Sebelum ni kecoh mengenai video jam tangan mewah berharga jutaan Ringgit yang dipakai oleh pelakon dan usahawan jelita, Fazura semasa sambutan hari lahir suaminya, Fattah Amin. Walaupun ramai yang cakap Fazura sememangnya layak pakai barangan mewah atas usaha gigihnya sendiri malah memuji sikapnya yang merendah diri dan tak suka tayang kemewahan namun ada juga segelintir netizen yang beranggapan jam tangan mewah tersebut adalah sekadar pinjaman.
Malah ada yang mendakwa bodyguard pada majlis tersebut juga bukan bodyguard yang dibayar gaji oleh Fazura dan Fattah tetapi diambil sehari saja untuk tujuan tersebut? Memetik daripada portal hiburan NONA yang telah menghubungi Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin atau mesra digelar Shah selaku pengawal peribadi Fazura dan Fattah, bagi menjawab teka-teki dan bertanyakan tentang isu tersebut. Jom kita ikuti temubual bodyguard Fazura bersama wartawan NONA yang turut berkongsi kisah pahit manis serta pengalaman sepanjang bergelar ‘bodyguard’ power-couple ini. NONA: Boleh Shah kongsikan serba sedikit tentang diri Shah? Shah: Baik, nama penuh saya Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin, anak kedua dari empat adik beradik. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang comel. NONA: Bagaimana Shah boleh menjadi ‘bodyguard’ kepada Fazura dan Fattah? SHAH: Awal dahulu, saya ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi dari Fattah saja. Waktu itu Fattah di bawah satu pengurusan. Mereka meminta saya untuk menjaga Fattah untuk tempoh satu hari. Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini. Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya. NONA: Apakah tugas hakiki Shah sepanjang bergelar pengawal peribadi Fazura dan Fattah? SHAH: Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. ‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini. Pernah dalam satu event, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar. Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy! NONA: Boleh Shah kongsikan momen manis sepanjang mengawal keselamatan Fazura dan Fattah? SHAH: Wow momen manis ini banyak sebenarnya. Tapi kalau diminta satu, momen paling manis pastinya ketika event di Johor. Habis dari event itu Faz ajak kami semua ke JPO sementara nak menunggu ketibaan flight sebelah malam. Sampai saja dekat JPO tu Faz ajak semua team masuk satu butik ini. Selepas itu, Faz cakap… “You all pilih satu barang. Ambil saja apa apa..” Semua terkejut. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika itu, tapi bukan saya lah..nak control macho punya pasal. Tapi saya cukup bersyukur.
|
BungaTepiMeja replied at 5-10-2022 06:37 PM
Memang setiap artis ada bodyguard ke..ingatkan bodyguard event mngnt sediakan sebab biasa artis ada ...
Diamondmoney replied at 5-10-2022 06:10 PM
Jom layan fatima
Kecik2 dah mendonia dik tima
cmf_shya replied at 5-10-2022 06:11 PM
Ish..wlpun ku peminat fattzura...tp ku mohon..biar la diaorg trus hidup mcm dlu..ada benda simpan..a ...
GegarVaganja replied at 5-10-2022 06:14 PM
Calling for @Kurex
Diamondmoney replied at 5-10-2022 06:10 PM
Jom layan fatima
Kecik2 dah mendonia dik tima
Masukkeluar replied at 5-10-2022 06:49 PM
happy nya timoh..siap lompat2 tepuk tgn flying kiss lagi. sejenis friendly mcm mommy nye.
ADVERTISEMENT