CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Banyak Kali Diserang, Bapa Tembak Mati Anak Lalok

27-7-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3667| Komen: 46

BANGKOK – Seorang bapa menembak mati anak sendiri yang cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang ketika berada di bawah pengaruh dadah, lapor laman berita Thaiger.


Ruangrit Phromthong, 56, menggunakan selaras senapang patah untuk menembak anaknya yang merupakan penagih tegar, Adisak kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa menghunus parang sepanjang 1.2 meter ke muka Ruangrit di daerah Sichon, Thailand.

Foto: Thaiger

Ruangrit yang berkhidmat sebagai penolong ketua kampung berkata, dia bertindak demikian untuk  mempertahankan diri, sambil menambah, anaknya sudah  lama mengalami masalah ketagihan dadah.


Dia juga memberitahu pernah diserang mangsa sebanyak beberapa kali sebelum ini dan pernah dirawat di hospital.

Pada Ahad lalu, mangsa sekali lagi bertindak ganas ke atas ahli keluarganya dan Ruangrit cuba menghentikan keganasan  tersebut.

Namun, semasa kekecohan berlaku, Adisak menghunus  parang ke arah bapanya. Ruangrit kemudian melepaskan tembakan ke arah Adisak. 

Dia kemudian menelefon polis dan menceritakan insiden yang berlaku sebelum menyerahkan senapangnya apabila polis tiba.

Polis menemui Adisak terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di rumah mereka bersama selaras  senapang patah. Sebilah parang sepanjang 1.2 meter turut berada di sisi mangsa.

Komisioner Polis,  Kittisak Ramsawat berkata, pihaknya sedang mengumpul lebih banyak bukti forensik serta menemu bual beberapa saksi dan Ruangrit sebelum menentukan dakwaan yang akan dikenakan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-7-2022 10:31 AM
Senang, tak payah dah bela2 lagi
Quote uori 27-7-2022 10:32 AM
kat sini lain, ramai makpak redho. kalau kita bising2, makpak nak parangkan kita pulak, sebabnya "kami kenal anak kami"
Quote mizzmimi 27-7-2022 10:33 AM
Good riddance i must say.. dah tak larat hadap anak menyetan tapi mesti patah hati gak paknya tu.. panjang tu parang hish..
Quote prince_marhaen 27-7-2022 10:34 AM
Tu makan dia. Harus dicontohi ibu bapa di Malaysia yang punya anak biawak overdose ni.
Quote encikWawad 27-7-2022 10:50 AM
tahniah pakcik. tembak biawak .
sebelum pakcik di parangkan
elook di senapakangkan dulu si dadih tgar
Quote yebit157 27-7-2022 10:52 AM
elok la mati, hidup nanti dia pula bunuh orang.
Quote prettyuglybabe 27-7-2022 11:09 AM
mak pak malaysia, selagi boleh bela, depa bela..
Quote prince_marhaen 27-7-2022 11:21 AM
Edited by prince_marhaen at 27-7-2022 11:22 AM
prettyuglybabe replied at 27-7-2022 11:09 AM
mak pak malaysia, selagi boleh bela, depa bela..

betul sis, pengalaman meols sendiri, senang citer family meols lah, mampos la aib ke apa,
abg sulong meols sendiri memang kaki mendadih, dah la malas kerja, main game judi, penipu, curi duit, pau duit adik-adik, pau duit yang kitorg kasi mak, maki bahasa kesat dekat mak, maki adik-adik...pernah sekali dia serang mak sebab mak mintak duit dia kerja nak beli barang dapur, sampai nak memukul, hujung-hujung bila kantoi kena tangkap dengan aadk, dengan polis, masuk pusat, keluar pusat dia maki hamun adik-adik, maki mak, buat mengamok macam orang gila depan rumah...lepas tu dia berambos dari rumah, ni dah 3 kali raya tak balik, hujung-hujung mak sendiri salahkan meols adik beradik dengki dengan abang sendiri, perangkap abg sendiri...tak kesian abang sendiri, rindu anak sulong dia, suruh kitorang cari, bela lagi biawak sial macam tu, puji lah si sial tu, masa kitorang belajar jauh, konon dia yang banyak tolong (padahal duit arwah abah, tolong bank in je nyahhh! banyak kitorang cari duit sendiri, duit arwah abah semua dia habiskan, tapi malas bagitahu mak),

