CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengamuk Belasah Kekasih Di Pawagam Kerana Tak Terima Minta Berpisah

2-8-2022 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3135| Komen: 22

Description: Gara-gara tidak dapat menerima kenyataan kekasihnya ingin memutuskan hubungan, seorang lelaki di Indonesia membelasah teman wanitanya di sebuah pawagam dan tidak menghiraukan orang ramai yang cuba men ...
Gara-gara tidak dapat menerima kenyataan kekasihnya ingin memutuskan hubungan, seorang lelaki di Indonesia membelasah teman wanitanya di sebuah pawagam dan tidak menghiraukan orang ramai yang cuba menenangkannya, lapor laman berita Dream.co.


Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, kejadian itu dikatakan berlaku di pawagam sebuah pusat beli-belah di Pekanbaru, wilayah Riau.


Dream.co.id/IG @lambe_turah

Video berdurasi seminit itu memaparkan beberapa pengawal keselamatan berusaha menahan lelaki berkenaan kerana menimbulkan kekecohan.

Dia sebelum itu dilihat menarik kepala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.


Menurut laporan, lelaki berkenaan berang kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa teman wanitanya meminta untuk memutuskan hubungan sebelum mengamuk dan membelasahnya.

Dia juga meminta wanita tersebut mengembalikan semua hadiah yang pernah diberikan selama mereka saling mengenali.

Meskipun dileraikan pengawal keselamatan, lelaki berkenaan masih tidak berpuas hati dan cuba menarik teman wanitanya ke arahnya.


IG @lambe_turah

Tindakan itu mendatangkan kecederaan pada lengan mangsa sebelum lelaki itu bertindak melampaui batas dengan cuba menendangnya.

Perbuatannya itu bagaimanapun berjaya dihalang seorang pengawal keselamatan sebelum teman wanitanya beredar dari kawasan itu.

Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Mujur gadis itu terselamat (daripada lelaki kaki pukul) sebelum sempat berkahwin,” kata seorang netizen.

“Pasti sudah banyak wang dibelanjakan ke atas teman wanitanya,” kata seorang lagi pengguna media sosial.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twins 2-8-2022 12:18 PM
kalau gini caranya mmg patut pun pompuan tu mintak clash...
lagi lama berkapel ngan lelaki ni rasanya memang tendang terajang tu nanti
jadi makanan harian jer
Quote pooh~key 2-8-2022 12:20 PM
Lembik ah kau dek jantan keparat kalau hati tak kental tak usah berangan nak bercinta dek bodo oi dek.
Quote capiloton 2-8-2022 12:27 PM
yang laki tak payah ler berhabis duit dengan pompuan yg belum tentu jadi bini,
nanti tak boleh terima kenyataan bila gelfren mintak break up.

macam kawan aku dulu la, putus tunang.
masa tu tido lambak umah bujang,
masa tido dalam kegelapan malam, aku dengar dia meratib,
rugi.. rugi.. rugi.. rugi.. rugi..


Quote capiloton 2-8-2022 12:37 PM
Edited by capiloton at 2-8-2022 12:38 PM

kalo nak break up, jangan ler depan2,
pakai wasap or email jer.
jangan serah tengkuk, kalau dah tahu partner jenis mental tak stabil.

banyak kes pompuan yang kena tikam dengan ex boifren.
boleh tengok kat channel YT detektif mat despatch.

dalam kes aku pulak, ex gelfren histeria dalam kereta.
yang ex gelfren sorang lagi, datang serbu opis nak bedal aku dengan rantai besi.

sama jer laki pompuan sekarang ni, dasat perangai masing2
semua tak boleh terima kena dump

sekarang aku guna tektik lain, kalau baru kenal aku ghosting,
kalau yang lama kenal, kasi kantoi kan diri curang dengan skandal,
tak payah susah2 mintak clash

Quote ezacbee 2-8-2022 01:14 PM
capiloton replied at 2-8-2022 12:27 PM
yang laki tak payah ler berhabis duit dengan pompuan yg belum tentu jadi bini,
nanti tak boleh terim ...

