CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ular Peliharaan 18 Kaki Belit Tuan Sendiri Sampai Mati

27-7-2022 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2972| Komen: 20

Description: HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas dibelit ular peliharaannya sepanjang 5.48 meter (18 kaki) di bahagian leher minggu lalu, la ...
HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat meninggal dunia selepas dibelit ular peliharaannya sepanjang  5.48 meter (18 kaki) di bahagian leher minggu lalu, lapor majalah People.


Elliot Senseman, 27, mati ketika dirawat di Hospital Lehigh Valley kira-kira pukul 8.11 pagi (waktu tempatan), kata Koroner Daerah Lehigh, Daniel A. Buglio dalam satu kenyataan.

Foto: Getty Images

“Punca kematian adalah kecederaan pada otak akibat kurang oksigen semasa dibelit.

“Seekor ular sawa boa constrictor dengan saiz kira-kira 5.48 meter  melilit leher mangsa, yang  mengakibatkan kecederaan  otak ,” kata kenyataan tersebut sambil menambah, kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan.


Dalam insiden  pada minggu lalu itu, anggota polis Perbandaran Upper Macungie dikejarkan ke perkampungan Fogelsville sejurus menerima panggilan kecemasan. Setibanya di lokasi kejadian, anggota-anggota polis menemui seorang lelaki  terbaring di lantai, manakala seekor ular melilit lehernya.

 “Disebabkan saiz reptilia itu  amat besar, salah anggota kami  terpaksa menembak kepala ular tersebut tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mangsa,” demikian menurut laporan polis.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memberitahu laman berita The Daily Beast bahawa mangsa mula membela ular sejak berusia 10 tahun selain mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan reptilia itu.

Dia juga telah menyelamatkan banyak ular dalam tempoh enam tahun lalu dan amat berminat dalam mencari tempat tinggal baharu bagi haiwan tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 27-7-2022 11:11 AM
ular = belong to the wild
bukan kucing boleh di jinak2 kan
mendapat la pokcik. taziah le
Quote ifanonline 27-7-2022 11:12 AM
tak boleh melawan sifat asal ular
Quote matamata 27-7-2022 11:14 AM
Invasive species
Quote margo20 27-7-2022 12:18 PM
Bela ular sendiri cukup la buat ape tambah yg lain
Quote monreyes 27-7-2022 12:31 PM
x sempat telan...
Quote maharani_gebu 27-7-2022 01:11 PM
lambat bagi makan lar ni... tu yg sebat tuan sendiri
Quote Simunggu 27-7-2022 01:12 PM

ýa kasian ular tak sempat di telan tuan dia..
Quote Decaffeinated 27-7-2022 01:46 PM
Go go ular sawa.

Telan je tuan kamu yang bodoh tu.

Quote aina_shaira 27-7-2022 01:56 PM
Aku dpt dari forum ni juga Ada kata, kalau nak antara nak katok ular dan yenna, kena katok yenna dulu….
Quote Artemesiaa 27-7-2022 02:10 PM
Haiwan liar tetap juga haiwan liar bila2 masa boleh menyerang semula
Quote seri_mawr 27-7-2022 02:42 PM
bnyk2 haiwan jinak...
jenis haiwan liar gini jugak yg dia suka...

ular ni kalau lapar xde nya dia nak kenal tuan dia ke tidak...bela lak ular sawa...bela ular kecik2 dah la...ular lidi...tapi klu kena patuk pun sia2 jua......aihh...

Quote insulin 27-7-2022 02:50 PM
Takziah. Maybe si mati tak bagi ular ni makan cukup2.
Quote Firenzza 28-7-2022 10:41 AM
Klau owner ni dpt diselamatkan for sure dia saman perhilitan yg tembak mati ulau besau tu
Quote twins 28-7-2022 10:52 AM
lain kali sila bela boya tembaga size2 Bujang Senang tu... lepas tu sila sama-sama lumba berenang.. kita tengok siapa sampai "ke mana" dulu.....
Quote supernaturalee 28-7-2022 11:22 AM
margo20 replied at 27-7-2022 12:18 PM
Bela ular sendiri cukup la buat ape tambah yg lain

yg tu x blh melingkor
mencanak je boleh





Quote cmf_PariS 28-7-2022 11:58 AM
ke sebenarnya tu cara dia bermesra.. telebih belit.. mati... maybela...
Quote eyansss 28-7-2022 01:27 PM
maharani_gebu replied at 27-7-2022 01:11 PM
lambat bagi makan lar ni... tu yg sebat tuan sendiri

tak jugak...  ada kes, dia jamu makan tapi ular refuse.  memacam dia cuba bagi...  tak jalan...  pada masa yang sama ular ni selalu stretching and all...  so dia pi tanya vet...  pastu vet kata ular tu sengaja berpuasa n strecthing tu sebab dia besarkan perut dia untuk telan tuan dia...  

wild belong to wild tak kisah la ko kasik dia melantak macamana sekalipun...  predator instinct deme kuat wooo///
Quote eyansss 28-7-2022 01:28 PM
aina_shaira replied at 27-7-2022 01:56 PM
Aku dpt dari forum ni juga Ada kata, kalau nak antara nak katok ular dan yenna, kena katok yenna dul ...

dalam kes ni yenna takde kat situ, so perhilitan deme kena la katok ular tu...  hahaha...
Quote maharani_gebu 28-7-2022 02:13 PM
eyansss replied at 28-7-2022 01:27 PM
tak jugak...  ada kes, dia jamu makan tapi ular refuse.  memacam dia cuba bagi...  tak jalan...  p ...

eiii... ngeri plak dengar... diorang ni kadang hobi yang aneh-aneh

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063009 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top