CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3983|Reply: 38

[Tempatan] Rakyat Meroyan, Kadar Tol Di 18 Lebuhraya Naik!

[Copy link]
Post time 13-10-2015 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-LTS at 13-10-2015 09:32 PM




Artikel : TS LOOVideo : Yen Jean Siang & TS LOO


                                                      

Seperti mana yang diketahui, mulai 15 Okt, 18 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 20 sen sehingga RM6.


Kadar baharu itu membabitkan lebuhraya seperti berikut :

1. Lebuhraya Besraya

2. Lebuhraya Pantai Baru (NPE)

3. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

4. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

5. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)

6.Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)

7. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

8.Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

9.Lebuhraya Cheras-Kajang(Grand Saga)

10.Lebuhraya Kulim-Butterworth

11.Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

12.Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

13. Lebuhraya Senai-Desaru

14. Lebuhraya SPRINT

15. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)

16. Smart-Tunnel

17. Lebuhraya Kemunting -Shah Alam (LKSA)

18. Lebuhraya Selatan Lembah Klang. (SKVE)  


Menurut Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan, kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.
   
Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta.

Dalam hal ini, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat secara keseluruhannya. - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 12:07 AM | Show all posts
So, bile nak mogok?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mau x meroyannyeeee.. gili kontang mengaut untung puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 12:31 PM | Show all posts
Tak kisah lah. Majoriti tokey lebuhraya itu orang melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
si bodoh mana la yg sign perjanjian konsesi ni dulu..nmpk sgt tak baca tp main sign je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 12:47 PM | Show all posts
Alhamdulillah akak tak terkesan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2015 02:25 PM | Show all posts
seb baik bke x naik
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 02:29 PM | Show all posts
Takziah pada yang terkesan. Moga survive lah hendaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang sign agreement menekan rakyat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 02:57 PM | Show all posts
lepas ni, smpai giliran:
PROJEK LEBUHRAYA UTARA-SELATAN
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kerajaan betul-betul jujur, kerajaan kena beli balik konsesi jalan bertol. Biar jadi milik rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 03:10 PM | Show all posts
karipap replied at 14-10-2015 03:01 PM
Kalau kerajaan betul-betul jujur, kerajaan kena beli balik konsesi jalan bertol. Biar jadi milik rak ...

masalahnya, duit gomen da hbis pkai
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 14-10-2015 03:10 PM
masalahnya, duit gomen da hbis pkai

Kalau bukan semua sekaligus pun, mungkin satu persatu dulu. Yang penting ada kesungguhan untuk bantu rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 03:40 PM | Show all posts
karipap replied at 14-10-2015 03:36 PM
Kalau bukan semua sekaligus pun, mungkin satu persatu dulu. Yang penting ada kesungguhan untuk ban ...

logik ko betoi
tapi...
konsesi2 ni kebykan milik kroni2 dan nepotisme partai memerintah...
klau trus beli dan tiada lagi tol..
hilang la punca pendapatan jangka pjg meka

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 04:15 PM | Show all posts
karipap replied at 14-10-2015 03:01 PM
Kalau kerajaan betul-betul jujur, kerajaan kena beli balik konsesi jalan bertol. Biar jadi milik rak ...

Yer betul..patutnya long term planning nyer camtu lah kan. Ini sebab takder long term planning....... lepastu biz untuk tambah kewangan negara pun bengap..duit cukai dan gst rakyat pun abis katanyer buat pembangunan negara.........semua basic basic jer yang negara lain macam thailand pun dah ada. Lepastu solutionnyer naikkan lah mana mana yang rakyat boleh tambah utk kewangan negara yang lain dr bayaran cukai dan gst.

Katanyer selama ni semua tu kerajaan yang tolong tampung bayar syarikat konsesi. Dah tau rakyat terbeban..buat perbentangan budget masukkan lah budget tu sekali...kurangkan lah budget gi berpoya poya atau bermewah mewah tu..... cth renovate entah apa apa yang memang tidak lah buruk dan rosak pun..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 09:27 AM | Show all posts
tula semua benda dah naik,, ada 2 benda belum naik lagi... angin abang pestol n darah abang pestol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 09:33 AM | Show all posts
pestol replied at 15-10-2015 09:27 AM
tula semua benda dah naik,, ada 2 benda belum naik lagi... angin abang pestol n darah abang pestol

satu je yg abg pestol sentiasa naik
tangan spy blh tayang keti kan






Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 09:38 AM | Show all posts
KAWASAN PEMBANGKANG YANG NAIK KAN?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 09:47 AM | Show all posts
:::: replied at 14-10-2015 12:31 PM
Tak kisah lah. Majoriti tokey lebuhraya itu orang melayu

Abis tuh, melayu yg bawah2 ni yg cukup2 makan je kadang kena suap org2 melayu kaya tu la? Camtu??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 09:51 AM | Show all posts
kenarikelabu replied at 15-10-2015 09:47 AM
Abis tuh, melayu yg bawah2 ni yg cukup2 makan je kadang kena suap org2 melayu kaya tu la? Camtu??  ...

Itu kena tanya kerajaan lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.320050 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list