Artikel : TS LOO Video : Yen Jean Siang & TS LOO
Seperti mana yang diketahui, mulai 15 Okt, 18 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 20 sen sehingga RM6. Kadar baharu itu membabitkan lebuhraya seperti berikut : 1. Lebuhraya Besraya 2. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) 3. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) 4. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 5. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) 6.Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) 7. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) 8.Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) 9.Lebuhraya Cheras-Kajang(Grand Saga) 10.Lebuhraya Kulim-Butterworth 11.Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) 12.Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) 13. Lebuhraya Senai-Desaru 14. Lebuhraya SPRINT 15. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) 16. Smart-Tunnel 17. Lebuhraya Kemunting -Shah Alam (LKSA) 18. Lebuhraya Selatan Lembah Klang. (SKVE) Menurut Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan, kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Sebelum ini, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi. Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta. Dalam hal ini, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat secara keseluruhannya. - CARI Infonet |
13
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
karipap replied at 14-10-2015 03:01 PM
Kalau kerajaan betul-betul jujur, kerajaan kena beli balik konsesi jalan bertol. Biar jadi milik rak ...
bluehedgehog replied at 14-10-2015 03:10 PM
masalahnya, duit gomen da hbis pkai
karipap replied at 14-10-2015 03:36 PM
Kalau bukan semua sekaligus pun, mungkin satu persatu dulu. Yang penting ada kesungguhan untuk ban ...
karipap replied at 14-10-2015 03:01 PM
Kalau kerajaan betul-betul jujur, kerajaan kena beli balik konsesi jalan bertol. Biar jadi milik rak ...
pestol replied at 15-10-2015 09:27 AM
tula semua benda dah naik,, ada 2 benda belum naik lagi... angin abang pestol n darah abang pestol
:::: replied at 14-10-2015 12:31 PM
Tak kisah lah. Majoriti tokey lebuhraya itu orang melayu
kenarikelabu replied at 15-10-2015 09:47 AM
Abis tuh, melayu yg bawah2 ni yg cukup2 makan je kadang kena suap org2 melayu kaya tu la? Camtu?? ...
ADVERTISEMENT