CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Buat Missionary Position- Terkedu Tengok Aksi Lucah Dua Beradik Usia 5 Dan 6 Tahun Di Taman Permainan

27-7-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3332| Komen: 16

Description: Melihat paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai kes berkaitan seksual membabitkan kanak-kanak, semestinya perkara ini cukup membimbangkan kita.
Melihat paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai kes berkaitan seksual membabitkan kanak-kanak, semestinya perkara ini cukup membimbangkan kita.


Mana tidaknya, ada segelintir kanak-kanak sudah terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya sehingga cuba mempraktikkan pula kepada adik-beradik atau rakan mereka.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi pengalaman 'ngeri' di Facebook mengenai aksi tidak senonoh melibatkan dua beradik yang terjadi di hadapan matanya.

Perkongsian tersebut benar-benar mengejutkan ramai sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Foto: FB


Menurut Mohd Zakey Ramlee, kejadian tersebut berlaku di sebuah taman permainan (indoor).

"Ada dua orang kanak-kanak, iaitu kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan kanak-kanak perempuan enam tahun sama bermain di sebuah playground dan mereka adalah adik beradik.

"Tengah best bermain, isteri saya perhati ada sesuatu yang tidak kena berlaku di mana kanak-kanak lelaki bawa kakaknya ke satu ruang kecil (bilik kaca) yang sunyi di mana tiada orang dalam bilik tersebut.

"Kakaknya innocently hanya mengikut adiknya. Aku yang tengah duduk terus perhati apa nak dibuat oleh kanak-kanak lelaki itu," kongsinya.


Loading FB Post...

Seperti yang dijangka, kanak-kanak lelaki berkenaan melakukan aksi yang sama sekali tidak dijangka akal fikirannya, selepas meminta si kakak berbaring di lantai.

"... dia terus meniarap atas kakaknya dan buat aksi lucah. Bahasa mudah, missionary position, dengan kakaknya. Astaghfirullahalazim," kongsinya lagi.

Bagaimanapun Mohd Zakey berkata kanak-kanak lelaki berkenaan terus berhenti daripada melakukan aski itu dan bersembunyi selepas menyedari gelagatnya diperhatikan.

"Dia cepat-cepat bersembunyi di sebalik tiang. Kakaknya terus bangun dan hampir menangis sebaik sahaja adiknya buat aksi tersebut terhadapnya.

"Aku terus speechless... terkesima dengan aksinya. Isteri saya terus terjah bilik tersebut dan peluk kanak-kanak perempuan itu dan beritahunya, jangan suruh adiknya buat benda yang sama lagi terhadapnya.

"Beritahu kanak-kanak perempuan itu, aksi tersebut sangat salah. Kanak-kanak lelaki itu terus bersembunyi dan berlalu dari kawasan tersebut," ujarnya.

Tambah Mohd Zakey, ketika kejadian, kedua-dua ibu bapa atau penjaga dua beradik berkenaan tidak kelihatan di taman permainan tersebut.

Beberapa minit kemudian, sebaik kanak-kanak lelaki itu muncul, Mohd Zakey berkata isterinya mengambil pendekatan untuk menerangkan sekali gus menasihati budak tersebut mengenai aksi yang dilakukan sebentar tadi.

"Isteri saya panggil kanak-kanak itu dan menasihatinya bahawa apa yang dia buat tadi sangat salah. Dan isteri saya juga memintanya jangan sekali-kali ulangi perkara sama terhadap kakaknya.

"Dia seperti faham apa yang diberitahu isteri saya dan terus meminta maaf kepada kakaknya," tulisnya.

Menurut Mohd Zakey, perkongsian tersebut bertujuan untuk menyedarkan para ibu bapa mengenai peranan mereka dalam mendidik anak-anak terutama berkaitan penggunaan gajet.

"Tolonglah pantau anak-anak kita dari segi pergaulan, pantau gajet dan segala tingkah laku anak kita. Dunia makin maju jadi anak-anak semakin advance.

"Ini bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang ringan atau ambil remeh. Untuk pengajaran diri sendiri juga," tulisnya lagi.

