CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebelum Lancar Pun Daqmie Dah Tahu Casablanca Akan Meletup, Nantikan Casablanca 2

5-10-2022 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2007| Komen: 13

Description: Penyanyi dan komposer Daqmie sudah dapat menjangka lagu ciptaannya Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha dan Naufal Azrin bakal menerima sambutan hebat pendengar sebelum ia dilancarkan lagi.
Penyanyi dan komposer Daqmie sudah dapat menjangka lagu ciptaannya Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha dan Naufal Azrin bakal menerima sambutan hebat pendengar sebelum ia dilancarkan lagi.


Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 51, memberitahu semasa perbincangan awal dengan Pengarah Urusan Beegood Music iaitu Amir Hufaz, dia telah menyuarakan keyakinan lagu ini akan mencetus fenomena dengan syarat strategi pemasaran perlu dilakukan dengan betul.


Gambar Hiasan

"Saya sudah beritahu Amir yang lagu Casablanca ini pasti akan meletup gila. Tetapi syaratnya kena buat marketing betul-betul.

"Alhamdulillah, benarlah lagu itu mendapat sambutan ramai sehingga ke luar negara," kata Daqmie kepada mStar.

Daqmie ditemui ketika sidang media pelancaran album Sahabat Selamanya yang berlangsung di Dataran Karyawan FINAS, baru-baru ini.



Menurut komposer itu, sebelum mencipta lagu Casablanca dia tidak mengenali Nuha dan Naufal secara dekat, malah hanya mendapat gambaran yang diberikan Amir tentang dua penyanyi berkenaan.

"Amir memberitahu Nuha dan Naufal itu orangnya kecil-kecil dan berumur 22 tahun.

"Bila saya dapat gambaran tentang peribadi mereka, maka terhasilkan lagu yang catchy sesuai dengan personaliti dua penyanyi itu,” jelasnya.



Dalam pada itu, Daqmie menjelaskan dia tidak boleh mencipta lagu mengikut rasa sendiri kerana ia mungkin tidak sesuai dengan penyanyi yang akan membawakan lagu tersebut.

Setiap lagu yang dicipta haruslah mengikut kesesuaian dengan penyampaian penyanyi itu.

"Saya akan dengar suara dan lihat karakter serta kesesuaian untuk tahu sama ada lagu ciptaan saya itu relevan pada mereka atau tidak.

"Jika kita buat lagu berdasarkan rasa sendiri, mungkin bagi kita ia sedap didengar namun untuk generasi muda tidak sama. Mereka punya citarasa tersendiri," katanya.



Sementara itu, Daqmie turut berkongsi dia kini sedang giat menyiapkan single terbaharu yang juga merupakan kesinambungan bagi lagu Casablanca.

Komposer ini juga menjelaskan dia tidak tertekan dengan sambutan yang akan diterima nanti kerana sudah pasti ramai peminat bakal membandingkan.

"Saya sedang dalam usaha menyiapkan lagu Casablanca part 2.

"Buat masa ini saya belum berasa tekanan kerana lagu itu belum pun dilancarkan.

"Tekanan akan datang sekiranya lagu kita tidak menerima sambutan baik daripada pendengar," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 5-10-2022 12:15 PM
euyewwww geli nyahh
Quote kucingitam 5-10-2022 12:27 PM
euww lagu tah pape...
Quote Lavender_Violet 5-10-2022 12:32 PM
Daqmie ni dulu ada satu lagu dia sedap jadi OST Drama ke filem ntah tak silap
Yang Terindah tajuk lagu tu....layan lagu ni dulu time tengah diawang2an berchenta
Quote KamikuP 5-10-2022 12:45 PM
Kalau ada sinambungan lagu yg terdahulu selalunya flop yaach
Quote margo20 5-10-2022 01:29 PM
Make sure denyut tukar jadi degup
Quote fadz84 5-10-2022 01:55 PM
KamikuP replied at 5-10-2022 12:45 PM
Kalau ada sinambungan lagu yg terdahulu selalunya flop yaach

Betul.. selalunya jd cmtu.. lagu kesinambungan selalunya flop & x semeletop lagu first..
Quote myvi132806 5-10-2022 03:43 PM
aiyooohhh ... konfiden
Quote sofi_sofia 5-10-2022 03:49 PM
meluatnya lah tgk pompuan nih .. kat luar kan main lagi over confident ... sekali kena nyanyi live kat pentas besar terketar2 ketakutan nyanyi sampai tak tau bijik butir apa dia sebut!
Quote intan244 5-10-2022 08:59 PM
comel, suara sedap.
Quote DeLuna85 5-10-2022 09:46 PM
Tahniah Daqmie. Tapi dia siapa tiba2 muncul dan meletop
Quote anastasia7 5-10-2022 10:58 PM
Lavender_Violet replied at 5-10-2022 12:32 PM
Daqmie ni dulu ada satu lagu dia sedap jadi OST Drama ke filem ntah tak silap
Yang Terindah tajuk la ...

Betul2. Suka juga. Rasanya ost drama lisa dgn zain ruffedge . Eh ke salah citer
Quote anastasia7 5-10-2022 11:04 PM
Edited by anastasia7 at 5-10-2022 11:06 PM

[youtube]f6vsH6Oh2Kg[/youtube]

Ok confirm ni ost nya.
Quote MarissaOberlin 5-10-2022 11:34 PM
bakalan flop ibarat Binafsha by Waheeda yang kengkonon dijangka meletup ibarat wassini

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050437 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top