CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Kyle Muak Ditanya Tentang Cinta Dengan Mimi Lana

5-10-2022 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2202| Komen: 17

Description: Syafiq Kyle mengakui terkilan apabila cerita peribadi terutamanya kisah cinta lebih menjadi perhatian ramai berbanding hasil kerjanya sebagai seorang pelakon.
Syafiq Kyle mengakui terkilan apabila cerita peribadi terutamanya kisah cinta lebih menjadi perhatian ramai berbanding hasil kerjanya sebagai seorang pelakon.

Justeru Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, memohon agar hal tersebut tidak lagi diperkatakan selepas ini dan orang ramai memberi fokus kepada kerjaya seninya.


Foto: IG

"Saya terlibat dengan banyak promo drama tetapi kisah peribadi lebih mendapat perhatian. Rasanya tak perlu diteruskan lagi. Ada sedikit rasa kecewa apabila ia menjadi perhatian berbanding kisah kerjaya.

"Jadi saya minta kepada semua agar lebih beri perhatian kepada kisah drama yang ingin saya kongsikan kepada semua," katanya kepada mStar.


Syafiq ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul One Cent Thief yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.



Enggan lagi mengulas tentang kisah cinta dengan pelakon Mimi Lana yang sebelum ini pernah dikatakan hampir menuju ke jenjang pelamin, Syafiq berkata peminat pasti akan mengetahui hala tuju hubungan mereka apabila tiba masanya nanti.

"Semua faham apa yang berlaku dalam kisah peribadi dan biarlah ia begitu sahaja. Sampai masa ia akan terjadi juga," jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang karakter Iman Shah dalam drama tersebut, Syafiq berani melakukan eksperimen sendiri tanpa merujuk mana-mana watak lain untuk menghidupkan jalan cerita sebagai seorang penggodam.



Dalam masa sama drama ini juga memberi cabaran hebat buat Syafiq kerana ia turut menuntut kekuatan fizikal dalam beberapa babak aksi.

"Saya cuba untuk design karakter sendiri untuk drama kali ini. Saya tidak tiru mana-mana watak untuk dijadikan rujukan. Saya anggap ini juga sebagai satu eksperimen.

"Setiap karakter dalam drama ini ada latar belakang sendiri. Untuk watak saya ia agak mencabar kerana terdapat babak aksi yang perlu dilakukan," ujarnya.



Selain Syafiq, drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Sofie Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan dan Fabian Loo.

Ia bakal ditayangkan di empat saluran berbeza iaitu Astro Ria, Vinmeen, Shuang Xing De dan Primetime bermula 8 Oktober ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 5-10-2022 01:50 PM
Poyo lah lu mat
Quote epullipan 5-10-2022 02:34 PM
aku pon muak tgk ko
Quote bulalof 5-10-2022 02:37 PM
kami lagi muak dgn kamu.

kalau kamu nak kawin, kamu kawin sajalah. tak perlu nak libatkan kami yg x rela nak amik tau pun. kami byk lagi kerja2 hakiki yg penting utk diselesaikan.

btw, who are yooouuusss??????
Quote margo20 5-10-2022 02:45 PM
Waktu tgh laku cenggini ler cte dia
Quote pembacagosip 5-10-2022 03:06 PM
nguapan skala 10 la cerita ni
Quote beatgirlX 5-10-2022 03:15 PM
Ikutkan Mimi blh dpt yg lebih lagi....
Tapi mungkin Kita tgk mat ni sombong tapi bila dgn Mimi care ke..mana Kita tau...
Tapi letih jgk..harap cepat la Mimi angkat kaki
Quote PinkyPie 5-10-2022 05:49 PM
Kira dia punya muak je
Quote Carcosa 5-10-2022 09:37 PM
Kau ni, patut kawin je dgn maknyah yg ko buat video Blkg Sikit tu. Haaaa baru kau tau muak tak muak
Quote DeLuna85 5-10-2022 09:40 PM
Sekali mimi lana muak dengan kau baru tau
Quote Acikgomen 5-10-2022 09:49 PM
bulalof replied at 5-10-2022 02:37 PM
kami lagi muak dgn kamu.

kalau kamu nak kawin, kamu kawin sajalah. tak perlu nak libatkan kami yg x ...

Khennnnz acik harap si mimi dada railway klia kawen dgn matsalih dari sauk sapik ketot neh
Quote Dorotheas 5-10-2022 09:50 PM
Perasan nyaa mamat sendu ni tkda org kisah pon
Quote dudaberhias 5-10-2022 10:11 PM
mestilah muak dan kecewa bila orang tanya... sah2 la mimi pun lagi muak kalau sekadar saiz besar bebudak sekolah tadika... lagi berair tengok pisang emas orang buat pisang goreng atau lobak masin...
Quote Nnasda53 6-10-2022 10:26 AM
Meluat tgk dia ni.
Baik kau angkat kaki je mimi.
Quote bynroslan 6-10-2022 10:40 AM
nak komen lakunan pun...banyak lagi pelakon yang lagi hebat, itu pun syukur gak la ada yang nak kesah lagi dik oiii
Quote sofinamini 6-10-2022 10:43 AM
eleh fikir muak dia jek. mimi u angkat kaki cepat pg carik yg lagi tak muak dan mual. bio dia nie mereput tua kertu sorang sorang cuma mampu belakang sikit jek
Quote kikilalapooh 6-10-2022 01:41 PM
asal ramai sgt tak suka shafiq kyle ni. dia berlakon bagus kot. cuba tengok lakonan dia dalam movie Pusaka tu.
Quote jijilaaa 6-10-2022 02:16 PM
ada tgk iv dia dgn mstar..dia ckp taun ni dia ada 4drama nak kena promo..tp tiap kali g promo wartawan tak tulis pun pasal drama dia..semua tulis pasal hal cinta dia..naik muak jugak si tuan badan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071593 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top