Janna Nick menerusi menerusi hantaran soal jawab di Instagram story miliknya mendedahkan lebih selesa berkawan dengan rakan yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi. Akuinya, dia sukar meluahkan segala isi hati kepada individu yang kurang dikenalinya meskipun berada dalam industri sama. Sebaliknya, dia lebih memilih untuk bercerita dengan rakan sekolah yang mengenalinya daripada sebelum bergelar selebriti. “Sebenarnya bukan orang biasa ke, orang terkenal ke, dato ke datin ke…tak…saya memang susah sikit nak open up dengan orang. “Sedangkan rakan-rakan dalam industri pun…tak ramai yang saya agak close sebab saya lebih selesa berkawan dengan orang yang saya kenal daripada zaman sekolah…yang kenal saya daripada nobody…saya selesa untuk open up 100 peratus," kata Janna dipetik Murai.
Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT