Chacha Maembong berkongsi cerita pernah berdepan pengalaman serupa dialami pasangan Kamal Adli yang cedera diserang seorang lelaki di karnival jualan di Singapura, baru-baru ini. Kata aktres itu, dia pernah dikejar seorang 'stalker' ketika menyertai acara jualan karnival di Kedah beberapa bulan lalu.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Chacha berkata, lelaki itu adalah peminat yang terlalu fanatik sehingga sanggup datang hingga ke gerai jualannya. "Saya kena teruk cuma tak beritahu sesiapa sebelum ini. Bukan setakat diekori, malah saya kena macam-macam lagi. Dia tanya pasal keluarga. Saya rasa tak selamat sampai dia tahu kita duduk mana. Saya masuk kereta dan dia ikut dengan keretanya. "Ada satu tahap sampai dia panggil saya sebagai isteri. Saya sedang masak di gerai, dia tiba-tiba datang dan kata, oh my wife, cantiknya, you pandai masak dan macam-macam lagi," katanya.
Chacha berkata, dia mendapatkan pertolongan penganjur serta membuat laporan polis tetapi perkara ini masih belum selesai. "Masa buat laporan polis, dia DM di Instagram. Rupanya selama ini dia dah lama sangat DM saya. Dia dah berkahwin tapi katanya dapat lampu hijau daripada isteri untuk kahwin dengan saya. "Dia kacau semua keluarga saya. Dia tak takut dengan laporan polis. Bila ada lagi acara di Kedah, dia datang lagi dan tunggu betul-betul di belakang gerai sampaikan saya jadi takut," ujarnya. Malah, Chacha yang terkejut dengan kejadian itu, terduduk di gerai dan tubuhnya menggeletar serta pengsan. Katanya lagi, lelaki itu juga langsung tidak takut dengan laporan polis. Chacha bagaimanapun enggan menyalahkan penganjur dalam hal ini di mana lelaki berkenaan sangat berani sehingga masuk dalam khemah. Sumber: Harian Metro
|
kaedahnya replied at 17-3-2023 10:09 PM
lawa la pulak chacha ni
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
21-3-2023 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.088303 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.