CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Maut Diparang 4 Lelaki Ketika Makan Di Restoran

2-8-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1805| Komen: 3

Description: Seorang penganggur diserang sekumpulan lelaki bertopeng ketika dia bersama dua rakannya sedang menjamu selera di sebuah restoran di kawasan Taman Tampoi Indah, kelmarin.
Seorang penganggur diserang sekumpulan lelaki bertopeng ketika dia bersama dua rakannya sedang menjamu selera di sebuah restoran di kawasan Taman Tampoi Indah, kelmarin.


Dalam kejadian itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan dibahagian kepala, tangan kaki dan seluruh badan setelah ditetak empat lelaki bersenjatakan parang.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.10 malam.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang tidak bekerja sedang makan bersama dua rakannya sebelum diserang empat lelaki memakai topeng muka bersenjatakan parang.


“Mangsa kemudian ditetak dan akibat kejadian tersebut, mangsa cedera parah di bahagian kepala, tangan, kaki dan seluruh badan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rupiah berkata, sejurus kejadian mangsa dibawa ke Hospital Pakar Puteri, di sini untuk mendapat rawatan namun pegawai kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna putih dengan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superitendan Zawanah Raimim Mokhtar 012-7744544,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-8-2022 02:50 PM
Ngerinya... bangsa apa ni cuolls?
Quote Artemesiaa 2-8-2022 04:45 PM
Makin ganas jenayah zaman sekarang
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:25 PM
sana sini org tunjuk samseng
takut dah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042259 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top