lepas tu meols terus jadi keras hati, hati hitam..pergi mampos lah sampai bila-bila meols tak nak amik tahu pasal biawak sial penagih tu... meols benci sampai mati orang-orang yang mendadih ni, apa sebab perubatan ke stress ke...kau nak mendadih, kau berambos daripada family...
Quote sukacactus 27-7-2022 11:54 AM
Bagus!
Mampus dah sorang
Harap si bapak x ke dalam la
Quote ifanonline 27-7-2022 11:57 AM
prince_marhaen replied at 27-7-2022 11:21 AM
betul sis, pengalaman meols sendiri, senang citer family meols lah, mampos la aib ke apa,
abg sulo ...

sedih kisah uolls ni..itulah kesan dadah kpd keluarga dan masyarakat...sepatutnya masyarakat declare perang jihad terhadap dadah dan rasuah...ikut mcm presiden filipina...
Quote marla69 27-7-2022 12:01 PM
Adakah nanti pak nya akan meringkok lam penjara dgn 302?  Harap si penembak tu terlepas lah kan.
Quote any42 27-7-2022 12:08 PM
xmmpu nk kesian elok la mati dr fmly yg mati kna bnuh dek penagih mcm ni. kesian mesti ayhnya dah xtahan nk hadap
Quote Lily_Elizabeth_ 27-7-2022 12:08 PM
Sian lah.

Setan betul dadah ni.
Buat orang jadi gila.
Buat badan jadi hauk.
Siapa yang cipta dadah tu patut kena rasa dosa sampai mati ke api nuraka.
Quote prince_marhaen 27-7-2022 12:18 PM
ifanonline replied at 27-7-2022 11:57 AM
sedih kisah uolls ni..itulah kesan dadah kpd keluarga dan masyarakat...sepatutnya masyarakat decla ...

meols dah tak larat nak sedih wak... banyak makan hati sebab 'anak sulong','mak bapak bela anak', meols dengan beradik lain banyak berkorban daripada zaman kecik, zaman sekolah sampai zaman kerja kena beralah dengan biawak sial macam tu, sebab mak pak meols sayang sangat ke dia...anak sulong mintak apa semua dapat, senang, kerja ke tak kerja ke tak rasa bersalah..weols yang adik-adik ni pulak kena study gila-gila, cari kerja yang menyenangkan keluarga, hujung-hujung tetap dipandang biawak penagih tu... alasan "abang kau tu tak pandai, dia stress...dia banyak dugaan hidup"...dalam hati meols...butooo 100x..
Quote AshkieLa 27-7-2022 12:18 PM
prettyuglybabe replied at 27-7-2022 11:09 AM
mak pak malaysia, selagi boleh bela, depa bela..

kann...teringat kes budak kancil hijau baru2 ni tu...
haishhhhhhhhh

Quote Skuau 27-7-2022 12:20 PM
AKU...tetap salahkan 'pihak bertanggungjawab'...kerna 'tak berhabis habisan' nak banteras masalah dadah ni..Covid x nampak pon kita boleh 'turunkan kesnya'..walhal dadah ni jelas dan nyata kewujudannya... msh  banyak tu jugok..bahkan semakin parah...
Quote ifanonline 27-7-2022 12:27 PM
prince_marhaen replied at 27-7-2022 12:18 PM
meols dah tak larat nak sedih wak... banyak makan hati sebab 'anak sulong','mak bapak bela anak',  ...

anak sulong ni perlu di terapkan disiplin seawal usia 7 tahun, walaupun disayangi dan di manja, belasah tetap kena belasah...cuma nak tanya bapa awak ni baik sangat tak dgn anak2? especially anak sulong? terlalu di manjakan? kalau ya, memang salah bapa dan ibu tidak install disiplin dgn anak...

disiplin is the utmost priority, baik anak lelaki mahupun anak pompuan...sebab tu dlm islam, kalau tak solat kena rotan...
Quote namieamuro 27-7-2022 12:28 PM
moge pakcik tak dikenekan hukuman. bagus ditembak mampos je setan2 dadah ni.
Quote namieamuro 27-7-2022 12:29 PM
prince_marhaen replied at 27-7-2022 12:18 PM
meols dah tak larat nak sedih wak... banyak makan hati sebab 'anak sulong','mak bapak bela anak',  ...

skrg mak u duduk dgn siape?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.070682 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top