CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Peminat Sakit Mental Teruk Bila Kerap Ditanya Soal Jodoh, Shiha Zikir Sendiri Rasa Segan

17-3-2023 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5732| Komen: 1

Description: Banyak menerima Direct Message (DM) daripada pengikut di media sosial, Shiha Zikir mendedahkan ramai yang mengalami penyakit mental teruk bila kerap ditanya soal jodoh.Sebagai selebriti, penyanyi itu ...
Banyak menerima Direct Message (DM) daripada pengikut di media sosial, Shiha Zikir mendedahkan ramai yang mengalami penyakit mental teruk bila kerap ditanya soal jodoh.

Sebagai selebriti, penyanyi itu juga berkongsi pengalaman dengan pengikutnya di media sosial untuk berdepan dengan isu sedemikian.



IG

"Saya menyarankan pengikut di laman sosial supaya sentiasa berfikiran positif dan ambil mudah sahaja kerana ada yang nak buat perkara yang tidak patut dilakukan.

"Sebab saya pun dulu seorang yang panas baran tapi sekarang sudah berubah.

"Kita tidak boleh mengubah orang lain tapi kita boleh ubah pemikiran kita supaya kekal positif," katanya kepada Harian Metro.

Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, dia juga tidak pernah bertanyakan soal jodoh pada rakan-rakannya yang masih belum berkahwin.

"Setiap orang ada kehidupan berbeza. Sebenarnya, saya sendiri berasa segan dan bersalah untuk menjawab soal kahwin.


"Soal jodoh ini agak sensitif kerana saya sudah berusia 36 tahun.

"Namun, saya tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa untuk berkahwin kerana dan percaya masanya akan tiba jua," katanya.


IG

Ditanya perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kamarul Ariffin Baharun atau Arul pada tahun ini seperti yang diperkatakan ramai, kata Shiha, dia masih belum ada tarikh yang sesuai lagi.

"Saya serahkan soal jodoh cepat atau lambat pada aturan Allah. Saya juga mahu majlis perkahwinan yang paling ringkas sahaja," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 18-3-2023 11:10 PM
Dia ni berlakon pun ok juga, x kayu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050259 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top