CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Haram Wanita Bujang Pakai Inai?, Imam Muda Asyraf Jelaskan

5-8-2022 06:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1913| Komen: 28|Original author: Tatod

Description: Sejak beberapa selebriti mengeluarkan jenama produk inai mereka sendiri, pelbagai isu timbul mula dibahaskan oleh netizen.

Sejak beberapa selebriti mengeluarkan jenama produk inai mereka sendiri, pelbagai isu timbul mula dibahaskan oleh netizen.

Antara pertikaian adalah perkara yang mengatakan hukumnya haram bagi seorang wanita yang belum berkahwin memakai inai dengan tujuan perhiasan.

Menerusi laporan Gempak yang dipetik daripada rakaman Sinar FM, Imam Muda Asyraf memaklumkan adalah harus bagi seorang wanita bujang untuk memakai inai pada jari mereka.


Gambar hiasan

"Memang viral dekat TikTok pasal inai dan tidak terkecuali ada ahli ulama yang berbincang mengenai perkara ini. Sebab isu ini memang ada perbahasan mengenai wanita memakai inai.

"Lelaki pakai inai memang tak boleh walaupun ada fatwa yang bagi dan sebagainya.

"Inai bagi wanita selepas bernikah memang tidak menjadi kesalahan. Ini bukan isu inai rambut tetapi inai di jari. Lepas daripada pernikahan, tiada masalah untuk wanita pakai inai.

"Cuma bagi wanita yang belum bernikah, sebahagian daripada ulama tidak membenarkan, sebahagian ulama lagi membenarkan. Yang membenarkan pula tak bagi kita pamerkan.

"Tapi, saya lebih cenderung dengan fatwa yang mengharuskan wanita walaupun bujang untuk memakai inai dengan kadar yang tidak berlebihan. Kalau dia nak pakai inai kat jari, hukumnya harus," katanya.


Oleh yang demikian, terpulanglah pada diri masing-masing untuk mengambil pandangan yang mana satu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 5-8-2022 10:44 PM
Edited by Goodluckdontcry at 5-8-2022 10:45 PM

Pening2 lalat den dgn masyarakat kite.. dulu2 xde isu apa pun berkaitan inai..klu ko nak lumur seluruh badan pun, lantak ko lah..

Tetibe, bila artis2 Tempe buat bisness inai..jd hype tak tentu arah belaka..ko pe hal?? Gila?? Mereng?? 3 Suku?? Mental??

Semak BTL tgk kelakuan msg2.. menyampah... harkkkktuihhhh   

P/ s Komen ini xberkaitan dgn imam Ashraf ni.yg sekadar jawab soalan yg ditanya..
Quote sharlenetexas 5-8-2022 10:48 PM
Pakai je opi, sally hansen, revlon, bodyshop masa period.


Quote Decaffeinated 6-8-2022 12:21 AM
obsession dengan hukum seperti tiada penghujung

bila tiada ustad nak tanya ummah terus hilang arah



Quote 3chanceno 6-8-2022 07:23 AM
Goodluckdontcry replied at 5-8-2022 10:44 PM
Pening2 lalat den dgn masyarakat kite.. dulu2 xde isu apa pun berkaitan inai..klu ko nak lumur selur ...

Meols setuju..zaman tok nenek tak de masalah pakai inai nie..pokok inai merata ada..petik je daun2 inai tu dibuat pes & boh di jari2..

Sekarang nie dah jadi isu & sensasi pulak, padahal tak de hal pun perkara ini..terpulang masing2 asal inai itu wudhuk lepas. Kowser dengan perkara remeh temeh yg digembar gemburkan..nonsense
Quote 3chanceno 6-8-2022 07:24 AM
Decaffeinated replied at 6-8-2022 12:21 AM
obsession dengan hukum seperti tiada penghujung

bila tiada ustad nak tanya ummah terus hilang arah

Setuju sesangat
Quote tikusmontok 6-8-2022 07:37 AM
Goodluckdontcry replied at 5-8-2022 10:44 PM
Pening2 lalat den dgn masyarakat kite.. dulu2 xde isu apa pun berkaitan inai..klu ko nak lumur selur ...

