CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerja Teruk Tapi Bos Baik, Atau Kerja Okey Tapi Bos Teruk

28-8-2015 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 23815| Komen: 136

Oleh Fyruz Hanna

Situasi 1:
Ahmad dibebani dengan kerja yang sangat banyak, dengan dokumen dan kertas kerja yang bertimpa-timpa, dengan daftar fail yang harus Ahmad jaga, akaun syarikat, pendek kata Ahmad tidak pernah bertemu dengan matahari ketika balik, kadang-kadang sehingga lewat pagi baru siap kertas projek. Tapi Ahmad ada bos yang sangat memahami, sentiasa memberi galakan dan sokongan.

Situasi 2:

Yusuf seorang pekerja yang efisyen. tahu uruskan masa untuk menyiapkan bebanan kerja tepat pada masanya. Sentiasa memberi idea untuk mengembangkan lagi kemajuan syarikat. Yusuf juga mempunyai 'team' yang sangat bagus bekerja dan mudah memberikan kerjasama, pendek kata Yusuf senang dengan kerjanya sekarang. Tapi yusuf ada seorang ketua yang cerewet, yang  tidak pernah memahami kehendak pekerja. Habis dimaki depan orang lain, dijatuhkan air muka didepan rakan kerja lain.

Untuk kedua-dua situasi di atas, yang manakah yang anda rasa anda lebih senang? Adakah situasi 1 ataupun situasi 2?

Tak kira anda yang baru dalam alam pekerjaan, sudah lama, adakah anda pernah mengalami situasi teruk dalam alam pekerjaan. Memang tak akan ada yang pernah berkata tidak bukan? Pastinya masalah dalam pekerjaan ini bukan satu masalah baru.

Ada sesetengah dari kita, tak kisah kerja seteruk mana asalkan bos baik. Dan ada juga yang tak boleh dibebani dengan kerja yang banyak dan tak kisah perangai bos teruk pun.

Adakah kamu pekerja yang tak gembira, asyik stress, dibebani dengan kerja yang bertingkek-tingkek, terlalu banyak bil yang perlu dilunaskan serta duit yang memang sedia tak ada.


Perkataan 'bos, bos teruk, mangsa' jika semua perkataan ini selalu terkeluar dari mulut anda ataupun dari mulut rakan anda sudah pastinya anda sebenarnya mempunyai bos yang teruk. 

Pernah tak rasa: dimalukan, moral down, tak gembira, under paid, kerja masa yang lama, direndah-rendahkan ia semua tanda anda mengalami keadaan bos teruk.

Walau apa pun yang kamu rasakan sekarang, kamu tidak pernah salah kerana kita masing-masing yang paling tahu siapa diri kita.

Tahniah buat anda yang mampu bertahan sehingga hari ini untuk ke dua-dua situasi yang anda alami. 

Ketahuilah anda sememangnya insan yang lebih kuat dari semalam dan akan bertambah kuat lagi untuk masa akan datang.

Walau apa pun dugaan yang kamu alami ditempat kerja, ketahui cara untuk melepaskannya tekanan kerja dengan cara yang betul antaranya:

1. Bercuti dan ambil cuti yang panjang

2. Berehat dari terlalu mengejar cita-cita anda

3. Belajar untuk berkata 'tidak' kepada bos dengan sopan

4. Terapkan minda yang positif

Jika semua perkara yang anda lakukan masih lagi memberikan anda tekanan, jangan biarkan ia membarah, cuba berdiskusi untuk mencari jalan keluar. Ingatlah stress merupakan punca utama kepada masalah kesihatan yang lebih serius. -CARI Infonet.
21

Bagus
18

Marah
11

Terkejut
21

Sedih
18

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 28-8-2015 07:04 PM
Kerja teruk, bos teruk. So apa pilihan aku ada selain hari2 pikir nak quit?
Quote LolaLoly 28-8-2015 07:08 PM
better kerja teruk bos ok... paling xsuke bos lahanat... semua letak atas bahu kite... huhu lepas tu lepas tangan sorang2... die balik awal xpe.. jangan anak2 buah die.. sengsaraaaa tolong laa...  *pengalaman sendri*



hari jumaat ni pun xboleh balik awal.. huhuhu
Quote kentel 28-8-2015 07:10 PM
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:08 PM
better kerja teruk bos ok... paling xsuke bos lahanat... semua letak atas bahu kite... huhu lepas tu ...



hari jumaat ni pun xboleh balik awal.. huhuhu
???? da knape xleh balik awal....ko slalu OT ker?
Quote seramado 28-8-2015 07:12 PM
penah dulu dpt keje yg ok..bos pula lahabau lahanat semua la..mmg setan la..bila ingt blk..
Quote cmf_premierleag 28-8-2015 07:17 PM
Akak lg rela keje susah dan bos baik
Drpd bos mcm hauk...lps kul 6 dan weekend pun gigih wassap dlm grup keje arahkan ituini..akak harap bos mcm ni kene paralysed seumur hidup lps kene eksiden
Quote LolaLoly 28-8-2015 07:19 PM
kentel replied at 28-8-2015 07:10 PM
???? da knape xleh balik awal....ko slalu OT ker?

bukan OT.. ya dipanggil ot tapi sejenis ot yang tak boleh claim duit mahupun jam cuti...


stresssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Quote miabebe 28-8-2015 07:21 PM
Mia prefer keje baik nan boss baik


Boss bangang boleh brambossssssssss

Uiks mia kew neh..kihkihkih..maap kn mia lama ta moyan
Quote sabbath_shalom 28-8-2015 07:24 PM
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:08 PM
better kerja teruk bos ok... paling xsuke bos lahanat... semua letak atas bahu kite... huhu lepas tu ...

