Jerebu teruk yang melanda negara ketika ini dijangka akan kembali pulih menjelang 5 Oktober ini. Jabatan Meteorologi berkata fenomena jerebu tersebut berpunca daripada ribut tropika Mujigae yang melanda kawasan lebih kurang 1,300 kilometer arah barat laut Sabah. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail ketika dihubungi Astro AWANI. "Negara kita masih lagi berjerebu disebabkan oleh pengaruh ribut tropika Mujigae yang kini berada lebih kurang 1,300km arah barat laut Sabah. "Ribut tropika ini telah menyebabkan negara kita kembali mendapat angin dari arah barat daya yang mana seterusnya membawa bencana jerebu dari kebakaran hutan dari Sumatera dan Kalimantan ke negara kita.
"Ribut ini akan melanda sehingga 4 Oktober ini dan seterusnya lenyap dan keadaan jerebu mula pulih selepas 5 Oktober ini," kata Che Gayah. baca selanjutnya - astroawani |
5
Bagus |
17
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 3-10-2015 08:32 PM
lepas 5 oktober jerebu tak pulih siap ko che gayah....
Eva_yy_Ellin replied at 3-10-2015 08:33 PM
Hahaha.
Semua panggil @Elle_mujigae ni
Nama you jadi taufan la
bellaa replied at 3-10-2015 10:58 PM
Knp semua taufan nama pmpn?
Sbb perangai taufan mcm pmpn kot.. Emo, windy, swing x tentu pasai
ADVERTISEMENT