BTL tu siapa?
Quote shernazz 6-8-2022 08:35 AM
Emtah la labu.
Iols mmg dari kecik kalau balik kodiang.makcik iols buat inai pakai sama sama....malam raya weols bz pakai inai lepas tolong masak2
Quote Kitty_catz 6-8-2022 11:37 AM
sana sini tered yinai.. tu kat bod gossip dah melambak2. tapayah la bod CI ni turun level mcm bod retis yach

Quote Decaffeinated 6-8-2022 12:12 PM

looks like BTL = betul


Quote Kak-Rohana 6-8-2022 12:51 PM
Goodluckdontcry replied at 5-8-2022 10:44 PM
Pening2 lalat den dgn masyarakat kite.. dulu2 xde isu apa pun berkaitan inai..klu ko nak lumur selur ...

Biasalah dek. Rakyat Msia kn suka ikut trend. Dulu acik2 pakat berator kempunan Bobba Tea… sekarang pakat2 sibok mengecat pulok cam terkapit pintu gitchew dek
Quote tikusmontok 6-8-2022 01:12 PM
Decaffeinated replied at 6-8-2022 12:12 PM
looks like BTL = betul

Nak shortform pun ikut la amalan biasa ..
Quote Decaffeinated 6-8-2022 01:24 PM
tikusmontok replied at 6-8-2022 01:12 PM
Nak shortform pun ikut la amalan biasa ..

ejaan budak kurang kasih sayang


Quote Goodluckdontcry 6-8-2022 01:56 PM
tikusmontok replied at 6-8-2022 01:12 PM
Nak shortform pun ikut la amalan biasa ..

Amboi KO ciksitikus..suka no nyakat den Bab ejaan..Kan den kata den ni spesis pemalas..JD den MLS nk betulkan setting..apa yg den taip, kuar mcm Tu..den biarkan aje..pe blh buat..den Kan pemalas..dah lainkali persetankan sajork ayat2 den Kalau boleh bikin kome sakit otak okeh???
Quote Goodluckdontcry 6-8-2022 01:59 PM
Decaffeinated replied at 6-8-2022 01:24 PM
ejaan budak kurang kasih sayang

Kome pun sorg LG..suka no nyakat den secara sinis..dapat kepuasan dlm hidup kah bila nyakat org?? Kehkehkeh takpela teruskan kalau kome rs ITU dpt membuatkan kome happy..mcm den tulis.. semoga happy semua..dah tua Bangka ape yg budaknya...ayoyola kome ni..
Quote Minami2013 6-8-2022 02:09 PM
Islam ni mudah je.. tp jgn pulak kita ambik mudah

Quote green~tea 6-8-2022 02:13 PM
I rasa cam nak beli inai che ta tp asik sold out je... maybe nak mintak ngn MIL i je la kot, mintak direct kat ita
Quote annehuda 6-8-2022 02:16 PM
Aku dari kecik tak minat pakai inai. Rimas la takleh nk gunakan tgn sbb nk tunggu inai kering
Quote tikusmontok 6-8-2022 02:24 PM
Edited by tikusmontok at 6-8-2022 02:25 PM
Goodluckdontcry replied at 6-8-2022 01:56 PM
Amboi KO ciksitikus..suka no nyakat den Bab ejaan..Kan den kata den ni spesis pemalas..JD den MLS  ...


Malas2 pun gigih gak ekau tukar2 capslock kan
Quote Goodluckdontcry 6-8-2022 02:30 PM
tikusmontok replied at 6-8-2022 02:24 PM
Malas2 pun gigih gak ekau tukar2 capslock kan

Kehkehkeh X kome..mmg sedia Ada sebegitu..den pun xtau... kehkehkeh so den biarkan aje..malas den nk BTL Kan..

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.075244 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top