Sehingga kini hantaran tersebut meraih lebih 2,000 shares di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Rata-ratanya melahirkan kebimbangan dengan situasi tersebut dan dalam masa yang sama menuding jari kepada ibu bapa kepada dua beradik berkenaan.

"Pantau dan kalau boleh, video yang anak tengak ada parental guidance. Macam saya, saya link kepada telefon bimbit jadi dapat pantau apa yang mereka tonton dan sekat video yang tak sesuai untuk anak bawah umur.

"Saya berpendapat bukan gajet semata-mata puncanya. Berkemungkinan besar ibu bapa tidur dalam bilik yang sama dengan anak-anak.

"Akibat tak asing bilik tidur. Anak dah tiga tahun tu dah boleh asing bilik tidur daripada mak ayah. Budak-budak perhati dan dengar. Kadang kita nampak mereka macam dah tidur.

"Ini mesti tidur sekali dengan mak ayah ni, lepas itu nampak mak ayah buat apa malam-malam," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-7-2022 10:49 AM
Their parents were nowhere to be seen?

That explains.
Quote prince_marhaen 27-7-2022 10:52 AM
mak ayah diorang ke mana? kongkek dalam tandas awam? nowhere to be seen lama sangat sampai anak sempat buat aksi...
ni mesti jenis tak menyempat tunggu anak tidur dah nak senggama, lepas tu tak pantau dalam phone ada content apa...
Quote rayray28 27-7-2022 11:01 AM
G shopping tinggal anak tmpt main..pdhal parent kne dok sama kt situ pantau anak..ini tak mtk parent lain pantaukan anak..byk kali dh jumpe cmni..anak bkn main melasak tp parent xde pn kt situ
Quote ifanonline 27-7-2022 11:02 AM
selagi anak2 di bawah 18 tahun, memang kena pantau 24 jam
Quote besi_kelabu 27-7-2022 11:05 AM
mak bapak jenis kongkek depan anak2 ka..dgn harapan anak2 tak paham sbb depa masih kecil..bodo* ja kalo mak bapak jenis mcm tu..
Quote makadek 27-7-2022 11:08 AM
Pagi ni aku nk keluar daerah anta
Anak aku awl, tk bg masuk sek
Tggu ramai dh dtg..
Kotla pakcik jaga tetiba takut nk ke jamban acah anak aku teman  kang dia solok montot tak caya aku

Berkoyan aku ckp kt dia igtkan
Quote AbukRokok 27-7-2022 11:10 AM
posisi pendakwah?
Quote tagas 27-7-2022 01:13 PM
ifanonline replied at 27-7-2022 11:13 AM
andartu pun belum pernah merasa missionary position...cuma managerial position je...


Rugi nya bam tak dpt

merasa kenikmatan nya

Quote green~tea 27-7-2022 01:17 PM
Mak pak biar je tak perati anak kat playground??

Tp anak2 ni gadget nmg kena monitor, check browsing history... kena limit hari apa dpt main game/tengok tab/ipad...

Even tiktok pun nampak cam depa tengok video kelakar, tp kadang terlepas juga bahasa tak elok cam wtf... masa jadi tu terus kena intervene.
Quote Suchi 27-7-2022 01:27 PM
Kekgi ada yg komen
Ala aku sampai umur 17thn tidur ngn mak ayah aku, ok jerr.
Sbb penah ada komen gini kat porem.
Quote NurAlia14 27-7-2022 02:21 PM
Budak lelaki merasa ransangan seksual tu sedari usia berapa?adakah seusia 5 thun anunya sudah reti berdenyut2? Dan apakah action yg perlu dilakukan oleh parents?
Quote insulin 27-7-2022 02:24 PM
Ni mesti mak ayah lupa tutup pintu bilik masa nak buat kerja.
Quote nononcrux 27-7-2022 03:15 PM
buat depan ank ke? ank skodeng curi-curi tengok
Quote Nokiaman 28-7-2022 12:20 AM
Missionary position....amboii...Ummah Melayu nie kan..
Sembang kencang macam Ummah suci syumul...tapi pernagai,,,diakar umbi macam syial...
Inikah Ummah yg akan menghuni syorga kelak?
Kepala bana punya Ummah
Quote Tinot7 28-7-2022 12:32 AM
mak pak takde kat situ? tak tatut ka anak kena culik?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049341 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top