Ingatkan diri tengah menangis sambil melayan lagu jiwang. Rupanya meratap kerugian duit, masa, tenaga.

Mesti dia banyak berabis duit untuk si tunang.
Quote cucutokwan89 2-8-2022 02:01 PM
Ah ghisau..janganlah cari ke rumah plk
Quote innocent_me 2-8-2022 02:35 PM
Edited by innocent_me at 2-8-2022 02:37 PM

contohilah laki meols.
Masa bercinta dia buat muka toya je apa2 guna duit meols je.
Jarang benor nk belanja apa2. ajak gi makan pun dia tnya ada duit ke? sbb dia tak nak bayar. hadiah besday pun so so je.
Taktau la knp meols mcm terima je peel huduh dia ms tu mungkin sbb meols byk duit

Tapi bila dh bertunang..esoknya lepas bertunang tu dia terus ajak meols keluar jalan2, beli baju, belanja makan segala. Sampai lah dah kawin anak berderet sekarang mmg semua dia akan usaha beli dan bayarkan.
Rupanya dia pesen dh tentu ada ikatan baru keluar duit hawau betul haha.
Quote Artemesiaa 2-8-2022 03:24 PM
Kat mana2 negara ada je kes macam ni
Quote ctaz 2-8-2022 03:50 PM
duit dah abih byk la ni.....
Quote reporter_kalut 2-8-2022 03:55 PM
Kalau aku lantak ko le tine oi. Ingat ko saje tine yg hado atas muka bumi ni
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:37 PM
dah kau pn berhabis duit bagai utk dia buat apa
bangang
Quote imransulaiman 2-8-2022 07:38 PM
Mana Friska tidak munculkan diri???
Quote Jitu 2-8-2022 08:04 PM
kejamnya
aku terima je klu gf nak minta putus

sbb tu kita kena ada gf lebih dr sorang
tp jgn smpi kantoi
Quote putu 2-8-2022 08:38 PM
innocent_me:  Edited by innocent_me at 2-8- ...
at least hadiah bday dpt la jgk. Bf iols ingat tarikh bday pun x
Quote nenekglamer 2-8-2022 08:43 PM
Perempuan. Waktu bercinta, tak perlu minta izin nk putus hubungan. Putuskan aje lah. Equal. 50/50. Ckp saja it's over. Kita dh xde apa2. Boyfriend kita does not own us or the relationship, tahu?

Kalau dah kawin, lain cerita. Talak suami pegang.

Please la. Jgn bodoh tak bertempat. Anyways... Good riddance. Selamatt ko dah tinggalkan lelaki hauk mental mcm tu.
Quote Zack8hunter 2-8-2022 08:55 PM
nenekglamer replied at 2-8-2022 08:43 PM
Perempuan. Waktu bercinta, tak perlu minta izin nk putus hubungan. Putuskan aje lah. Equal. 50/50. C ...

tapi awat bila belanja dating dan beli hadiah selalunya tak pulak 50/50 erk?
Quote nenekglamer 2-8-2022 09:06 PM
Zack8hunter replied at 2-8-2022 08:55 PM
tapi awat bila belanja dating dan beli hadiah selalunya tak pulak 50/50 erk?

Pilihan masing2 tu. Ade je 50/50. N Bersepah je perempuan yg spend more than bf dia. Bf biawak yg ngabiskan duit awek pun berlambak. Lagi perempuan nk bodoh MINTA putus dgn bf??? Yihhh!!!!
Quote Lagubestbest 2-8-2022 09:09 PM
Edited by Lagubestbest at 2-8-2022 09:11 PM
capiloton replied at 2-8-2022 12:27 PM
yang laki tak payah ler berhabis duit dengan pompuan yg belum tentu jadi bini,
nanti tak boleh terim ...

ngan kawan2 share maggi takpun belanja nasi lemak breakfast sebungkus habes pemurah dah tu. time ada duit sikit tudia lunch dome dinner tgi ngan awek. lepastu time sesak pandai buat statement "baru kenal siapa sahabat" bagai.
Quote TomyamPuteh 2-8-2022 10:16 PM
Tolong jaga jodoh orang la kiranya ni.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054461 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top