Penyanyi Asfan Shah menarik tumpuan ramai apabila membuat kelainan ketika melancarkan produk minyak wangi terbaharunya di tengah-tengah kesibukan ibu kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Memetik laporan mStar, Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 38, berkata, dia dan rakan kongsinya bukan sahaja mahu membuat kelainan tetapi mengambil kesempatan untuk menyebarkan dakwah. "Kami terfikir untuk buat satu perkara yang lain daripada lain, kami buat flash mob, azan di Bukit Bintang dan solat berjemaah. "Alhamdulillah, tadi kita boleh nampak ramai juga yang menyertai kami. Sambil-sambil tu bolehlah kita berdakwah dan buat pelancaran produk terbaharu kami," katanya.
|
shernazz replied at 18-3-2023 09:47 AM
Kesan kena tumbuk kat airport ke jadi alim.gjni?
ADVERTISEMENT