Oleh Fyruz Hanna
TREC, merupakan sebuah pusat hiburan terbesar di Malaysia kini telah dibuka. Lokasinya terletak di Jalan Ampang berhampiran dengan Royal Selangor Club. Pusat hiburan ini telah dijenamakan sebagai TREC, iaitu singkatan dari " Taste, Relish, Experience, and Celebrate. Kalau dihitung dari aspek pembinaannya, ianya juga gah dengan menggunakan 2.8 hektar tanah yang boleh dikira-kira bersamaan dengan 6 kali padang bola sepak. Zouk TREC ini menelan belanja RM38 juta yang menjadikan ia antara pusat hiburan paling mahal dibina di Malaysia.
TREC juga merupakan antara Zon Hiburan terpilih di bawah Tourism EPP8 oleh Kementerian Pelancongan tahun lepas. Dengan menjangkakan jumlah pelancong sekurang-kurangnya 1000 orang setiap hari TREC merupakan antara usaha melonjakkan nama Malaysia sebagai salah satu destinasi hiburan pelancongan utama dunia. Selain ia menjana 1800 pekerjaan dan menyumbang pada RM140 juta pendapatan ekonomi tempatan setiap tahun. Dari aspek pelancongan ia akan menjana RM 168 bilion dengan menarik 36 juta pelancong. Dengan keadaan ringgit Malaysia yang tidak baik diharap dengan ZOUK TREC ini dapat meningkatkan kembali aliran masuk mata wang asing ke Malaysia. Baru-baru ini, terdapat suara-suara yang membangkitkan soal lokasi pusat hiburan itu yang dikatakan berdekatan dengan sebuah masjid. Ini mungkin menyentuh sedikit isu sensitiviti masyarakat setempat. Bagi Muslim, sememangnya dilarang oleh agama mengunjungi tempat-tempat sebegini. Walaubagaimana pun, ada juga suara yang menyokong pembinaan tempat hiburan ini dengan merasakan sudah tiba masanya kita bertolak ansur demi kesejahteraan hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Jika difikir dari sudut positif, pembinaan TREC ini mampu menjana pendapat negara. Tidak kurang juga ada yang menyatakan isu lokasi TREC berdekatan masjid bukanlah satu isu besar apabila ada banyak masjid di luar negara juga didirikan betul-betul ditengah kota dan tidak jauh dari kelab malam dan pusat-pusat hiburan. Mungkin hal ini merupakan satu yang pelik dilihat di Malaysia, namun hakikat sebaliknya apa yang dapat dilihat di negara kita, masjid-masjid masih lagi sunyi dan tidak diimarahkan sebaiknya seperti dinegara-negara luar walaupun masjid yang gah dan indah telah banyak didirikan.Dimanakah silapnya tidak juga dapat dipastikan. Jika berbicara mengenai lokasi, penulis sendiri merasakan ia kurang sesuai kerana bakal menambahkan lagi kesesakan sedia ada di jalan tersebut. Tambahan pula, ia juga terletak tidak jauh daripada kawasan kediaman dan juga masjid. Pusat-pusat hiburan yang beroperasi adalah tertakluk dibawah Akta Hiburan WPKL dan sehingga Julai 2015, DBKL juga telah meluluskan sebanyak 100 premis pub dan kelab malam di seluruh Kuala Lumpur. Namun apa yang dikuatiri penulis adalah dengan bertambahnya hab hiburan seperti ini, anak muda khususnya mungkin akan lebih terdedah dengan budaya kurang sihat seperti penyalahguaan dadah, alkohol dan gejala seks bebas. Jika kita singkap beberapa kes pada tahun lalu, terdapat 2 kes hangat yang viral di media sosial yang mana melibatkan penyalahgunaan dadah semasa berhibur hingga menyebabkan kematian di kalangan remaja. Walaubagaimana pun, apa yang diharapkan ZOUK TREC ini betul-betul dapat membawa masuk pelancong dan bukannya meningkatkan pendapatan melalui hasil domestik sahaja. Jangan sampai kerana leka mengejar kemajuan, moral anak bangsa dihujung tanduk...
|
13
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
32
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
#h$=== replied at 25-8-2015 07:05 PM
Kemajuan ? Apake bongok
Changa replied at 25-8-2015 07:07 PM
tak suka tak payah pergi,.
tiada siapa yang paksa pergi berhibur pun,.
eLiaD replied at 25-8-2015 07:41 PM
ni tmpt anak2 vip cucuk langit..jgn kacau..
ADVERTISEMENT