CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Korang Semua Sayuran!" Raih Rm76,000 Seminggu, Suami Fatin Afeefa Hina Lelaki Single Dan Tak Berduit

12-1-2023 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14355| Komen: 192

Description: Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering mencuri perhatian warganet di media sosial selepas mendirikan rumah tangga.
Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering mencuri perhatian warganet di media sosial selepas mendirikan rumah tangga.

Terkini, tular sebuah video siaran langsung di TikTok menunjukkan aksi mesra antara Fatin dan Aliff atau lebih mesra dikenali sebagai Opai.


Menerusi video tersebut, Fatin terkejut saat Opai bergurau menyebut perkataan cerai, namun pantas menjelaskan keadaan sebenar.

Foto: IG

“Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” soal Fatin.

“Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak ceraikan awak,” kata Opai lalu terus mencium dahi isterinya itu.

Fatin kemudian membuat aksi mesra bersama suami dan berseloroh kepada penonton yang ‘single’.


“Dah la single tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!” kata Opai dalam video berkenaan.



Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, kenyataan yang keluar daripada mulut Opai membuatkan ramai tersinggung dan terasa hati.

Rata-rata netizen menitipkan pesanan pedas dan padu kepada Opai yang meminta dirinya untuk beringat rezeki berada di tangan Sang Pencipta.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen berpendapat bahawa Opai sengaja memberi komen sebegitu dipercayai untuk menyindir seseorang. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 12-1-2023 04:44 PM
gurau2 byk2 kali terjatuh sampai3x adan uker
Quote opie5662 12-1-2023 04:46 PM
Alaaaa.... Tah la bape lame kawen nye kalau masing2 berperangai hangsuang jah.  
Quote mamajawie 12-1-2023 05:18 PM
orang tu da kaya buat apa la netizen bodoh gi bagi gift kat tiktok tu?
Quote codenamedream 12-1-2023 05:28 PM
Harini buat 15,500 USD (RM67,000).
Minggu ni saja 17,500 USD (RM76,000)

Jadi sepanjang minggu ni hari lain dpt 2000 USD jer la Kan.

Lemahh

Quote ezacbee 12-1-2023 05:34 PM
Oo geng forex rupanya. Patutlah ek lebih
Quote naina 12-1-2023 05:56 PM
Opai ni ke yang hina perempuan nak duit laki je kalau shopping. Yang kata dia rimas.
Quote gangerina 12-1-2023 06:12 PM
akaun demo pip ke tu mcm abg takpe tak hensem janji kaya tu ke...
mana eh abg tu... hilang dah ke
Quote jfq 12-1-2023 06:13 PM
Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500 USD (RM76,000)

Main octa fx ke
Quote cmf_premierleag 12-1-2023 06:15 PM
Kalo hang kaya nk mampos, apsal tak buat lasik? Apsal masih pakai spek mata?
Saja tanya
Quote naisyahmh 12-1-2023 06:16 PM
Jgn riak bang... Takut untung 76k minggu ni, next week rugi 760k..
Quote kalchi 12-1-2023 06:20 PM
Malunye wei dpt laki mcmni
Quote amyza 12-1-2023 06:24 PM
Nampak laki ni mcm jakun jer seronok dapat limelight kot
Quote scarflicious 12-1-2023 06:25 PM
Forex tu halal ke?
Quote umbut 12-1-2023 06:26 PM
Edited by umbut at 12-1-2023 06:27 PM

Boleh caya ke untung puluh ribu hari2.. kalah dato2 org bisness.
Quote JalaEmas 12-1-2023 06:31 PM
naina replied at 12-1-2023 05:56 PM
Opai ni ke yang hina perempuan nak duit laki je kalau shopping. Yang kata dia rimas.

Betul la tu..
Quote KucaiHijau 12-1-2023 07:12 PM
Takutnye tgk org takbur mcm ni
Quote estrelle 12-1-2023 07:16 PM
Dia ni lagii.semakkkk la nko.dasar numpang populariti bini !
Quote kotakominami 12-1-2023 07:18 PM
Org cam ni kayenye kejap je..last2 jual sume harta nk cover hutang kredit kad ..... selalu nampak upline MLM mcm ni lah peel nye..asik sembang duit jer...
Quote Lengkong 12-1-2023 07:30 PM
Untung banyak nampaknya

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.241629 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top