Ramlah Ram mengimbau kembali kenangan terpaksa memotong rambutnya dan meletakkan ke dalam kotak kerana terlalu sayang.
Ramlah, 57, berkata sewaktu awal kemunculan sebagai penyanyi kira-kira lebih tiga dekad yang lalu, mereka tidak mempunyai jurumekap dan perlu bersiap sendiri sebelum menghadiri acara atau program hiburan. "Dulu mana kita ada mekap artis, jadi semua kena belajar mekap dan bersiap sendiri. "Rambut saya pula panjang paras pinggang, disebabkan terlalu lama mengambil masa untuk bersiap, saya mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek," katanya kepada mStar.
Ramlah berkongsi kenangan itu semasa ditemui di Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Best Products ke-26 yang diadakan di KL Eco City, Kuala Lumpur pada Isnin.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053618 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.