CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini Akibatnya, Abai Keselamatan Anak Di Tempat Awam

15-10-2015 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11593| Komen: 42

Description: Dalam video terbaharu yang menjadi viral di laman Youtube ini, menyaksikan kejadian di Melbourne, Australia apabila seorang kanak-kanak terjatuh ke bawah kereta api ketika keluar dari pintu kenderaan ...
Oleh Adib Za



Sememangnya malang tidak berbau, ada sahaja insiden yang terjadi di tempat awam dan meragut keselamatan terutamanya anak kecil.

Jika sebelum ini escalator dikatakan 'melahap' mangsa-mangsanya, apa kurangnya dengan kejadian ketika menggunakan kenderaan awam.

Ini termasuklah penggunaan kereta api, komuter, LRT dan sebagainya. Dalam video terbaharu yang menjadi viral di laman Youtube ini, menyaksikan kejadian di Melbourne, Australia apabila seorang kanak-kanak terjatuh ke bawah kereta api ketika keluar dari pintu kenderaan awam itu.

Nasib menyebelahinya kerana ada orang awam yang membantu  untuk memberi amaran dan menekan butang kecemasan  kepada pihak pemandu. Yang dikesali ialah apabila ibu bapa tidak memainkan peranan sepatutnya.


(Sumber foto: mehaffeymoments)


Sebagai ibu bapa, kesedaran tentang keselamatan anak-anak adalah perkara terpenting. Jika berada di tempat awam, sebaiknya anda memegang tangan si kecil. 

Ataupun membiarkan mereka berjalan terlebih dahulu, jadi anda sebagai ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak di belakang. Jangan biarkan keselamatan anak anda digadaikan begitu sahaja. 

Keduanya, peranan orang awam, jangan ambil enteng dengan keselamatan orang lain meskipun anda tidak mengenalinya. Budaya 'lihat sahaja dan tangkap gambar' harus ditukar kepada budaya membantu. 

(Sumber foto: structuredsettelements)


Bayangkan dalam video tadi, jika tiada orang awam yang membantu menekan butang kecemasan, mangsa seharusnya telah habis digilis ketika itu.

Sifat peka dengan keselamatan ini seharusnya diterapkan agar menjadi nilai yang tinggi dalam diri semua orang. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.  - CARI Infonet


5

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 15-10-2015 12:40 PM
fuh....nasib baik selamat
Quote pia250110 15-10-2015 12:55 PM
awatla aku berderai ayaq mate ni
Quote Cyempaka 15-10-2015 01:05 PM
gile..dup dap dup dap jantung aku tengok... dalam hati jerit2  
Quote Themilo 15-10-2015 01:36 PM
Edited by Themilo at 15-10-2015 08:48 AM

meols nak buat confession sis. Meols pun pernah kena situasi macam tu.

Back in 2006, meols memang pengguna tegar komuter. so, satu hari meols naik tren dari mid valley untuk ke stesen keretapi KL. waktu tu memang weekend, so memang pack & penuh train dengan ummah tempatan & asing.

Bila train approach stesen KL, orang dah berpusu-pusu (3rd world mentality kekdahnya) nak naik tren, even passenger dalam tren belum disembark lagi. meols pun dengan konfidennya catwalk untuk keluar dari tren. disebabkan orang terlalu ramai, meols memang tak nampak platform gap sis. sudahnya, meols jatuh ke bawah macam adik dalam bideo nih.

Rupanya platform kat stesen tren ni tinggi gak. dada meols tersangkut kat platform (speku la ketet meols saiz berapa, sampai tersangkut) & kaki meols tak jejak tanah. tergantung gitu. nasib baik la ada indon ramai-ramai jerit & tolong angkat meols yang dah terkapai-kapai tu. meols dapat bayangkan either meols akan dmati dipijak or mati digilis tren.

