Pelakon, Fattah Amin mengesahkan sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan yang dikeluarkan di mahkamah membabitkan isu kenderaan. Enggan berkongsi butiran terperinci mengenai LOD yang diterima, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut. "Betul. Saya ada terima LOD bulan lalu iaitu sebelum mengerjakan umrah. Saya kurang pasti tarikh sebenar tapi pihak peguam sudah menjawab dan sudah diserahkan mengikut tarikh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima. "Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kami tunggu saja di mahkamah," katanya ketika ditemui di majlis sidang media Usanita Entertainment serta pelantikan Fattah sebagai duta yang berlangsung di Bangsar, di sini, hari ini.
Menurut Fattah, dia menganggap kandungan notis yang diterima terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. "Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih elok simpan sendiri saja." katanya Terdahulu, isu kenderaan yang dihadiahkan Fazura kepada pelakon itu kembali menjadi bualan selepas peguam Fazura menyerahkan notis tuntutan yang disebutkan. Ini kerana ketika sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu, Fazura dalam satu kenyataan memberitahu dia menghadiahkan sebuah kereta untuk Fattah. Membalas kenyataan itu, Fattah menegaskan kereta itu bukan hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4. Sementara itu, bercakap mengenai pembabitannya dalam Usanita Entertainment, Fattah bersama pelakon, Sophia Albarakbah akan diberi tanggungjawab sebagai wajah mempromosikan syarikat berkenaan. Memberi fokus kepada bidang hiburan kedua-dua mereka akan tampil dalam sebuah drama bersiri digital berjudul Aku Cinta Dia arahan Erma Fatima. Sumber:- KOSMO! ONLINE |
pocongkiutss replied at 9-12-2024 06:39 PM
Ada usahasama dgn peah ye nnt..ada peluang le peah manjah2
Pikir le panjang2 peah..tak sekufu ...
pocongkiutss replied at 9-12-2024 06:39 PM
Ada usahasama dgn peah ye nnt..ada peluang le peah manjah2
Pikir le panjang2 peah..tak sekufu ...
LauraRichis replied at 9-12-2024 06:53 PM
Bakalan cinlok kali keempat kah si abdul??
Sama2 kita nantikan marketing berair jeng je jenggg : ...
princessmiang replied at 9-12-2024 06:47 PM
Keledek2 B40 siap sedia kumpol duit lunch RM6 sorang nak tanggung kayu
BarbiePink replied at 9-12-2024 06:57 PM
Tah mmg tunggu peluang neh chouls
Kot2 masih terbayang
Geselan tetek sopi kat dada tah
BarbiePink replied at 9-12-2024 06:57 PM
Tah mmg tunggu peluang neh chouls
Kot2 masih terbayang
Geselan tetek sopi kat dada tah
apedehal replied at 9-12-2024 06:37 PM
Musti keledek xsabar nk ship fattah dgn barokbah ken...sebenarnya apa isu kereta ni?fattah menipu ke ...
LauraRichis replied at 9-12-2024 07:04 PM
Sejarah fenomena lofattah dan fattzura bakalan berulang lah nampaknya khenss...omg tak sabarrrr {: ...
ADVERTISEMENT