Paling teruk bos Melayu speaking English dengan sesama Melayu lepastu bodoh pasal komputer..kemudian serah pada anak buah sebab diri tu dah lupa pasal cara nak buat keje tu..

kemudian cakap diri dia bagus sebab berjaya buat kerja tu...dan sebab dia bagus bagi arahan kat pekerja.

Lepastu bila ada masalah tak tahu backup anak buah....paling teruk blame anak buah...sebab nak mengampu dan selamatkan diri dr big bos.
Quote kentel 28-8-2015 07:37 PM
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:19 PM
bukan OT.. ya dipanggil ot tapi sejenis ot yang tak boleh claim duit mahupun jam cuti...

tak refer dkt pejabat buruh??
Quote sabbath_shalom 28-8-2015 07:37 PM
miabebe replied at 28-8-2015 07:21 PM
Mia prefer keje baik nan boss baik



Sama la paling tak suka bos bangang bodoh bahalol....lepstu perasan bagus..

Bos garang pon x best...biasanya mereka ni tak pandai bagi arahan...cuma tahu menghukum....boleh kate xda soft skill.

Bos yg baik sangat pon tak best...sebab anak buah senang pijak...bukan takat kena pijak tapi sampai kena arah dgn anak buah pulak.

Bagi aku..aku suka bos yg nilai pekerja dr kerajinan...xsalah anak buah nak mengampu dr hasil kerja...bukan dr air liur.
Quote miabebe 28-8-2015 07:39 PM
sabbath_shalom replied at 28-8-2015 07:37 PM
Sama la paling tak suka bos bangang bodoh bahalol....lepstu perasan bagus..

Bos garang pon x b ...

Yup stujukkkkkkkkk!.!.!.!.!
Quote musangcomel 28-8-2015 07:40 PM
Mary_jane replied at 28-8-2015 07:04 PM
Kerja teruk, bos teruk. So apa pilihan aku ada selain hari2 pikir nak quit?

sama la kita
makin lama makin rasa unhappy kat tempat keja

Quote musangcomel 28-8-2015 07:43 PM
kentel replied at 28-8-2015 07:37 PM
tak refer dkt pejabat buruh??

boleh refer ke
mcm tak boleh je, aku pon ta tau sgt
contoh cam aku keja kilang ni, yg boleh claim ot operator je
org keja opis kdg2 kena stay sampai lewat mlm pon takde ot ye
mkn gaji basic je sampai mati, gitew

Quote chazey 28-8-2015 07:48 PM
Kerja teruk tapi bos baik.

Yeah.
Quote retnoel 28-8-2015 07:50 PM
Kerja teruk tp team mabelles..yg ni i lg sanggup..
Quote sabbath_shalom 28-8-2015 07:51 PM
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:19 PM
bukan OT.. ya dipanggil ot tapi sejenis ot yang tak boleh claim duit mahupun jam cuti...



Sama la...biasanya jawatan executive memang xda overtime yg dibayar...buat kerja sampai siap...bayar gaji dah la kecik...nak beli rumah pon x mampu.

Bagus petik buah dekat Aussie.
Quote sabbath_shalom 28-8-2015 07:56 PM
Edited by sabbath_shalom at 28-8-2015 07:57 PM
miabebe replied at 28-8-2015 07:39 PM
Yup stujukkkkkkkkk!.!.!.!.!


Mostly manager Meleis ni kita yg fresh graduate ni yg kena ajar....tak pon belajar sendiri je la.

Patut report dia yg kena buat tapi kita jugak yg buat...lepastu submit...isi report tu satu haram xpaham...tujuan buat report pon tak faham...terutama yg berkaitan dgn DOSH....manager2 ni cukup bodoh dlm bab tu.
Quote missus_meow 28-8-2015 08:04 PM
situasi 1 - bos yang baik bijak bahagikan tugas, delegate the work. boss yg baik bkn sekadar memahami - ala2 i feel ur pain but x buat ape untuk membantu. so bos dlm situasi 1 is a lousy boss. x patut jd bos.

situasi 2 - bos ni ade masalah dalaman. baik dihantar ke pusat sakit jiwa.

mana yg better? dua2 hancos.
Quote sherry70 28-8-2015 08:08 PM
kerja terok erti kata kerja keras, dpt boss understanding memang nak apa lagi..my ex boss cam ni, tiap CNY n Xmas , dpt habuan power giler to the max

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054963 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top