Lepas meols diangkat, meols ucapkan terima kasih pada abang-abang indon yang gagah itteww. meols bersyukur & bernasib baik sis. malangnya, takde sorang pun kakitangan KTMB kat situ yang peduli or tanya meols ni ok or tak..

baliknya, meols buat medical check up & alhamdulillah takde apa-apa. cuma luka melecet sikit.



Quote dzaraa 15-10-2015 01:39 PM
ada nampak video tu, tp rasa seram pulak nk play...hu3..syukur selamat..
Quote kasibiman 15-10-2015 01:56 PM
london kan tu? underground cenggitu punya buruk and sempit?
Quote saladin780 15-10-2015 02:09 PM
Themilo replied at 15-10-2015 01:36 PM
meols nak buat confession sis. Meols pun pernah kena situasi macam tu.

Back in 2006, meols meman ...

kesiannya..nasib baik tak menjadi aruah..lenkali jalan tu hati2 sikit dik..jgn nak control ayu jer
Quote revolusi_30 15-10-2015 02:13 PM
kasibiman replied at 15-10-2015 01:56 PM
london kan tu? underground cenggitu punya buruk and sempit?

Ostrali sis.
Quote nh83 15-10-2015 02:18 PM
Themilo replied at 15-10-2015 01:36 PM
meols nak buat confession sis. Meols pun pernah kena situasi macam tu.

Back in 2006, meols meman ...

scarynya pengalaman uolss ituh..ngeri mendengarnyer..huhu
Quote naina 15-10-2015 02:19 PM
Fuhhh nasib baik sempat.bedebar je tggu.
Nauzubillahiminzalik
Quote nirman 15-10-2015 02:34 PM
kasibiman replied at 15-10-2015 01:56 PM
london kan tu? underground cenggitu punya buruk and sempit?

Kat Sydney
Quote fifie_olin 15-10-2015 02:41 PM

selamat ek bdk tu
aku igt kat china...benda2 mcm ni slalu china yg plg top of the world
Quote Themilo 15-10-2015 02:47 PM
saladin780 replied at 15-10-2015 06:09 AM
kesiannya..nasib baik tak menjadi aruah..lenkali jalan tu hati2 sikit dik..jgn nak control ayu jer ...

biasak lah sis, meols masa tu awal 20-an lagi, catwalk tak nak kalah.
mana la tau, bertemu jodoh dengan abam indon persis nicolas saputra..


Quote Themilo 15-10-2015 02:48 PM
nh83 replied at 15-10-2015 06:18 AM
scarynya pengalaman uolss ituh..ngeri mendengarnyer..huhu

bila dikenang balik, memang berderau sis.. kawan meols yang ada kat tapak kejadian pun hanya mampu ketawakan meols jah..
Quote anarina 15-10-2015 02:53 PM
Themilo replied at 15-10-2015 01:36 PM
meols nak buat confession sis. Meols pun pernah kena situasi macam tu.

Back in 2006, meols meman ...

ya ampunnn seriaunyaaa
Quote Themilo 15-10-2015 02:56 PM

jangan ingat kat China jeh ada kes-kes macam nih sis.. agaknya kalo dikorek-korek balik cctv KTMB tu, ada bideo meols jatuh tersepit sambil menjerit-jerit memohon pertolongan sis..
Quote delsmomm 15-10-2015 03:06 PM
mak aihhh...

seramnye nengok...

dup dap dup dap jantung iols tgk bideo tu...

apesal la mak dia xpegang jgk tgn anak tu... brg2 pegang la seblh tgn...

kan kejap je mase nk turun train je...

ngerik nokkss...
Quote mommymonster82 15-10-2015 03:08 PM
Bila mak bapak bagi anak pakai harness di kata layan anak macam anjing....
Manusia lagi syg anjing dari anak sendiri...anjing diikat takut hilang..anak dibiar jer..
Quote mommymonster82 15-10-2015 03:24 PM
Themilo replied at 15-10-2015 01:36 PM
meols nak buat confession sis. Meols pun pernah kena situasi macam tu.

Back in 2006, meols meman ...

Ya Allah..nasib baik x jadi per2 u...Alhamdulillah...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.211420 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top