Perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai kisah ibu bapa yang lebih mengutamakan pendidikan anak mereka hingga sanggup membayar yuran yang mahal setiap bulan kini menjadi bualan rancak para netizen. Melalui perkongsian Azizie Ar yang memuat naik gambar momen seorang ibu sedang mengambil anaknya pulang dari sekolah dengan hanya menaiki sebuah Proton Wira yang kelihatan usang, sedangkan anaknya bersekolah di sekolah swasta dan yuran bulanan mencecah hampir RM1500 sebulan. "Nampak parents ni ambil anak dia kt sekolah. Ni salah sorang kawan dyan dekat sekolah, parents datang ambil naik wira je, tapi mampu bayar yuran bulanan sekolah ada RM1400+ sebulan."
"Disaat org lain bayar bulanan kereta besar, rumah besar tp dia memilih sekolah yg terbaik utk anak. Idk how struggle parents utk bayar yuran anak." "Besar pengorbanan ibu ayah kita kalau dikenangkan. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita sebagai ibu dan ayah utk besarkan anak2" kata Azizie.
Disebalik kisah meruntun hati tentang pengorbanan ibu bapa ini yang lebih mengutamakan pendidikan anaknya dari kehendak dirinya, sesetengah netizen juga tidak bersetuju jika tahap kewangan seseorang diukur melalui jenis kenderaan yang dipakai. Namun sejauh mana kebenaran tentang tahap kewangan ibu bapa pelajar ini hanya mereka saja yang tahu. Apa yang penting sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak jangan kita abaikan demi masa depan mereka kelak. Apa pula pandangan anda? - CARI |
cmf_ctrl replied at 4-8-2022 05:59 PM
adoi apa punya pemikiran lah.. ingat semua orang berduit suka pakai kereta mahal ke. contoh tokey2 ...
mrsbale replied at 4-8-2022 06:29 PM
Padahal nk bgtau kaum kerabat dia kat fb berapa yuran sekolah anak dia.
Pffff. Low class mentality. ...
ADVERTISEMENT