View: 13213|Reply: 41
|
Laung Azan Dan Solat Berjemaah Di Tengah Bukit Bintang, Asfan Shah Lancar Produk Sambil Berdakwah
[Copy link]
|
|
Penyanyi Asfan Shah menarik tumpuan ramai apabila membuat kelainan ketika melancarkan produk minyak wangi terbaharunya di tengah-tengah kesibukan ibu kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Memetik laporan mStar, Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 38, berkata, dia dan rakan kongsinya bukan sahaja mahu membuat kelainan tetapi mengambil kesempatan untuk menyebarkan dakwah.
"Kami terfikir untuk buat satu perkara yang lain daripada lain, kami buat flash mob, azan di Bukit Bintang dan solat berjemaah.
"Alhamdulillah, tadi kita boleh nampak ramai juga yang menyertai kami. Sambil-sambil tu bolehlah kita berdakwah dan buat pelancaran produk terbaharu kami," katanya.
Asfan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran produk wangian Deep Faith x Asfan Shah yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Ditanya tentang persepsi yang bakal diterima dari orang ramai, Asfan tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan masyarakat, sebaliknya hanya berniat untuk melakukan kebaikan.
Penyanyi lagu Alasan Untuk Bahagia itu juga memberitahu peluang ini diambil sempena menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.
Selain Asfan, majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh barisan artis popular termasuk Aliff Aziz, Saharul Ridwan dan Yusuf Baharin.
Terdahulu, jangkitan Covid-19 yang dialaminya sebelum ini membuatkan dia ingin membuat perubahan dalam hidup selain ingin mendalami ilmu agama dalam usaha memperbaiki diri menjadi insan lebih baik. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus..harap tourist pun boleh ikut solat. belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Btw,selekehnya pakai camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Image Malaysia sekarang.
#bilaretisjadiusahawan
#menunggangAgama
|
|
|
|
|
|
|
|
really..berdakwah atau menunggang???? |
|
|
|
|
|
|
|
lapar perhatian - acah alim - religion rider |
|
|
|
|
|
|
|
Pebenda tah solat kt situ. Bkn takde surau atau masjid berdekatan
Penunggang level berapa ni |
|
|
|
|
|
|
|
lagu Alasan untuk bahagia best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesan kena tumbuk kat airport ke jadi alim.gjni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kena apply permit tak nak buat solat berjemaah gini?#tanyajer
Nama minyak wangi Deep Faith, kenapa bukan dlm bahasa ereb atau bm? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-3-2023 09:47 AM
Kesan kena tumbuk kat airport ke jadi alim.gjni?
Aaikkk ada kes apa sis? Tenkiu |
|
|
|
|
|
|
|
Euuwwwwwwwww. Pehal buat kat BB, kau buat la kat Jalan TAR. Buat ketawa org je ala2 gimik azan guna ugama bagai sebab nak jual minyak wangi je. |
|
|
|
|
|
|
|
bila mana agama diniagakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tipikal pose org baru insaf, tunjuk jari satu.
Jaga² team penyondol suke dgn laki tunjuk jari satu ni. Tak caye tanya shuk, sol, piz.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo jual minyak wangi. sape penyanyi ni pun tak kenal la. anyways kenapa gambar yusuf bahrin bergambar ramai2 tu macam bangla.
dakwah dakwah tapi anak kecik tak pakai carseatttttttt. tettttttttttttttttttt. |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 18-3-2023 09:52 AM
Aaikkk ada kes apa sis? Tenkiu
Pelakon nama bil azazil ke apa tah tumbuk mamat ni..sebab ada skandal tak silap.
Ada thread dalam gossip ni juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|