CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jom 'Fit' Dengan Berjalan Laju

25-8-2015 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5274| Komen: 4|Original author: CARI-IIN

Description: Tukarkan langkah perlahan anda kepada pantas ...
Oleh Izzah Abbasy

"Ala, penatlah!" "Sorry, tak ada masa nak bersenam semua ini". "Rasanya belum masa lagi nak fit" "Panaslah, nanti berpeluh dan bau busuk". "Kalau sakit-sakit badan bagaimana?"


Wah, banyaknya alasan? Anda tidak perlu risau. Senaman tidak membebankan anda jika anda tahu cara yang mudah. Tidak perlu menghabiskan masa di gym atau taman rekreasi dan tidak perlu juga berjoging.

Apakah yang perlu kita lakukan?

Berjalan laju.




Tahukah anda, dengan berjalan laju sahaja ia dapat membakar kalori anda. Buktinya ;

  • The Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 58%.

  • Dalam satu kajian, kadar kematian dalam kalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang berjalan lebih dari dua batu sehari.



  • Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study (72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung atau apa-apa penyakit jantung yang lain sebanyak 35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.


  • Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu mengurangkan simptom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan soalan piawai kemurungan.


  • Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama berkesan dalam menurunkan lemak badan.


Kenapa perlu jadi Fit?

  1. Awet muda
  2. Jantung lebih sihat dan kuat
  3. Kurangkan risiko kanser
  4. Untuk tingkatkan kadar metabolisme dalam badan
  5. Otot menjadi kuat dan berfungsi atau bertahan dengan lebih lama
  6. Badan sentiasa sihat
  7. Kurangkan obesiti


Jangan pandang remeh dengan setiap sukan atau senaman yang perlu kita lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ternyata, untuk ke tempat kerja, pusat membeli belah atau ke mana sahaja, kita perlu berjalan. Jadi, apa kata tukarkan langkah perlahan anda kepada pantas, sekurang-kurangnya secara tidak langsung ia membantu anda bersenam.


Dengan hanya berjalan laju, anda tidak perlu untuk melakukan senaman berat. Mudah kan? Jom, sama-sama kita praktikkan agar jalani hidup yang lebih cergas dan sihat. Tinggalkan alasan-alasan anda. Bersama kita menjadi fit. - CARI Infonet

#FitMalaysia #FitMalaysians
25

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ira79 25-8-2015 01:03 PM
semua org tau.. tapi budaya sekarangni buat orang malas. tak hairanlah majority rakyat malaysia paling obese dlm SEA.
Quote krustykrab 25-8-2015 01:50 PM
Patut la aku x gemuk2 hari2 jln dar opis ke stesen lrt...drt lrt jalan plak ke rumah...5x a week...
Quote mrseller 26-8-2015 12:54 PM
Sekarang setiap minggu ada event running d lembah klang.sila lah join utk krsihatan anda..
Quote chaintea 26-8-2015 01:19 PM
berjalan kaki adalah senaman paling mudah...

utk org pompuan..bawa lah berjalan d shopping kompleks..
tinggalkan duit, credit card, atm card di rumah..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.086302 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top