin berkempen orang ramai meminum madu, silakan. Ayat tadi pun berkempen untuk itu. Tetapi hendaklah secara umum, bukan berkepentingan. Justeru itu, perkara sebegini harus dibanteras dan dihentikan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan atas perkara ini. -CARI Infonet.
|
28
Bagus |
17
Marah |
27
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel replied at 22-10-2015 11:26 AM
lokasi ni area seksyen 7 jerk...compemkan @MissNigga
MissNigga replied at 22-10-2015 11:40 AM
iols pakai pc opis ler yang .. tak leh nak nengok ... utube kena block
kentel replied at 22-10-2015 11:40 AM
motep gadis urban x reti unblock youtube???
nour2001 replied at 22-10-2015 11:57 AM
Ada lagi..ada yg tawar pakej tolong katamkan al Quran. Nak murah dpt pahala sikit, pakej mahal dptla ...
batmana replied at 22-10-2015 03:44 PM
dh tau bnda tu tak betul, apasal main ckp pkai tulis aja?
pihak berkuasa ada,
ADVERTISEMENT