CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beri Laluan atau Buka Jalan? Salah ke Mengekori Ambulans?

16-10-2015 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7084| Komen: 9



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/



Di jalanraya pasti terserempak dengan kenderaan ambulans, kebanyakan pemandu akan secara automatik memberi laluan kepada ambulans supaya boleh bergerak dengan lancar dan bawa pesakit ke pusat rawatan dalam kadar yang segera.

Tetapi, anda pasti pernah melihat sering kali terdapat segelintir manusia akan mengambil kesempatan mengekori kenderaan ambulans di belakang, dengan mengganggap kenderaan ambulans tersebut sebagai 'kenderaan pembuka jalan' , lalu membawa kereta dengan lancar tanpa halangan. 

Di Taiwan, seorang pegawai ambulans pernah mengalami situasi tersebut ketika menjalankan satu tugasan menyelamat. Dia merakamkan visual mengenai sebuah kenderaan berat dengan rapatnya mengekori sebuah ambulans dan dimuatnaik ke dalam internet. 



Loading FB Video...
sumber : https://www.facebook.com/news.ebc


'Tidak Menghalang, Tidak Beri Laluan Dan Mengekori Kenderaan Ambulans Turut Bermasalah.'
Difahamkan, menurut peraturan lalulintas di Taiwan, kalau bomba, ambulans, kereta polis, kereta menyelamat kerja raya dan kereta penyelamat bencana, sekiranya siren kereta itu berbunyi dan kalau mengekori adalah dianggap melanggar undang-undang.

Namun terdapat netizen yang bertanya, ahli keluarga bagi pesakit mengekori adakah dianggap melanggar undang-undang? 

Dalam keadaan yang normal, pastinya ada ahli keluarga terdekat yang akan dibenarkan mengekori sahaja., yang lain semua kena bergerak ke hospital masing-masing, tidak boleh dikecualikan.

Walau bagaimana pun, selain memarahi pemandu kenderaan berat yang tidak bertanggungjawab, ada juga netizen yang marah tindakan pegawai ambulans tersebut tidak wajar. 

"Pegawai perubatan membuat rakaman dengan telefon bimbit di dalam kenderaan ambulans, bukan kah ia dianggap tidak menghormati kerjaya sendiri."


'Mengekori Ambulans Sememangnya Mengundang Bahaya'
Kebiasaannya, kenderaan ambulans menyalakan lampu ketika bergerak di jalanraya,  kenderaan di kedua-dua belah akan mengelak ke tepi. 

Tetapi kalau terdapat kereta mengekori kenderaan ambulans di belakang, ia berkemungkinan besar akan membahayakan. 

Contoh, sekiranya pemandu yang mengelak di kedua belah jalan tidak perasan kenderaan yang mengekori di belakang ambulans, lalu menggerakkan kereta mereka ke tempat asal, maka risiko berlaku perlanggaran dengan kenderaan yang mengekori di belakang. 

Selain itu, jikalau kenderaan ambulans berhenti secara tiba-tiba, ini juga akan membahayakan kenderaan yang mengekori di belakang. 

Justeru sikap mementingkan diri sendiri perlu dikikis dan cuba fikirkanlah keselamatan pengguna jalanraya yang lain.- CARI Infonet




18

Bagus
16

Marah
6

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itew 16-10-2015 02:50 PM
mana kenderaan beratnya?? moto biasa la, ni penulis mesti x reti moto kuang3x
Quote jazaa100 16-10-2015 02:56 PM
dulu aku selalu buat kerja ni.....

bila jem, dgr bunyi ambulan kat belakang aku heppi giler....

Quote mdhelmi 16-10-2015 03:10 PM
yg mana ada kereta besar plak suka follow blkg escort dan nyalakan lampu kecemasan
Quote shamsadis 16-10-2015 03:32 PM
kalau tertiba ambulan tu brek emergency, habis dirempuhnya ambulan tu
Quote Artemesiaa 16-10-2015 03:49 PM
Kat Malaysia pun apa kurang ramai je yang buat perangai macam tu
Quote itik_kuning 16-10-2015 03:55 PM
mdhelmi replied at 16-10-2015 03:10 PM
yg mana ada kereta besar plak suka follow blkg escort dan nyalakan lampu kecemasan

kite bawak kancil je pernah follow blakang abe polis traffic

polis tu jeling je
Quote mommymonster82 16-10-2015 03:57 PM
Sampai ke sudah mana kenderaan beratnya
Quote melia_star 16-10-2015 04:12 PM
mmg babi org yg suka ngekor ambulan ni....aku selalu nk bertembung dgn drg ni sbb bila aku nk masuk jalan balik, tetiba drg laju je meluru ikut ambulan, sib baik x berlanggar....mmg peel haramjadah lah specis ni....
Quote fida75 16-10-2015 04:17 PM
amik kesempatan disebalik kesempitan... klu kaum keluarga xpe gak la sbb nk cpt klu kes emgency.. nie x berbandung2 puak lain ngeko...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.507699 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top