CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Delete Bukan Sebab Saya Takut, Tapi Sebab Isteri Saya Suruh", Netizen Puji Aaron Aziz Hormati Permintaan Isteri

12-1-2023 06:27 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8132| Komen: 39



Semalam, pelakon Aaron Aziz memuat naik satu video di Instagramnya menjelaskan bahawa dia telah memadam satu hantaran terdahulu sebagai menghormati permintaan isterinya, Diyana Halik.


"Jangan main hembus cakap dan salahkan orang lain pasal perbuatan orang lain. Isteri adalah amanah dari ALLAH SWT. Saya hormat nasihat Isteri tercinta saya…Wasalam" tulisnya.

Aaron atau Dato' Aaron Mustapha Aziz, 46, turut menasihatkan individu yang menyalahkan rakannya supaya tidak bercakap sembarangan jika tidak tahu cerita.

"Ok pasal posting tu isteri saya suruh padam. jadi saya ikut kata isteri saya. Saya padam"

"Lagipun masa tu saya geram, tengah marah sebab orang salahkan kawan saya, tapi tak apa sebab kalau saya buat macam tu ibarat saya membuka aib sekali lagi. Jadi saya minta maaf tapi harap brother tu, kalau tak tahu cerita jangan cakap sembarang-sembarang lah ya"

"Jadi itu je lah..Saya padam bukan sebab saya takut tapi sebab isteri saya suruh padam. Saya menghormati permintaan isteri saya", ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bertanya mengenai apakah posting yang telah dipadam itu dan seorang wargamaya menjelaskan Aaron telah memuat naik satu posting apabila rakannya Abang Fadhil Haniff dituduh oleh seorang individu (dipercayai kru produksi) kononnya menjadi punca sikap Syamsul Yusof berubah.


Selain itu, ramai memuji sikap Aaron yang menghormati permintaan isterinya. 




Terdahulu, Aaron yang baru pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarganya telah disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin dirumah.


Didoakan semoga Aaron Aziz segera sembuh seperti sediakala. - CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 12-1-2023 06:45 PM
Siapa yg tuduh kawan dia tu.. bahaya main petik nama orang ni.lagi2 hal yg meruntuhkan masjid
Quote honey_yayan 12-1-2023 06:53 PM
iza_just2c replied at 12-1-2023 06:45 PM
Siapa yg tuduh kawan dia tu.. bahaya main petik nama orang ni.lagi2 hal yg meruntuhkan masjid

Katanya kru produksi jugak. ada baca kat benang sebelah ada yg tepek.dia komen kat ig PS
Quote Markonah_7 12-1-2023 06:58 PM
Baguslah dia hormat bini dia.Bini dia pun tak mahu dia terpalit sama kot dgn isu tgh hangat.
Quote mohabbatein 12-1-2023 07:03 PM
Bagus dengar cakap isteri.org paling rapat dengan suami.isteri dia pun baik bukan jenis suka buat posting tak berfaedah yg merepek2
Quote DragonSari 12-1-2023 07:10 PM
Good. jgn masuk campur
Quote aduh2sayang 12-1-2023 07:57 PM
Dah 46 ya aaron.patut nampak dah berusia sikit.anak pun dah besar2
Quote Suchi 12-1-2023 08:01 PM
Tak sempat nk tgk apa yg dia post
Tp dia mmg beria2 bekap kat ig si fadil tu
Quote Suchi 12-1-2023 08:04 PM
honey_yayan replied at 12-1-2023 06:53 PM
Katanya kru produksi jugak. ada baca kat benang sebelah ada yg tepek.dia komen kat ig PS

Kru tu pun katanya kena ugut bunuh gara2 dedahkan pasal ni
Quote toet2meoww 12-1-2023 08:22 PM
Suchi replied at 12-1-2023 08:04 PM
Kru tu pun katanya kena ugut bunuh gara2 dedahkan pasal ni

Peh, ugut bunuh. Ni yg die bgtau kazar dgn ira dtg set mat kilau tu eh?
Quote kucing_gebu 12-1-2023 08:46 PM
Suchi replied at 12-1-2023 08:04 PM
Kru tu pun katanya kena ugut bunuh gara2 dedahkan pasal ni

Perrghhh...ugut bunuh. Elok la ps tarik diri. Gangster dgn bohsia lbh sesuai berjodohan
Quote ladybugz 13-1-2023 06:02 AM
i rasa kalau bukan fadhil ni mmg ada enabler jugak ni. kalau tgk dari segi gaya perwatakan pun dah byk berubah samsol ni. seolah he is being influenced by someone other than his family. like a close friend or someone like that. for him to meet ira n get close to her pun rasa pelik, someone in both friends circles
must have been the catalyst for the affair. biasa org pasang scandal ni mmg ada yg tukang mengajo. mmg la syamsul tu yg buat decision tp jgn underestime human influence towards other human.
Quote Suchi 13-1-2023 06:04 AM
toet2meoww replied at 12-1-2023 08:22 PM
Peh, ugut bunuh. Ni yg die bgtau kazar dgn ira dtg set mat kilau tu eh?

Yaa lepas dia bgtau tu ig dia kena serang mcm2 org dm tuduh dia gitu gini
Siap ugut bunuh, byk ugutan la dia dapat. Dah buat report katanya.
Quote heythere123 13-1-2023 07:04 AM
wife dia taknak nasihat ke shuben dia supaya jangan promote vape? #tanyaje
Quote Fly_over 13-1-2023 07:08 AM
mat haron tah2 bini ko pn x suka ko bkawan dgn dia. tu dia suruh delete.
Quote roti_banjir 13-1-2023 09:31 AM
heythere123 replied at 13-1-2023 07:04 AM
wife dia taknak nasihat ke shuben dia supaya jangan promote vape? #tanyaje

yg nih rasanya bini dia tak mampu nak suruh sbb dia ada share kot dlm business tuh.....

Quote makihamis 13-1-2023 09:37 AM
bagus ye dengar cakap bini. jangan masuk campur.
Quote heythere123 13-1-2023 09:38 AM
roti_banjir replied at 13-1-2023 09:31 AM
yg nih rasanya bini dia tak mampu nak suruh sbb dia ada share kot dlm business tuh.....

kejinya, kenapa dalam banyak2 bisnes dia invest dalam benda yg merosakkan camni
Quote roti_banjir 13-1-2023 09:41 AM
heythere123 replied at 13-1-2023 09:38 AM
kejinya, kenapa dalam banyak2 bisnes dia invest dalam benda yg merosakkan camni

MUNGKIN jer lar..... sebab dia cuma akn beria-ria promote dan lama sgt dah dia promote tuh..... knowing si AA dan isterinya nih memang antara artis yg bijak curi peluang untuk bisness....

selain business tudung bini dia tuh, si AA nih pon invest dlm business sampin gak, and ada beberapa business lain kat singapore tuh.....

Quote OsHiN_hOnEy 13-1-2023 09:49 AM
heythere123 replied at 13-1-2023 09:38 AM
kejinya, kenapa dalam banyak2 bisnes dia invest dalam benda yg merosakkan camni

because he is a heavy smoker
dulu tangan dia tak lepas dgn rokok
adiporn pun tak seheavy AA ni
and dia mmg sejak belum kahwin dgr ckp bini dia


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top