CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Alasan Nak Siapkan Assignment- Gadis Kantoi Curang Dalam Live Bola, Siap Duduk Atas Riba Lelaki

3-8-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4134| Komen: 12

Tular kisah seorang pemuda disakiti apabila teman wanita curang dibelakangnya.

Semuanya bermula apabila seorang pemuda dikenali sebagai Ferdinand mendakwa bahawa dia ternampak teman wanitanya bersama lelaki lain di stadium tersebut selepas menonton live streaming perlawanan bola sepak di antara pasukan Persik Kendiri dan Bhayangkara FC yang dikongsikan oleh Alexs Hermawan di TikTok.


Apa yang lebih menyakitkan hati apabila perempuan terbabit yang memakai baju berwarna putih dilihat duduk di atas riba seorang lelaki sambil bermesra-mesraan.




Setelah ‘kantoi’, lelaki berkenaan bertindak memuat naik ucapan terima kasih kepada beberapa page di Facebook kerana telah merakam aksi perlawanan tersebut. 


Tambahnya kekasihnya itu ada meminta izin untuk keluar, namun alasannya hanya untuk menyelesaikan tugasan kuliah.

"Terima kasih Persik dan Vidiocom. Disebabkan perlawanan tadi, saya dapat tahu yang teman wanita saya tengok bola dengan lelaki yang saya tak kenal. Kononnya bagi alasan ada tugasan universiti. Mereka berdua tertangkap di kamera antara minit ke 70. Terima kasih."



Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada lelaki berkenaan. 

Malah, ada juga di antara mereka yang tidak berpuas hati terhadap gadis terbabit kerana curang dan akhirnya kantoi di khalayak ramai. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 3-8-2022 12:39 PM
fernand ke ferfinand...
Quote Artemesiaa 3-8-2022 05:19 PM
Zaman phone ditangan kalau buat hal cepat je kantoi
Quote lattehazelnut 3-8-2022 06:34 PM
Birahnye kau dik..
Yang penting tutup aurat..
Quote anony-mous 4-8-2022 02:50 AM
Tu lah lain kali pakai mask
Quote eyansss 4-8-2022 12:26 PM
haiyooo...  ni bukan duduk atas riba la...  ni duduk di celah kelengkang...
Quote Zaien 5-8-2022 11:56 AM
kt public gitu duduk celah kangkang ahhahaha
klau kt tmpt trtutup???
Quote black_handbag 5-8-2022 03:11 PM
gile apa birah ni dok celah kengkang tu. muka laki pon ya aulah. padahal luas lagi space sebelah perempuan tu untuk duduk elok2. yg ko gi duduk celah kangkang jantan tu nape dik?
Quote felinecat 5-8-2022 10:09 PM
xde plak nak tulis berita caprut.hahah...bu the way dna friska memang hanya menggunakan cekpit untung kelangsungan hidup, gitulah
Quote pocongkiutss 6-8-2022 09:39 AM
Miang..baik la cabut dr pasangan gini
Quote copy_paste 16-8-2022 05:51 PM
aku pernah berkenalan dgn gadis mcm ni,dia jenis suka seronok2 dgn ramai lelaki,
mmg susah nak jaga,kalau kawin pun belum tentu setia,
melainkan ko jenis x kisah,

selepas 15 tahun aku jumpa balik,dah ada anak sorg, perangai masih sama, baru aku faham kenapa bukan jodoh aku,tapi aku still kawan je, cuba slow2 nasihat
Quote pocongkiutss 23-8-2022 08:44 AM
Biasanya pompuan camni lelaki suka..walau dah curang berkali2 lepas kawin pun tak kena cerai & lelaki tu tetap setia. Tahapa2 tah
Quote hasniey 23-8-2022 02:19 PM
pocongkiutss replied at 23-8-2022 08:44 AM
Biasanya pompuan camni lelaki suka..walau dah curang berkali2 lepas kawin pun tak kena cerai & lelak ...

Setuju.prmpuan mcmni gedik2 manja mmg fav jantan.lepastu muka comel,body pon lawa
Perangai buruk tolak tepi.esok2 dia dtg merayu nnt terima balik.gitulah smpai bosan.
Yg setia,senyap bosan katanya.x menarik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.175065 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top