CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah 10 Tahun Kahwin, Ashanty Mengaku Anang Minta Seks Hari-Hari

27-7-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4436| Komen: 16

Description: Pasangan selebriti popular Indonesia, Ashanty dan suaminya, penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah menerima kritikan netizen gara-gara terlalu terbuka berkongsikan rutin kekerapan melakukan hubungan ...
Pasangan selebriti popular Indonesia, Ashanty dan suaminya, penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah menerima kritikan netizen gara-gara terlalu terbuka berkongsikan rutin kekerapan melakukan hubungan seks kepada umum.


Pendedahan itu dibuat Ashanty menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube milik keluarga ini, The Hermansyah A6 baru-baru ini apabila pasangan itu ditanya peminat mengenai hal kelamin mereka.

Foto: IG

“Mahu tanya lebih intim ya bun (Ashanty) seminggu berapa kali pipi (Anang) minta gituan (seks),” tanya seorang peminat mereka.

Ashanty atau nama sebenarnya, Ashanty Siddik Hasnoputro, 39, sambil tertawa menjawab, “Setiap hari.”




Malah, penyanyi itu turut memberikan jawapan yang lebih jelas di mana paling minimum mereka akan mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali dalam seminggu.

Walaupun merupakan pasangan suami isteri yang sah, namun rata-rata netizen di negara itu tidak bersetuju dengan keterbukaan mereka mengenai perihal seks.


“Tak malu ke urusan ranjang sebegini dibahas?

“Saya dan suami malu untuk membahaskan mengenai hubungan intim kami, apa lagi berkongsi dengan orang luar,” komen sebahagian netizen.



Namun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan pasangan ini yang menyifatkan hubungan romantis mereka boleh dijadikan contoh buat pasangan lain di luar sana.

“Edisi YouTube terbaik menurut saya, penuh inspirasi.



“Semoga tetap bahagia sampai maut memisahkan kalian.

“Keluarga yang patut dicontoh, semoga sihat terus Anang dan Ashanty,” tulis netizen.



Ashanty dan Anang, 53, yang merupakan bekas suami kepada Kris Dayanti mendirikan rumah tangga pada 2012.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Arsy dan Arsya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-7-2022 11:10 AM
Benda sedap...nak malu apa. Dua-dua pun kalau masih bernafsu & mampu...why not?...daripada kau malu-malu, lepas tu acah-acah ketimuran, dah tua, malas nak layan, seks dah tak penting, malu kat anak cucu...hujung-hujung laki cari perempuan yang boleh layan..kau merentan buat sinetron kan.... btw, ashanty tak makeup dah nampak macam aci-aci yang jaga kedai runcit area pekan kecil ye..
Quote chinta89 27-7-2022 11:29 AM
ada pro dan kontra so mls komen lbh2
Quote sayurmayur88 27-7-2022 01:19 PM
macam2, taulah dah sah dan benda sedap. adoilah
Quote piep 27-7-2022 03:53 PM
anang mmg kuat xxx. prnah ashanty bgtaw si anang minum jamu ari2
Quote juruterra 27-7-2022 04:14 PM
eee too much information. kena ke bgtau satu dunia
Quote ezacbee 27-7-2022 04:24 PM
Teringat scene dalam kereta...
Quote kessah 27-7-2022 04:49 PM
hmmmmm tu pon nk bgtau... ntah pape
Quote KirazMevsimi 27-7-2022 05:19 PM
waduh mas anang. hari hari mau nya
Quote intan244 27-7-2022 09:07 PM
x dtg bulan ke?
Quote whimsicalmusic 27-7-2022 09:26 PM
prince_marhaen: Benda sedap...nak malu apa. Du ...
iolls setuju statement last uolls, very the meenachi muka dia
Quote Suchi 28-7-2022 08:52 PM
Mcm dejavu rasa dulu pun dgn ex binik dia mmg meminta eberidei juga kan?
Ke iols salah orang.
Quote lasagna 29-7-2022 08:33 AM
prince_marhaen replied at 27-7-2022 11:10 AM
Benda sedap...nak malu apa. Dua-dua pun kalau masih bernafsu & mampu...why not?...daripada kau malu- ...

dah tu semedang melayan somi, penat letih laa kot, tu yg nmpk make up pun dah tak tentu hala dah mcm apa uols ckp td? aci-aci kan..
Quote dani-rox 29-7-2022 09:35 AM
masalahnya org ter-imagine muka dia org laki bini mengeseks, ko ingat senang ke nak delete drpd kotak fikiran kalau brad pitt dan angie bg stetmen, bole la tumpang syok sekali
Quote haifawehbe 30-7-2022 08:22 AM
Suchi replied at 28-7-2022 08:52 PM
Mcm dejavu rasa dulu pun dgn ex binik dia mmg meminta eberidei juga kan?
Ke iols salah orang.

betul la tu.. kris penah tulis buku kot psl kisah hidup dgn anang.. katanya heols kuat sex.. penah sekali tu anang fetish dgn stokin berbelang then suruh kris pakai masa main
Quote awexgaban7 31-7-2022 09:28 AM
tiap2 hari no.... perghh sakan hikhik
Quote Jajabeans 31-7-2022 12:27 PM
ezacbee replied at 27-7-2022 04:24 PM
Teringat scene dalam kereta...

hahaha ko pun penah baca ek yg ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071039 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top